20/10/2022
Tentang haiwan peliharaan ni, memang saya tiada.
Bermula tahun 2013 bermula segalanya.
Beli arnab. Itulah pertama kali ada 'bela-bela' haiwan.
Sepasang. Jenal dan Jenab diberi nama.
Seronok pasal arnab ni, dia adalah penyenyap. Tiada bersuara meskipun lapar atau dahaga. Cuma menjerit bila kesakitan dan ketakutan sahaja. Kadangkala hentak-hentak kaki.
Arnab ni manja, baik dan bulu gebu. Seronok gila tengok aksi dia bermain dan berlari-lari, terutamanya kalau berdiri di atas dua kaki dalam tempoh yang amat lama.
Tapi disebabkan arnab ni tak bersuara, saya sebagai pemiliknya kena la selalu perhatikan sebarang perubahan yang berlaku.
Kot-kot ada kutu, sakit mata, kurap atau cirit- birit.
Arnab ni cepat jer mati kalau kita tak rawat cepat-cepat. Contohnya selsema.
Paling lama umur yang nama Jenal. Sehingga berumur 8 tahun. Sedihnya, dia pergi tanpa lahad.
Sebab masa dia lari-lari, masuk dalam semak. Keluar sekejap. Lepas itu terus lesap. Mungkin nak ucap selamat tinggal.
Apapun, kini hanya tinggal seekor.
Generasi baru. Namanya Jomol.
Inilah haiwan bulu untuk terapi minda di waktu petang untuk saya dan anak saya.