05/06/2023
"Saya carum b*k ni, tapi lepas sekian tahun, just dapat saving b*k nie jer? Tak untunglah cam nih.."
Ini antara alasan seseorang utk tolak takaful, samada medical card atau hibah takaful. Ada sebab2 mengapa jadik camtu:
1. Bila kita carum takaful, duit kita tu akan masuk tabung tabaru'. Caruman kita bulan ini walaupun kita xde claim, ia digunakan utk bantu pelanggan2 lain yg sedang diuji musibah. Begitulah sebaliknya Jika turn kita p**a yg terkena.
2. Konsep tabaru" ni spt khairat masjid, kita dah bayar 5 thn, takkan kita tuntut balik bayaran 5 thn lepas 100% sbb kita tau duit tu di rolling utk bantu ahli kariah masjid kita?
3. Kalau kita simpan kat bank pun, kita dapat dividen. Betul itu untung. Tapi kita tau ker tahun bila kita akan diuji masalah kesihatan? Tahun bila kita akan lumpuh kekal? Atau thn bila kita akan pergi? Kalau kita tau, senang utk kita buat simpanan tetap kat bank, lagi tunggi dividennya. Tapi masalahnya, kita tau ker bila?
4. Kalau kita simpan kat bank Dan Dan dapat dividen, kalau kita diuji selepas 10 thn, kita sekadar dapat benefits yg kita simpan selamat 10 thn saja.
Kalau takaful, cthnya hibah, ANDA sign up hari ni, tiba2 lepas 2 hari anda dah tiada, waris akan dapat pampasan 5,6 atau 7 angka mengikut pelan yg ANDA sign up.
5. Kalau pelan ANDA ada saving, nilai yg ANDA dapat itu adalah hasil.investment mengikut sykt takaful ANDA. At least takde ler burn klu xde claim spt insurans kereta kan?
Ingat ye, takaful adalah untuk income protection dan income replacement, bukan bursa saham untuk kutip keuntungan atau claim balik caruman 100%.
Fahami balik konsepnya takaful ye, kita bantu orang, orang bantu kita. Setiap bulan kita bersedekah atas dasar kemanusiaan. Kita hadiahkan bantuan Dan kegembiraan untuk saudara kita yg sedang diuji.