31/08/2021
Perutusan Sambutan Kemerdekaan ke-64
Alhamdulillah tahun ini kita menyambut kemerdekaan negara tercinta kita untuk tahun yang ke-64 di waktu pandemik Covid-19 ini. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan dengan kesihatan dan rezeki kurniaan-Nya.
Semoga kita semua terus tabah, kuat menghadapi ujian yang Allah berikan walaupun kita Stay At Home, pemikiran haruslah lebih positif bersangka baik dan bersifat merdeka berlandaskan panduan agama Islam kita.
Percayalah, dengan pelbagai anasir, fitnah, sangka buruk yang kita dengar, jika Allah izinkan berlaku, ianya akan berlaku. Jika tidak, ianya takkan berlaku.
Pergi ke Kuantan makan ikan patin,
Singgah sebentar di Pekan Pagoh
Dengan tema Malaysia Prihatin,
Semoga iman kita terus tegoh.
🇲🇾🇲🇾🇲🇾