25/08/2026
Kereta EV hampa mungkin dah ada coverage Takaful.
Tapi kalau berlaku kebakaran masa tengah charge & api merebak ke rumah, macam mana dengan struktur rumah, perabot, wallbox dan barang-barang dalam rumah?
Adakah semuanya covered?
Kes kebakaran kereta EV yang sedang dicas di Cheras baru-baru ini patut menjadi peringatan kepada semua pemilik EV.
Sebagai pemilik EV, adakah hampa semua faham tentang risiko ketika charging & risiko pada rumah hampa?
Coverage kereta EV je tak cukup
Actually, ada 3 lapisan perlindungan yang penting untuk pemilik kereta EV
Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, pemilik kereta EV perlu tengok 3 bahagian ni:
1. Houseowner (Takaful Kebakaran)
2. Householder (Takaful Barangan Rumah)
3. EV Car Takaful
FYI, Ketiga-tiganya melindungi aset dan risiko yang berbeza.
Saya akan terangkan details ye,
1. Houseowner (Takaful Kebakaran)
Houseowner atau Fire Takaful ni cover struktur fizikal rumah daripada kebakaran dan risiko lain yang dinyatakan dalam sijil.
Basically, cover dinding, bumbung, lantai & lekapan kekal rumah.
Wallbox kereta EV yang dipasang secara kekal MUNGKIN dianggap sebagai sebahagian daripada lekapan bangunan.
Sebagai pemilik rumah, sebaiknya hampa kena maklumkan pemasangan wallbox kat syarikat takaful supaya hampa dapat status perlindungan yang lebih jelas.
Clear tak?
2. Householder (Cover barangan dalam rumah)
Orang kita tak sedar, rumah ni bukan sekadar dinding dan bumbung.
Di dalam rumah ada perabot, televisyen, komputer, peralatan elektrik, pakaian dan pelbagai barangan peribadi.
Coverage fire takaful tak melindungi semua barang di dalam rumah.
Sebab itu Householder atau Contents Takaful diperlukan untuk melindungi isi rumah daripada risiko yang dinyatakan dalam sijil.
Tolong lah lengkapkan perlindungan dengan householder takaful ya?
3. Motor Takaful EV
Bagi kereta EV, tolong pilih perlindungan komprehensif. Tolong semak sama ada Cover Note hampa ada tak manfaat specific EV.
Zurich General Takaful tawarkan additional coverage Z-Driver EV Protect, tambah RM120 setahun je (ikut terma & syarat).
Antara manfaat yang Zurich offer adalah macam dalam gambar ni.
Boleh ambil Special Perils EV untuk cover bateri atau bahagian2 akibat bencana alam.
Ramai yang kisah pasal wallbox charger. Tapi, tak sedar yang rumah & barang dalam rumah tak covered.
Bukan saya nak takut-takutkan orang ramai tentang risiko charge kereta EV kat rumah, apa yang saya nak sampaikan adalah untuk review dan pastikan kita ada perlindungan yang menyeluruh.
Kereta loan 9 tahun je . Rumah loan 35 tahun tau.
Apa-apa jadi kat rumah akan bagi impak yang besar pada kehidupan kita.
Nak semak perlindungan EV dan rumah hampa?
011-59238789
www.luthfisuib.com/semakan