DFSA Event1

DFSA Event1 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DFSA Event1, Investing Service, No. 3B-c Jalan Sungai 3/4, Taman Sri Gombak, Batu Caves.

“All intelligent investing is value investing. Acquiring more that you are paying for. You must value the business in or...
19/07/2025

“All intelligent investing is value investing. Acquiring more that you are paying for. You must value the business in order to value the stock.” — Charlie Munger

[6 KELEBIHAN MELABUR SAHAM]⚡ Berikut merupakan kelebihan-kelebihan melabur saham. Kelebihan-kelebihan ini juga merupakan...
18/07/2025

[6 KELEBIHAN MELABUR SAHAM]
⚡ Berikut merupakan kelebihan-kelebihan melabur saham. Kelebihan-kelebihan ini juga merupakan sebab kenapa anda perlu mula melabur saham dari sekarang.
1. Mengatasi inflasi.
🔸 Inflasi merujuk kepada nilai wang yang semakin berkurang dari tahun ke tahun.
🔸 Sebagai contoh, sekarang ni kalau dengan RM100 kita masih dapat beli macam-macam jenis barang makanan lagi di pasaraya, tetapi 5 tahun atau 10 tahun akan datang, kuantiti barang makanan yang kita boleh beli dengan RM100 akan semakin berkurang.
🔸 Menyimpan sahaja wang tidak dapat membantu anda mengatasi masalah inflasi. Mahu tak mahu anda perlu celik ilmu pelaburan sebagai persediaan untuk kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
2. Mudah dicairkan.
🔸 Tiada had masa yang ditetapkan sebelum anda boleh menjual sesuatu saham. Anda boleh jual saham dan tukarkan kepada wang tunai dalam kadar segera.
3. Modal kecil.
🔸 Pelaburan saham boleh dimulakan walaupun dengan modal yang kecil. Modal yang kecil pun kalau dilabur dengan betul, akan menghasilkan pulangan yang baik.
4. Pulangan yang memuaskan.
🔸 Berbanding instrument pelaburan lain, pelaburan saham berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
🔸 Kalau anda konsisten dapat membuat keuntungan sebanyak 5% sebulan, setahun sudah 60%. Tidak mudah untuk cari diluar sana instrumen pelaburan yang boleh berikan anda keuntungan tahunan sebanyak 60%.
5. Urusan jual beli mudah dilakukan.
🔸 Anda hanya perlukan smartphone/laptop/PC dan talian internet sahaja untuk lakukan urusan jual beli saham.
🔸 Tidak kira walau dimana anda berada, anda boleh membuat transaksi jual beli saham dengan mudah. Walaupun anda hanya duduk di rumah, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui pelaburan saham.
6. Menggandakan modal pelaburan dengan lebih efektif menggunakan teknik compounding.
🔸 Jika anda melabur dengan modal RM5,000 dengan pulangan sebanyak 5% setiap bulan, selepas 12 bulan, modal pelaburan anda akan berkembang menjadi RM8979 iaitu pulangan sebanyak 79.58%.
🔸 Teknik compounding dapat membantu anda menggandakan modal pelaburan dengan lebih cepat dan efektif. Tetapi untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang konsisten, anda wajib mempunyai ilmu pelaburan dan pengalaman dalam pasaran saham terlebih dahulu.
⚡ Kesimpulannnya, jangan bertangguh lagi. Mulakan belajar ilmu pelaburan saham bermula dari sekarang. Selepas belajar, baru anda akan nampak apa arah tuju anda dalam bidang pelaburan saham.
⚡ Jangan tunggu modal ada baru nak belajar ilmu pelaburan saham. Belajar dulu, nanti bila anda sudah nampak keutamaan anda, pasti anda akan bersungguh-sungguh kumpul modal untuk melabur.
⚡ Tak rugi belajar melabur awal. Bila dah lengkapkan diri dengan ilmu, memudahkan anda untuk terus melabur apabila sudah ada modal nanti.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

Jika Emosi Tidak Dikawal, Segalanya Akan Hilang Arah.Dalam pelaburan saham, bukan pasaran yang jadi musuh sebenar.Yang p...
17/07/2025

Jika Emosi Tidak Dikawal, Segalanya Akan Hilang Arah.
Dalam pelaburan saham, bukan pasaran yang jadi musuh sebenar.
Yang paling bahaya — emosi sendiri.
Bila harga jatuh, mula gelabah.
Bila harga naik, mula tamak.
Tanpa sedar, keputusan dibuat ikut rasa, bukan fakta.
Dan itulah punca kerugian demi kerugian.
Pelaburan yang berjaya bukan soal siapa paling pandai.
Tapi siapa paling tenang.
Siapa paling disiplin.
Siapa yang tahu bila perlu berhenti, dan bila perlu bertahan.
Bukan mudah nak kawal perasaan.
Tapi itulah latihan sebenar dalam dunia pelaburan.
Masa takut melampau — duduk diam, nilai semula.
Masa terlalu yakin — tarik nafas, tengok semula data.
Keputusan yang bijak lahir dari minda yang tenang, bukan jiwa yang berkecamuk.
Mahu berjaya dalam jangka panjang?
Belajar kawal diri. Bukan kejar setiap peluang.
Bukan semua peluang itu rezeki.
Kadang-kadang, yang tak disentuh itulah yang selamatkan.
Kalau terasa, mungkin itu petanda untuk berubah.
Kalau tak terasa… mungkin belum masanya.

📺 Streaming Masih Dikuasai Oleh YouTube & Netflix – Tapi Ada Satu Petunjuk Penting Buat PelaburMenurut statistik terkini...
16/07/2025

📺 Streaming Masih Dikuasai Oleh YouTube & Netflix – Tapi Ada Satu Petunjuk Penting Buat Pelabur
Menurut statistik terkini dari Nielsen untuk suku kedua 2025, pasaran penstriman global masih stabil – dengan pemain utama tak banyak berubah. Empat gergasi utama masih kekal: YouTube (12.5%), Netflix (7.5%), Disney+, dan Amazon Prime Video.
Walaupun YouTube terus mendominasi dari segi jumlah tontonan, pelabur bijak akan perhatikan satu perkara penting tentang Netflix:
➡️ Kandungan original jangka panjang semakin meningkat
Ini bukan sekadar strategi kandungan. Data menunjukkan peningkatan kandungan eksklusif dan bersiri panjang di Netflix berkait rapat secara positif dengan margin keuntungan mereka.
Maksudnya, semakin banyak Netflix melabur dalam kandungan yang original dan tahan lama (seperti Stranger Things, The Crown, dan sebagainya), semakin besar peluang untuk syarikat itu menjana untung yang kukuh dan konsisten.
📊 Untuk pelabur, ini boleh jadi penunjuk penting – trend kandungan bukan sekadar hiburan, tapi juga cerminan potensi pertumbuhan kewangan sesebuah syarikat penstriman.
Netflix mungkin tak ada market share sebesar YouTube, tapi dari segi strategi bisnes jangka panjang? Mereka tahu apa yang mereka buat.

Nak faham industri media & tech dengan lebih mendalam dari perspektif pelaburan? Ini masanya untuk mula belajar tengok beyond the screen.

Anda tau beza Nilai dgn Harga ?
15/07/2025

Anda tau beza Nilai dgn Harga ?

Ringgit Masuk Kelab Top 20 Dunia – Apa Maksudnya Untuk Kita?Baru-baru ni, satu laporan antarabangsa menyatakan ringgit k...
14/07/2025

Ringgit Masuk Kelab Top 20 Dunia – Apa Maksudnya Untuk Kita?
Baru-baru ni, satu laporan antarabangsa menyatakan ringgit kini tersenarai antara 20 mata wang paling berpengaruh di dunia. Dengar macam wow, tapi… apa sebenarnya makna di sebalik berita ni untuk kita rakyat Malaysia?
Jom kita hadam satu per satu.

1. Lebih Banyak Negara Guna Ringgit
Negara jiran seperti China, Indonesia, dan Singapura kini lebih banyak guna ringgit dalam urus niaga dengan Malaysia.
Tak lagi bergantung sepenuhnya pada US dollar.
Ini petanda mereka percaya dan yakin dengan kestabilan ringgit. Dan bila makin ramai guna ringgit, ia jadi lebih “terkenal” di pentas antarabangsa.

2. Permintaan Naik, Nilai Ringgit Pun Boleh Kuat
Bila banyak negara pakai ringgit → permintaan naik → nilai ringgit boleh mengukuh.
Kesan kepada kita?
✅ Beli barang import jadi lebih murah
✅ Bercuti ke luar negara, duit kita lebih bernilai
✅ Online shopping antarabangsa, boleh berjimat

3. Pelabur Luar Mula Pandang Malaysia
Pelabur asing makin banyak beli bon kerajaan Malaysia, sebab kita tawar pulangan menarik dan ekonomi nampak stabil.
Mereka perlu tukar duit kepada ringgit untuk melabur → lagi sekali, naikkan permintaan ringgit.
Lebih banyak pelaburan = lebih banyak peluang kerja & pertumbuhan ekonomi.

4. Keyakinan Terhadap Ekonomi Negara
Walaupun peratus penggunaan ringgit global masih kecil (kurang 0.3%), masuk senarai Top 20 ni kira satu pengiktirafan besar.
Ia hasil usaha Bank Negara naik taraf sistem kewangan, termasuk promosi transaksi digital yang memudahkan urus niaga ringgit antarabangsa.

Jadi, Apa Catch-nya?
Kita belum jadi “mata wang utama dunia” lagi.
Tapi ini permulaan positif.
Kalau trend ni berterusan, rakyat Malaysia mungkin boleh rasa nikmat dari:
✔️ Ringgit lebih stabil
✔️ Barang import lebih mampu milik
✔️ Ekonomi makin dipercayai pelabur luar

Dunia mula nampak dan guna ringgit dengan lebih serius.
Bukan saja bagus untuk imej negara, tapi perlahan-lahan boleh bagi manfaat langsung pada poket kita juga.
Ringgit bukan sekadar simbol negara — ia juga cerminan kekuatan ekonomi kita.

Pelaburan saham melibatkan risiko dan kebarangkalianSee translation
12/07/2025

Pelaburan saham melibatkan risiko dan kebarangkalian
See translation

Address

No. 3B-c Jalan Sungai 3/4, Taman Sri Gombak
Batu Caves

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DFSA Event1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share