13/02/2023
Anda boleh mengelakkan scam dengan TIDAK menekan atau mengklik pautan daripada pengirim yang mencurigakan. Maybank TIDAK akan sekali-kali menghantar pautan kepada anda melalui SMS atau emel! Untuk memastikan ia laman web yang sah, sentiasa taip laman web Maybank secara manual pada pelayar internet anda.
Sekiranya anda terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di talian 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 (8 pagi - 8 malam, setiap hari).
Untuk maklumat lanjut, layari maybank.my/SecurityAwareness