12/01/2026
“Kontrak Nampak Betul. Tapi Dari Segi Undang-Undang, Ia Boleh Jadi Masalah.”
Baru baru ini seorang Biz Owner hubungi kami.
Dia tak datang untuk beli servis.
Dia cuma nak kepastian.
Dia kata,
“Ini surat lantikan kami. Boleh tolong semak, ada risiko ke tidak?”
Nama dokumen itu nampak cantik.
“Surat Lantikan Penasihat Syarikat”.
Pada pandangan biasa, ia bukan kontrak pekerja.
Bukan juga disebut sebagai staf tetap.
Tetapi bila kami teliti dari sudut undang undang,
beberapa perkara terus menaikkan “bendera merah”.
Apa yang kami jumpa semasa review
Walaupun dinamakan “penasihat”, surat tersebut mengandungi elemen yang boleh menyebabkan hubungan itu dianggap pekerjaan di bawah Seksyen 101C Akta Kerja 1955.
Antaranya:
1. Kawalan cara kerja
Tugas, bahan yang boleh digunakan, latihan wajib, SOP dan etika komunikasi ditetapkan secara terperinci.
Ini menunjukkan kawalan langsung oleh organisasi.
2. Kawalan masa kerja
Ada keperluan hadir taklimat, laporan ikut jadual, dan waktu operasi pejabat dinyatakan.
Walaupun tidak wajib hadir setiap hari, elemen kawalan masa tetap wujud.
3. Peralatan dan kemudahan disediakan
Ruang kerja dan kemudahan disediakan oleh organisasi.
Ini adalah satu ciri hubungan majikan dan pekerja.
Ada lagi beberapa lobang dan gap lain yang kami jumpa dan terangkan kepada Biz Owner.
Kenapa penting untuk majikan tahu lobang atau gap ini?
Jika berlaku:
• aduan
• pertikaian
• kemalangan
• atau audit oleh JTK, SOCSO atau KWSP
Dokumen seperti ini boleh ditafsir sebagai kontrak pekerjaan terselindung, walaupun tajuknya bukan “kontrak pekerja”.
Dan bila itu berlaku, majikan boleh terikat dengan:
• caruman tertunggak
• notis penamatan
• pampasan
• perlindungan di bawah Akta Kerja
Apa yang berlaku selepas itu
Kami terangkan perkara ini secara berfakta dan step by step.
Kami beritahu:
“Jika tuan ingin, kami boleh bantu drafkan semula versi yang lebih selamat,
supaya ia benar benar mencerminkan Contract for Service dan tidak sangkut dengan Seksyen 101C.”
Beberapa hari kemudian, klien ini kembali dan berkata:
“Cosec company nampak risiko ini jugak. Jadi kami nak proceed.”
Bukan kerana harga.
Bukan kerana diskaun.
Tetapi kerana mereka faham risikonya dan mahu lindungi syarikat sebelum masalah berlaku.
Pengajaran untuk bisnes owner
Ramai majikan tak ada niat untuk buat salah.
Tetapi banyak kontrak yang tersalah struktur tanpa disedari.
Undang undang tidak lihat pada tajuk dokumen.
Ia lihat pada kawalan, cara kerja, masa, dan realiti hubungan.
Kalau anda guna:
• penasihat
• consultant
• freelancer
• agent
• contractor
dan kontrak mereka sebut:
• ada SOP terperinci
• ada waktu kerja
• ada laporan kepada bos
• ada kemudahan syarikat
mungkin sudah tiba masa untuk semak semula.
Jika anda mahu kepastian sama ada kontrak anda selamat atau berisiko, anda boleh hubungi kami untuk semakan awal. Rujuk komen di bawah.
Lebih baik betulkan sebelum aduan atau audit datang.