24/06/2024
Jom Kira dan Plan
Sehingga 31 Julai 2024 ni, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang jalankan promosi menstrukturkan pinjaman dengan komitmen bayaran tunggakan serendah RM300 jek. Lepas struktur pinjaman korang, tunggakan akan 'zero' dan rekod CCRIS akan "cantik" ๐
Tapi, pause kejap... Min nak ajak korang buat kiraยฒ kejap...
Andaikan baki hutang korang termasuk tunggakan adalah RM15,000.00, mesti korang tertanyaยฒ berapa ansuran bulanan baharu kan.. meh Min bantu kirakan...
DENGAN BAYAR TUNGGAKAN RM300.00
Baki Hutang : RM15,000.00
Bayaran Tunggakan : RM300.00
Baki Semasa : RM14,700.00
Kos Ujrah (1%) Utk 10 Tahun : RM1,470.00
Ansuran Bulanan Baharu : RM134.75
[ (RM14,700.00 + RM1,470.00) / 120 bulan ]
JIKA BAYAR TUNGGAKAN RM3,000.00
Baki Hutang : RM15,000.00
Bayaran Tunggakan : RM3,000.00
Baki Semasa : RM12,000.00
Kos Ujrah (1%) Utk 10 Tahun : RM1,200.00
Ansuran Bulanan Baharu : RM110.00
[ (RM12,000.00 + RM1,200.00) / 120 bulan ]
Nota : Kiraan adalah tidak termasuk bayaran takaful yek...
Korang taukan, bayaran pinjaman PTPTN boleh guna akaun II KWSP korang punya atau pasangan korang yang baik hati ๐ฅฐ
Rancang kewangan korang. Meh roger untuk bantu korang bertindak sekarang. Pilih pegawai kami yang sangat awesome ๐๐ฝ
http://bit.ly/Hubungi_Pegawai_PTPTNJohor
Pst : Beza RM24.75 tu kalo korang simpan dalam , jumlah terkumpul (tanpa dividen) dalam tempoh yang sama adalah RM2,970.00, dapat dah perlindungan takaful PERCUMA โฅ๏ธ