Bicara Labur

Bicara Labur Bicara Labur adalah warung bagi anda mendalami perihal kewangan yang meliputi Takaful, Simpanan dan Pelaburan Patuh Syariah sahaja.

Takkan Nak Akses dan Info Kewangan pun kena bayar? Bicara Labur akan hidangkan.
26/09/2022

Takkan Nak Akses dan Info Kewangan pun kena bayar?
Bicara Labur akan hidangkan.



Watch, follow, and discover more trending content.

7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan=============================Selaku seorang Perunding Takaful dan Perancang Kewangan, ...
29/04/2021

7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan
=============================

Selaku seorang Perunding Takaful dan Perancang Kewangan, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.
Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.

Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful adalah merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen dalam pengurusan kewangan.

Secara umumnya, asas pengurusan kewangan boleh saya simpulkan kepada 7 Langkah dan Peringkat,

1. PENDAPATAN (Income)

Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada PEKERJAAN seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?

2. SIMPANAN (Saving)

Ia menjadi TERAS kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya. Amalan perancangan kewangan yang baik memerlukan setiap dari kita agar mempunyai SIMPANAN KECEMASAN untuk menghadapi keadaan kewangan yang tidak dijangka dengan memperuntukkan SIMPANAN berjumlah 3-6 bulan PENDAPATAN kita selama sebulan. Jika pendapatan kita RM3,000 sebulan maka sebaik-baiknya kita memperuntukkan SIMPANAN sebanyak RM18,000 untuk TABUNG KECEMASAN.

3. PERBELANJAAN (Expenses)

Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN

Tetapi, yang sepatutnya ialah;

PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.

4. PERLINDUNGAN (Protection)

Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi PERLINDUNGAN kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah TAKAFUL.

5. PELABURAN (Investment)

INFLASI akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk MENINGKATKAN PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

6. PENYUCIAN (Purification)

Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan ZAKAT untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan SUCI. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.

7. PEMBAHAGIAN (Distribution)

Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain p**a. Jadi di sinilah fungsi WASIAT dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.

HIBAH dalam Takaful boleh dijadikan wang segera untuk waris dan tidak perlu pembahagian secara faraid seperti wasiat. Dengan wang segera inilah boleh digunakan untuk kegunaan kos pengurusan pembahagian harta mengikut faraid.

Jom rancang harta pusaka sebelum ia menjadi harta puaka.

Wallahu'alam.


Anda sedang melabur dalam Platform Pelaburan yang mana?Bank Akaun biasa?Fixed Deposit di Bank? - Lock selama 6 bulan ke ...
19/04/2021

Anda sedang melabur dalam Platform Pelaburan yang mana?

Bank Akaun biasa?
Fixed Deposit di Bank? - Lock selama 6 bulan ke atas
Money Market?
Bond atau Warrant?
REIT, Real Estate Investment Trustee seperti AHB, Amanah Hartanah Berhad?
Hartanah atau Real Estate? Sewaan atau Flip jual balik selepas beberapa tahun.
Melabur dalam kategori Dividen shares seperti ASB, Tabung Haji atau Koperasi?
Unit Amanah atau Unit Trust?
Forex atau tukaran matawang? - Maaf ada isu patuh syariah bagi platform ini.
atau
anda sudah mula melabur sendiri dalam pasaran Saham?

Tahukah anda dengan melabur di Unit Trust, sebenarnya anda sudah melabur hampir kesemua platform dalam gambar ini.
Rujuk gambar kedua.

Menarik kan?
xperlu susah payah.
Konsultan, pengurus dana dan team teknikal mahir yang uruskan untuk anda.
Management Fees pun rendah. 1.5% dari jumlah yang terkumpul satu negara bukan caj atas tiap individu.
Pengeluaran atau penukaran pun cuma di caj sebanyak RM25 shj.

Jimat masa, jimat tenaga.
Biarkan wang bekerja untuk anda.

PM sahaja konsultan kami disini utk maklumat lanjut.

18/04/2021

Senarai dana patuh syariah berprestasi tinggi di bawah pengurusan PMB Investment bagi 1 tahun berakhir 31 Disember 2020.

P/s: Prestasi lalu bukan petunjuk atau gambaran prestasi masa hadapan. Baca dan fahami Prospektus serta Lembaran Pendedahan Dana (PHS) terlebih dahulu yang boleh di muat turun di laman www.pmbinvestment.com.my.

PM Sahaja Konsultan kami di sini untuk pertanyaan lanjut.

Bila agaknya umur yang sesuai untuk mula melabur?Infografik ringkas di bawah mungkin boleh membantu anda membuat keputus...
18/04/2021

Bila agaknya umur yang sesuai untuk mula melabur?

Infografik ringkas di bawah mungkin boleh membantu anda membuat keputusan terbaik. Berikut adalah gambaran bagaimana Azlan yang membuat pelaburan di awal usia berjaya menjana potensi p**angan yang lebih baik berbanding dengan Nazri yang hanya mula melabur pada umur 45 tahun (15 tahun lebih lewat berbanding Azlan).
Jika anda berminat untuk melabur dalam pelaburan dana unit amanah, anda boleh cuba membuat kiraan sendiri melalui kalkulator pelaburan yang disediakan kami melalui capaian:
https://www.pmbinvestment.com.my/how-to.../investment-tools/

Tiada istilah "TERLEWAT" dalam memulakan pelaburan. Cuba tanya diri anda; jika bukan sekarang, bila lagi?

Dengan modal permulaan serendah RM100.
Rujuk gambar kedua.
Sebenarnya anda tidak perlu buat pemotongan sampai tua pun. Konsisten simpan dalam 2 tahun pertama sahaja. Kemudian kita review akaun anda sama ada nak teruskan pemotongan atau rileks dulu. Kita tengok keadaan semasa. Rugi ke simpan lama-lama? Anda boleh tengok graf untuk 20 tahun.
Memang semuanya menjana untung.
Nak tahu lebih lanjut?
Konsultan kami di sini bersedia untuk anda.

Menyimpan di Unit Trust ini santai, tiada komitmen perlu diwujudkan dan tidak masuk rekod bank.

 Malam ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali ...
17/04/2021



Malam ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.

Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.

"Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?"

Ambil buku dan kertas buat catatan.

1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.

2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.

3. Suami ada masuk khairat kematian dipejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?

4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.

5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.

6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.

7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?

8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?

9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.

10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?

Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.

11. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?

12. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?

"Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer".

Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia 'mata duitan'.

Benda belum jadi, kita semua kata.

"Alah itu orang bukan aku".

Maka kita tak kisah bila akan berlaku.

Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.

Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.

Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri didahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.

Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.

Cinta mencapai puncak keindahannya ketika seseorang merasakan ketulusan, sekalipun cinta ini hanya tergantung pada satu orang, iaitu suami atau isteri.

Bermulalah sekarang.

Bila kau lantik isteri kau sebagai penama KWSP, Tabung Haji, ASB, personal loan, rumah... pastikan kau juga kena sediaka...
17/04/2021

Bila kau lantik isteri kau sebagai penama KWSP, Tabung Haji, ASB, personal loan, rumah... pastikan kau juga kena sediakan duit untuk dia urus proses tuntutan.

Sebab apa? Untuk urus harta pusaka perlukan Wang, masa & komitmen.

Sini aku kongsi Fi urus pusaka;

📌Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil

✔️Bagi RM1,000 pertama - RM10
✔️Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30
✔️Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka

📌Fi Khidmat Amanah Raya Berhad

✔️Bagi RM25,000.00 pertama - 5%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%
✔️Bagi baki seterusnya - 1%

📌Fi Khidmat ASCO Shariah

✔️Sijil Faraid - RM5000
✔️Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir – RM5000
✔️Perintah Pembahagian/Perintah Peletakhakkan/✔️Perintah Jualan Dari Mahkamah Tinggi: RM6000
✔️Pentadbiran dan Agihan Pusaka – RM3000
✔️0.2% dari nilai Harta Pusaka

Bertuah jika si isteri punyai suami yang celik harta pusaka dan hibah takaful.

Tujuannya adalah nak mudahkan urusan ahli waris dalam buat tuntutan harta pusaka nanti.

Buatkan satu pelan hibah takaful dan namakan atas isteri kau siap-siap.

Dengan wang pampasan itu, dia akan gunakan untuk bayar kos-kos tuntutan harta pusaka sehingga selesai diagihkan kepada ahli faraid yang layak.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? PM sahaja konsultan kami di sini untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan takaful..



Walaupun setiap pelaburan mempunyai ciri-ciri dan risiko masing-masing, objektif utama semua bentuk pelaburan adalah sam...
16/04/2021

Walaupun setiap pelaburan mempunyai ciri-ciri dan risiko masing-masing, objektif utama semua bentuk pelaburan adalah sama; berusaha memberikan potensi p**angan yang optimum kepada setiap pelaburnya.

PMB Investment menawarkan peluang pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Antara kelebihan pop**ar berkaitan dana unit amanah ialah modal permulaannya yang rendah serta mudah dicairkan(tebus bila perlu).

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? PM sahaja konsultan kami di sini untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dana-dana unit amanah yang kami tawarkan.

Nota: Awas dengan SCAM yang gunakan nama PMB Investment. Tiada Pakej Client sedemikian rupa.

Setiap apa yang kita lakukan, pasti ada risikonya. Satu contoh mudah; menikmati sarapan pagi. Jika makan dengan gelojoh,...
16/04/2021

Setiap apa yang kita lakukan, pasti ada risikonya. Satu contoh mudah; menikmati sarapan pagi.
Jika makan dengan gelojoh, kita berisiko untuk tercekik. Bila makan dengan perlahan p**a, kita berisiko sahur dengan tidak sempurna.

Pelaburan dalam dana unit amanah juga tidak terkecuali daripada pelbagai bentuk risiko. Ianya tidak boleh dielakkan dan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Antara teknik pengurusan yang sering digunapakai adalah dengan mempelbagaikan pelaburan anda atau 'diversification'.

Teknik ini bukan sahaja dapat membantu anda mengurangkan risiko kerugian, malah ianya juga akan meningkatkan potensi perolehan keuntungan.
Perlukan informasi berkaitan teknik 'diversification' dan maklumat lanjut berkenaan pengurusan kewangan melalui pelaburan unit amanah? Hubungi sahaja kami di sini.

PMBi merupakan pemegang Award Best Islamic Asset Management.

Memperkenalkan *FWD CI FIRST* . Pelan Perlindungan Bebas Risau Tanpa Rugi yang Terbaik Tahun 2021Why *FWD CI FIRST* ?✅Pe...
15/04/2021

Memperkenalkan *FWD CI FIRST* .
Pelan Perlindungan Bebas Risau Tanpa Rugi yang Terbaik Tahun 2021

Why *FWD CI FIRST* ?

✅Perlindungan Sehingga RM1Juta
✅Menyediakan Manfaat Pampasan Peringkat Awal
✅Pengecualian Bayaran Apabila dah claim 50%
✅Manfaat Hibah Kematian atas Semua sebab
✅Memberikan Pulangan Semula Caruman 100% apabila sihat hingga umur Matang

Ini Sangat Best!!
🧡Sakit Kritikal Awal Dapat Pampasan
🧡Meninggal Dapat Hibah
🧡Sihat Dapat 100% balik Caruman

Dan macam percuma semua??

For info
wasap.my/60129764954/FwdCiFirst



Pelaburan merupakan salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan sedia ada anda. Ketika ini terdapat banyak jenis pela...
13/04/2021

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan sedia ada anda. Ketika ini terdapat banyak jenis pelaburan yang bersesuaian dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.
Walaupun setiap pelaburan mempunyai ciri-ciri dan risiko masing-masing, objektif utama semua bentuk pelaburan adalah sama; berusaha memberikan potensi p**angan yang optimum kepada setiap pelaburnya.
Pelaburan MARA Berhad Investment menawarkan peluang pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Antara kelebihan pop**ar berkaitan dana unit amanah ialah modal permulaannya yang rendah serta mudah dicairkan.
Ini ialah p**angan dana di bawah pengurusan PMB Investment bagi tahun lepas, 2020.
Pulangan pelaburan setahun antara 11% - 66%.
Oh, sebelum terlupa. Untuk makluman, PMB Shariah TNB Employees Fund (PMB STEF) merupakan dana eksklusif untuk individu (Pengarah, Kakitangan, Pesara dan lain-lain) dan entiti berkaitan Tenaga Nasional Berhad sahaja ya.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? PM sahaja konsultan kami untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dana-dana unit amanah yang kami tawarkan atau whatsapp di sini.
http://www.wasap.my/+60136039031/unittrust

Address

Melaka
Bukit Baru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bicara Labur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bicara Labur:

Share