05/06/2020
Hartanya ada satu sahaja. Sebuah rumah di kampung. Anaknya p**a empat orang. Siapakah bakal mewarisi? Ada yang berkata, dia memilih semua anaknya mendapat rumah itu. Kongsi-kongsilah empat beradik, bila balik kampung ada rumah untuk menginap....
Namun, empat beradik itu bukan anak kecil lagi. Mereka sekarang sudah ada keluarga sendiri. Rumah yang dahulu menjadi tempat membesar kini tidak lagi selesa dihuni.
Anak mula jarang p**ang kerana tidak ada yang mengambil tanggungjawab menjaga rumah itu.
βTakkan saya sahaja yang nak jaga rumah. Rumah ini milik semua.β
Itu kata seorang anak yang sudah bosan kerana hanya dia yang mengeluarkan wang membaik pulih rumah tua. Hendak diduduki, ada yang membantah kerana ia disifatkan milik semua.
Kerosakan rumah semakin besar dan mereput. Ia ditinggalkan dan akhirnya rumah itu tidak dikunjungi lagi kerana masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab. Ada yang mahu, tidak berani p**a kerana ia rumah pusaka, di atas geran tercatat semua nama.
Inilah konflik yang sering berlaku, kerana ibu bapa mahu anak mereka berkongsi harta yang satu dan merapatkan hubungan. Namun inilah yang terjadi, adik-beradik bertelingkah dan berenggang kerana harta yang satu itu.
Lalu, bagaimana? Empat orang anak, hendak beri pada siapa? Rumah sebuah sahaja. Inilah sebabnya kita diberi pilihan HIBAH