15/07/2021
6 PERKARA KITA WAJIB LETAK KAT KEPALA
1) Jangan MASUK CAMPUR urusan keluarga orang. Kita jaga keluarga kita. Keluarga ini merujuk kepada keluarga asas (Suami, Isteri, Anak-anak). Kita ini bukan setakat menjadi isteri/suami sahaja, kita juga Ibu/Bapa, Mertua, Menantu, Ipar, adik/kakak/abang pada manusia lain. Kita akan memegang banyak watak di dunia milik Allah ini. Jadinya sentiasa mainkan peranan dengan baik. Dunia ini bulat. Hidup ini ibarat roda. Kita buat orang, Allah balas pada kita baru kita terduduk tak bleh nak kata apa. Jadi orang yang baik pada semua orang tak kisah watak apa yang kita tengah ambik peranan. Yang susah kita bantu. Dan kita sentiasa permudahkan urusan semua orang.
2) Jangan TAMAK harta orang Kita seringkali menimbulkan situasi di mana kitalah yang teraniaya apabila duit itu bukan milik kita. Kena faham ni, dalam situasi si suami meninggal, si isteri mendapat harta dari suami. Kita kena buka minda kita. Sebagai mertua mahupun ipar duai. Tak perlu nak berebut dengan dia. Walaupun dia nikah sehari. Ingat ni, status Bujang / Anak Dara tu kau tak boleh nak p**angkan balik kat dia. Itu belum sebut soal Dara. Boleh kau p**angkan? Sibuk nak rebut harta orang.
Ketahuilah dalam urusan hibah/wasiat ni biasanya si isteri yang sibuk atur itu dan ini. Laki biasanya sibuk cari duit, main game, kayuh basikal π€ͺ. Isteri yang aturkan semua. Jadinya bila meninggal salah seorang, semua pihak senang.
3) Jadi Isteri Yang Rajin Membaca / Berilmu. Kau tolong jadi isteri yang buka mata sikit ya. Hatta anda suri rumah sekalipun, anda wajib tahu ilmu-ilmu ini. Bukan sebab tamak harta, walaupun harta seciput pun kena tahu ilmu ni. Kau tak tahu, mertua dan ipar duai ni, kalau anak/adik/abang meninggal, kubur tak tumbuh rumput lagi, kepala mereka dah tumbuh tanduk. Faham? So, kena beringat bab duit harta ni kalau tak nak merempat tepi jalan. Jadikan kisah2 orang lain sebagai tauladan. Jangan pandai jadi keyboard warrior je tapi diri sendiri pun tak bersedia.
Wajib tahu ni dan wajib ada: Insurans, Hibah (yang syarikat insurans duk berkempen tu), Wasiat, Hibah Harta. Lain tau hibah harta dan hibah duit insurans takaful tu. Kau jangan tak tahu plak. Dah hibah, dah hibah. Tapi hibah lain. Benda ni ramai orang keliru dan tak ambil tahu.
4) Jadi Mak Mertua Syurga. Kau duk baca kisah orang kan, time kau jadi mertua, kau jadi mertua neraka. Masa jadi menantu tu elok je kau duk pesan kat orang kan. Hahaa. Akan jadi mertua dan dah jadi ipar juga. Jadi kena ingat point no 1 tadi.
Mak mertua, kena faham ini. Anak kau dah kahwin dan dah buat anak orang lain beranak pun. Kat sini bila anak kau meninggal, tak payah nak sebut mak jaga anak mak 20 tahun - 30 tahun. Tak payah nak ungkit air susu 1 tangki mak bagi anak mak minum. Harta tak bagi pun kat mak. Kemain mak ya.
Mak, itu tanggungjawab mak dengan Allah. Mak nak manusia balas atau mak nak hadiah ganjaran dari Allah. Mak fikir ni je mak. Sebab itu orang suh beli emas. Buat simpanan emas. Bila mak tua, mak dah kaya. Tak terhegeh dah harta menantu dan anak2. Ingat mak, harta anak menantu tu mereka yang usahakan dan tengok cucu-cucu mak tu hidup mereka masih panjang. Bawa2 lah tolong menantu jaga cucu ke dan jaga silaturrahim sehingga ke liang lahad. Gitu. Jadi mertua, azam ini kena jaga. Jangan rebut harta anak menantu.
5) Jadi ipar duai yang mesra alam. Iya, yang menulis ni pun ipar duai jugak. Tanam dalam kepala otak kita ni, harta adik/abang/kakak kita tu laki/isteri dan anak-anak dia yang punya. Kau tak yah sibuk nak sikit kenangan adik beradik. Upah jaga adik masa kecik, tolong basuh berak bagai. Tak payah.
Kalau anak buah datang rumah pun kau sorok mainan, sorok makanan dalam peti ais, takde maknanya bila adik/abang kau meninggal nak harta mereka plak. Belum tentu mereka susah kau akan tolong. Anak2 buah kau tu.
Bila meninggalnya adik beradik kita, jangan duk sebok nak rebut harta. Hulurkan tangan. Hulurkan kasih sayang kat anak buah kita. Mereka dah hilang ayah/emak. Hilang tempat bermanja. Kitalah penggantinya.
6) Harta Dunia Tidak Ke Mana. Harta mereka biarlah mereka yang uruskan. Letak semua dalam kepala, meninggalnya anak/adik/abang/kakak/ipar kita, serahkanlah harta kat anak bini/suami mereka. Perjalanan mereka masih panjang. Kita tak tahu kesusahan apa, kesedihan bagaimana yang mereka lalui. Serahkan semuanya. Biar mereka yang uruskan. Kita jaga family kita. INGAT. Kita buat orang, satu masa nanti Allah balikkan pada kita juga. Harta dunia tinggal di dunia, yang sedekah itu kita bawa ke sana.
Letak diri kita di tempat mereka. Kalau kena kat aku macam mana? Jangan rasa diri teraniaya padahal kitalah manusia yang bertopengkan syaitan durjana.
Jadi isteri yang bijak, ipar/adik beradik dan mertua yang penyayang. Kita tak boleh ubah orang tapi kita boleh jadi versi yang terbaik untuk diri kita π