02/02/2023
Sebelum ni ramai tanya macam mana nak guna medical card ni. Ada yang kata susah lah, ada yang kata tak boleh proses lah, tak wujud lah rekod. Sebenarnya nak guna medical card ni mudah sangat. Meh saya share meh.
Ni step dia tau:
1. Anda perlu sakit.
2. Terus ke bahagian emergency untuk dapatkan rawatan.
3. Doktor akan putuskan sama ada perlu warded atau tidak. (Jika tak perlu warded, cuba lah request untuk warded ya, dapat lah rehat dekat wad bertaraf 5 bintang. Hehe)
4. Laporan tuan puan akan dihantar ke AIA oleh pihak hospital untuk penilaian..
5. Pada masa yang sama, kita ke bahagian admission untuk serahkan IC kita dan kata pada bahagian admission kita nak gunakan MEDICAL CARD.
6. Nanti pihak hospital akan uruskan semuanya.
7. Sementara menunggu keputusan dari AIA, tuan puan akan ditempatkan di isolation room atau waiting room yang selesa.
8. Apabila inital GL sudah keluar, anda pun boleh lah masuk ke wad.
Itu sahaja. Mudah bukan? Proses ni akan mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. AIA laju! Jangan risau.
9. Kemudian, apabila mahu discharge, final GL akan dikeluarkan, tuan puan akan dapat jumlah kos rawatan apa semua tu. Jangan terkejut tau dengan amaun tu. Hehehe. Jangan risau, AIA akan cover.
10. Jika ada kos yang medical card tak cover seperti supplement, covid test dan lain-lain, jangan risau, bukannya tuan puan tak boleh balik, boleh balik. kebiasaannya final GL akan keluar bila tuan puan dah sampai rumah. Hehehe. Jangan risau ya. Nanti dah sihat, datang lah semula untuk clear kan bil tu ya.
Oh yaa, apa yang tak cover tu bukannya sampai beribu ya, tak beribu pun. Puluh-puluh je, kadang-kadang je cecah ratusan. Tapi takda lah membebankan pun. Bayangkan AIA dah cover RM20,000, takkan lah nak keluar RM150 tak boleh kan? Haaa gitu lah. Hehehe.
Jelas?
Anda seorang yang bijak? Mesti ada medical card!
Nak medical card dan hibah murah? WhatsApp je okay!
Edora π«Άπ»
Agent AIA terpercaya anda!
π² 012 7416886