Sekolah Kebangsaan Kuala Betis

Sekolah Kebangsaan Kuala Betis Kehidupan murid asli dan aktiviti yang dijalankan di SK Kuala Betis

FILEM PENCURI TENAGA (JOHAN KEBANGSAAN. 2026)
03/08/2026

FILEM PENCURI TENAGA (JOHAN KEBANGSAAN. 2026)

Sekolah orang asli pertama di Kelantan yang mendapat Johan di Festi...

JOHAN FILEM PENDEK SEKOLAH RENDAH (FLLaSH PERINGKAT KEBANGSAAN)Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah...
03/08/2026

JOHAN FILEM PENDEK SEKOLAH RENDAH (FLLaSH PERINGKAT KEBANGSAAN)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Tahniah kepada kontinjen Kelantan yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Filem Pendek Sekolah Rendah di Festival Lakon Layar Sekolah (FLLaSH) 2026.

Lebih membanggakan, SK Kuala Betis telah diberi kepercayaan untuk mewakili negeri Kelantan di peringkat kebangsaan dan berjaya mengharumkan nama negeri dengan meraih gelaran johan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, kreativiti, dedikasi serta kerjasama erat antara murid, guru pembimbing, pihak sekolah, ibu bapa dan semua yang sentiasa memberikan sokongan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan karya-karya yang berkualiti dan membanggakan dunia pendidikan.

Tahniah SK Kuala Betis. Tahniah Kelantan! 🏆🎬

31/03/2026

Persembahan Choral Speaking oleh murid-murid SK Kuala Betis yang telah dibimbing oleh Teacher Sarah sempena Mesyuarat Agung PIBG 2026 benar-benar mencuri perhatian.

Dengan penuh keyakinan, semangat dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya menyampaikan persembahan yang sangat menarik dan bermakna. Setiap suara yang bergabung mencerminkan usaha, disiplin serta bimbingan guru yang tidak pernah jemu melatih.

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat. Anda semua telah mengharumkan nama sekolah dan membanggakan ibu bapa.

Semoga bakat ini terus digilap dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain ✨

MESYUARAT AGUNG PIBG SK KUALA BETIS 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Betis 2026 telah berlangsung dengan...
31/03/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK KUALA BETIS 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Betis 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru, serta pihak pentadbiran sekolah atas kehadiran, sokongan dan kerjasama yang diberikan. Komitmen anda semua amat bermakna dalam usaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita.

Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat ini dengan lancar.

Semoga kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah akan terus diperkukuhkan demi masa depan murid-murid SK Kuala Betis.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2026 Alhamdulillah Kejohanan Sukan Tahunan 2026 SK Kuala Betis kini melabuhkan tirainya. 🏁Seting...
12/02/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2026

Alhamdulillah Kejohanan Sukan Tahunan 2026 SK Kuala Betis kini melabuhkan tirainya. 🏁

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Mohd Syahbuddin Hashim atas kesudian hadir dan merasmikan majlis ini. Kehadiran YB amat bermakna dan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga SK Kuala Betis. Semoga sokongan berterusan ini dapat memperkukuh pembangunan sahsiah dan kecemerlangan murid-murid kami.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua atlet, guru, ibu bapa serta warga sekolah atas komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.

Menang bukan segala-galanya, tetapi usaha, disiplin dan kerjasama yang terjalin adalah kemenangan sebenar.

Jumpa lagi di kejohanan akan datang, lebih gemilang dan penuh semangat! 💪🔥


19/12/2025

Teater ini bertajuk kisah putera dan tiga rakan ajaib… sebuah teater kanak-kanak yang seronok untuk ditonton. Berkisarkan tentang putera yang cuba menyelamatkan tuan puteri yang terlena akibat menghidu bunga beracun kemudian putera perlu mencari 3 rakan ajaib bagi membantu menyelesaikan pengembaraan ini

Tamat sudah Pertandingan Video Kembara Kreatif Peringkat Kebangsaan ! ✨Tahniah diucapkan kepada SK Kuala Betis yang berj...
28/08/2025

Tamat sudah Pertandingan Video Kembara Kreatif Peringkat Kebangsaan ! ✨
Tahniah diucapkan kepada SK Kuala Betis yang berjaya masuk ke top 5 list dan meraih Tempat ke-4 daripada 14 negeri seluruh Malaysia 🎉🇲🇾

Satu pencapaian yang amat membanggakan, semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya dan melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan. 💪📹🌟

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Guru Besar serta semua rakan guru yang tidak pernah jemu memberi sokongan, dorongan dan bimbingan sehingga kejayaan ini tercapai. 🙌❤️

21/08/2025

Biarlah gambar yang berbicara...rahniah buat semua 👍

Address

Sekolah Kebangsaan Kuala Betis
Bertam
18300

Telephone

0139048015

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kuala Betis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share