24/10/2018
Mari tinjau sektor penanaman Lada Hitam negara Vietnam.
Pada tahun 2015, keluasan tanaman lada hitam di Vietnam adalah di sekitar 80,000 hektar. Oleh kerana pada masa itu lada hitam mempunyai harga yang sangat bagus dan kerajaan Vietnam telah merangka pelan sehingga 2030 untuk meluaskan penanaman lada hitam sehingga 150,000 hektar.
Oleh sebab harga yang semakin meningkat, dari tahun 2015, banyak kawasan baru penanaman lada hitam dibuka dan diusahakan oleh golongan pekebun di Vietnam.
Pada 2018, keluasannya telah melebihi 150,000 hektar (300%) yang mana telah jauh mendahului pelan asal iaitu 2030. Ini telah menyebabkan banyak lebihan (penawaran) pada eksport lada hitam Vietnam.
Harga Lada hitam telah jatuh merundum kerana penawaran berlebihan bukan sahaja dari negara Vietnam malah dari negara pengeluar lain. Di Vietnam sahaja, lebihan stok setiap tahun adalah melebihi 20,000 tan dan angka ini semakin meningkat tahun demi tahun.
Di Sarawak juga, pekebun lada hitam juga merasai impaks kejatuhan harga ini dan memberikan pelbagai respon. Ada yang terus mengekalkan tanaman ini, malah ada yang mula menggantikan dengan tanaman lain.
Harga input pertanian seperti Racun dan baja tiada penurunan, telah menjadi faktor kepada respon yang pelbagai ini. Kos operasi tiada penurunan malah terdapat sedikit peningkatan manakala harga jualan adalah sangat rendah.
Ditelan pahit, dibuang sayang, dilema pekebun kecil tanaman lada hitam adalah ibarat lirik lagu ini. Apa yang kita harapkan agar komoditi lada hitam ini akan kembali bersinar dari segi harga dan kembali memberi pulangan yang berbaloi kepada para pekebunnya.
Sumber: http://bit.ly/2D2paKn
Disclaimer: Anap Agro tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.