19/10/2024
๐๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ: ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฌ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข?
Kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 ke RM1,700 yg baru diumum marek dalam belanjawan tok dilihat sebagai langkah yang bait untuk nulong pekerja bergaji rendah.
Tapi, kalau kita nangga dari segi ekonomi yang baru jak pulih dari kenaikan inflasi, kesan perang Rusia Ukraine dan Covid, kenaikan tok mungkin ada kesan yang lebih besar daripada apa yang kita jangka.
Banyak bisnes baru nak bangkit lepas krisis ekonomi, dan sidak mungkin terpaksa naitkan harga barang untuk tampung kenaikan kos tok.
Bagi bisnes kecik, kenaikan gaji minimum akan ganggu lagik cashflow bisnes sidak.
Walaupun kadar faedah kinek rendah, kos operasi sidak akan nait bila gaji pekerja nait.
Akhirnya, pengguna yang akan rasa kesan, sebab barang jadi lebih mahal.
๐ป๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐?
Ada juak aku nangga kenaikan gaji minimum tok dilihat sebagai satu tindakan populis.
Maksudnya, ia dibuat untuk dapatkan sokongan rakyat, terutama golongan pekerja bergaji rendah, tanpa mengambil kira kesan ekonomi jangka panjang.
Memang kenaikan gaji kelihatan bagus dari luar, tapi kalau nya s*k disokong dengan peningkatan produktiviti atau kemahiran pekerja, syarikat mungkin terpaksa tanggung kos tambahan yang besar.
๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐?
Adakah benar produktiviti akan meningkat jika gaji meningkat? What if kalau produktivi seseorang ada hadnya? Sbg contoh, seseorang cashier boleh handle average 30 org dalam sejam. Tapi bila gaji nait kpd RM1700, bolehkh nya handle 45 org sejam? Dan kalau gaji nait lagik, boleh s*k nya handle 60 org sejam? Ke kita nak suruh sidak kerja 14 jam sehari?
At the end of the day, gaji tetap nait, tapi had produktiviti akan terbatas.
ya baru satu contoh..
๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐?
Selain ya, ada ris*ko bisnes s*k mampu bayar gaji yang lebih tinggi, terutamanya kalau keuntungan sidak tipis.
Sidak mungkin kurangkan pekerja. Pekerja yang patut dapat gaji lebih mungkin hilang kerja atau pendapatan mereka menurun, walaupun gaji minimum naik.
Kemungkinan juak, b*k bisnes SME s*k mampu nak ambik pekerja disebabkan x mampu nak tanggung gaji mahal.
๐ช๐๐๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐.
Dalam masa yg sama, aku nangga Belanjawan 2025 turut mengambil beberapa langkah counter-reactive untuk seimbangkan impak peningkatan gaji minimum seperti Penyasaran Subsidi yang Lebih Tersusun dan Dasar Gaji Progresif dan ada banyak lagi insentif utk rakyat.
Part tok ada masa aku ulas lah..mun rajin boleh baca sendirik. Yg aku tulis tok pun dah cukup panjang.
Apa apa pun cuba la dptkan seberapa b*k insentif drpd belanjawan baru tok. Cuma aku harap agar counter reactive measure tok benar benar akan berik direct impact kpd kita semua bukannya sekadar syok sendiri semata mata.
Sebabnya? Kita dah pun melalui min wages dari RM800 sehinggalah nak ke RM1,700. Dah lebih 100% peningkatan pun. Tapi masih juak kita mengeluh harga barang mahal, kos sara hidup makin mahal. Sepatutnya makin hari makin senang.
Jadi di sine lah silapnya??