12/06/2022
PERINGATAN : SEKATAN PENGGUNA PENDAFTARAN PALSU
1. Merujuk kepada pengumuman yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini, sila ambil maklum bahawa pendaftaran yang dibuat menggunakan dokumen salinan, ubah suai, βscanβ dokumen asal di skrin telefon, atau yang sama dengannya akan disekat serta merta tanpa notis. Akaun pengedar juga akan disekat serta merta tanpa notis.
2. Selain itu, pendaftaran pasport yang alamat tidak lengkap juga akan disekat bersama-sama akaun pengedar. Sila pastikan anda memasukkan alamat pengguna warga asing yang lengkap. Jika hotel, masukkan alamat lengkap hotel termasuk poskod, daerah & negeri. Begitu juga jika alamat tempat kerja atau asrama.
3. Sekiranya anda terlibat, pengguna dikehendaki menghubungi talian khidmat pelanggan untuk proses pengesahan. Akaun pengedar hanya akan dibuka selepas proses pengesahan selesai.
4. Merujuk kepada nombor 1, bagi senarai kesalahan yang dinyatakan, hibah bagi bulan berkenaan akan dibatalkan bagi kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan berulang, akaun pengedar akan ditamatkan.
5. Peringatan seperti ini telah diberikan banyak kali sejak 2014 lagi namun pihak syarikat sentiasa membuka ruang & peluang kepada pengedar yang terlibat. Namun didapati ada segelintir pengedar masih membuat salah laku termasuk yang berstatus AD yang menyebabkan syarikat dikompaun oleh SKMM.
6. Selain daripada risiko saman, pengedar juga perlu sedar bahawa perlanggaran garis panduan ini juga berisiko menjejaskan status lesen syarikat sebagai pengendali rangkaian mudah alih.
7. Kami sedia maklum bahawa para pengedar sedang menghadapi waktu yang s**ar. Bagaimanapun, undang-undang yang ditetapkan oleh SKMM & badan berkuasa juga perlu terus dipatuhi agar tidak berlakunya kegiatan salah laku yang telah & akan menjurus kepada kerugian pihak syarikat & pihak pengedar sendiri. Gunakan saluran yang telah disediakan seperti Affiliate & Upload Sim bagi pendaftaran jarak jauh.
Sila berhati-hati. Patuhi garis panduan pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila emailkan ke [email protected]
**Semua peniaga dinasihatkan agar turut sama membantu menyampaikan pada pengedarΒ² rangkaian masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Harap maklum dan Terima kasih.