09/03/2021
Luar Hijau Dalam Oren!
Uniknya Mempelam Harumanis Perlis
Mempelam Harumanis Perlis sebenarnya telah didaftarkan di MyIPO sebagai salah satu Petunjuk Geografi dibawah Akta Petunjuk Geografi.
Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak yang menanam harumanis diluar perlis yang cuba menggunakan nama harumanis perlis boleh diambil tindakan.
Walaupun satu masa teknologi memungkinkan penanaman harumanis di luar perlis, namun penggunaan nama harumanis perlis tertakluk kepada yang ditanam di perlis.
Dengan pendaftaran petunjuk geografi di MyIPO. Mempelam Harumanis Perlis sebenarnya telah dilindungi sepertimana Swiss watch, Pisco, Cognac, Parmigiano Reggiano, Champagne, Teh Sabah, dan pelbagai lagi produk petunjuk geografi diseluruh dunia.
Namun begitu, apa yang perlu adalah pemasaran yang berkesan untuk menghebahkan kepada dunia. Supaya ladang-ladang harumanis perlis dapat menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong sepertimana produk petunjuk geografi di tempat lain di dunia.
Pemberian Pendaftaran Petunjuk Geografi berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi dan ciri-ciri yang lain. Jadi sekiranya orang lain ingin tanam ditempat lain, tiada masalah. Cuma mereka tidak dibenarkan menggunakan nama Harumanis Perlis serta Logo Petunjuk Geografi.
Sama juga dengan teh. Teh ditanam dimerata tempat didunia. Namun hanya pengeluar dari Sabah sahaja yang dibenarkan menggunakan nama Teh Sabah. Itu pun pengeluar yang telah diberikan keizinan oleh kerajaan negeri Sabah.
Di Perlis hanya pihak yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dibenarkan untuk menggunakan nama Harumanis Perlis bersama dengan logo petunjuk geografi
Sila rujuk komen untuk melihat Logo Petunjuk Geografi dalam kes Harumanis ini. Logo ini hanya dibenarkan diletakkan oleh pihak yang diberi kebenaraan oleh kerajaan negeri Perlis.
Sila share dan repost, semoga bermanfaat kepada semua.
Tuan Azad Jasmi, mengenai Harumanis Perlis.