13/07/2026
TRILLION TQ PENGGARAM 💙
Setinggi-tinggi penghargaan kepada 44,899 warga DUN Penggaram yang telah keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab dalam PRN Johor 2026.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga kepada seluruh jentera Barisan Nasional DUN Penggaram atas komitmen, pengorbanan serta kesungguhan yang dicurahkan sepanjang perjalanan kempen ini. Tanpa anda semua, perjalanan ini tidak mungkin dapat ditempuhi.
Saya amat terharu dengan setiap sokongan, dakapan, doa, kata-kata semangat dan kepercayaan yang diberikan. Walaupun saya tidak mampu membalasnya satu persatu, ketahuilah bahawa setiap satunya akan sentiasa terpahat dalam hati saya.
PRN kali ini mengajar saya bahawa perjuangan tidak pernah dibina oleh seorang pemimpin semata-mata, tetapi oleh sebuah pasukan yang sanggup berkorban demi masa depan rakyat tanpa mengharapkan nama atau balasan.
20,385 undi yang diberikan kepada saya bukan sekadar angka. Ia adalah satu amanah, satu kepercayaan dan satu sejarah yang akan saya kenang sepanjang hayat.
Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, semangat untuk berbakti kepada Penggaram tidak akan pernah terhenti. Perjuangan ini belum selesai. DUN Penggaram hanyalah permulaan kepada amanah yang lebih besar untuk terus menyantuni, membantu dan berkhidmat kepada rakyat.
Marilah kita terus melangkah bersama demi membina Penggaram dan Batu Pahat yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
Terima kasih, Penggaram. Saya akan terus bersama anda. 💙