KUIZM

Call Directions Website Contact the business

KUIZM (KUIZM) كليه علوم إسلامية ذو الكفل محمد

KUIZM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang diurus oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) di bawah tanggungjawab Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) bersama kesepaduan tenaga akademik terdiri daripada bekas-bekas pensyarah IPTA/IPTS yang berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan.

15/10/2026

Bayangkan anak, adik atau anak murid kita dihalau dari kelas hanya kerana bertudung.

Inilah yang sedang berlaku di Azerbaijan. Pada Julai 2026, Undang-undang Pendidikan Am dipinda, dan pada 21 September 2026 Kabinet meminda keperluan pakaian pelajar sekolah awam. Hasilnya, pelajar dan guru berhijab disekat masuk sekolah atas nama "peraturan pakaian sekolah".

Kesannya nyata. Pelajar di dua buah sekolah memboikot kelas. Wartawan yang dipenjara, Polad Aslanov, melancarkan mogok lapar sebagai bantahan.

Kami tak minta keistimewaan. Kami cuma minta hak yang paling asas: belajar tanpa perlu memilih antara ilmu dan iman.

Apa pandangan anda? Patutkah pendidikan bergantung pada pakaian seseorang?

🎓 Sudah lama nak faham fiqh semasa dengan lebih tersusun? Kini ada caranya.KUIZM membuka pendaftaran Diploma Eksekutif A...
14/10/2026

🎓 Sudah lama nak faham fiqh semasa dengan lebih tersusun? Kini ada caranya.

KUIZM membuka pendaftaran Diploma Eksekutif AKIFI (DEA): belajar dalam talian, fleksibel, dengan bimbingan berstruktur.

✅ 30 topik fiqh kontemporari yang dekat dengan kehidupan seharian
✅ Rakaman kelas boleh ditonton semula bila-bila masa
✅ Penilaian yang mudah dan mesra pelajar

📌 Tarikh tutup: 8 November 2026
🔗 Daftar: https://app.smap.my/reg/add/daftarKUIZM
📞 011-3563 5616

Antara 30 topik ini, apa isu fiqh semasa yang paling anda ingin fahami? Tulis di ruang komen 👇

13/10/2026

Mahu memahami isu umat hari ini melalui kaca mata fiqh, tanpa perlu ke kampus? 🎓

Diploma Eksekutif Akifi (DEA) KUIZM kini membuka pendaftaran pelajar baharu. Sesi pengajian bermula November 2026.

✅ 30 kursus fiqh kontemporari sepanjang pengajian, daripada Fiqh al-Waqi' hingga Fiqh Geopolitik Antarabangsa
✅ 5 kursus setiap semester, 6 kelas bagi setiap kursus (45 jam)
✅ Kelas dalam talian pada waktu malam dan hujung minggu
✅ Rakaman kelas boleh ditonton semula dan dimuat turun
✅ Nota rujukan dan latihan penilaian disediakan
✅ Yuran berpatutan
✅ Pensyarah berpengalaman dan bertauliah

✍🏻 Daftar dalam talian:
🔗 https://app.smap.my/reg/add/daftarKUIZM

📞 Talian DEA: https://wa.me/601135635616

Kursus fiqh mana yang paling anda ingin dalami? Kongsikan di ruangan komen 👇

🎓 Lensa 5 – MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓3 Oktober 2026 | Dewan Dato' Ustaz Hj Fadzil Md Noor
12/10/2026

🎓 Lensa 5 – MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓
3 Oktober 2026 | Dewan Dato' Ustaz Hj Fadzil Md Noor

🎓 Lensa 4 – MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓3 Oktober 2026 | Dewan Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor
12/10/2026

🎓 Lensa 4 – MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓
3 Oktober 2026 | Dewan Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor

🎓 Lensa 3 – MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓3 Oktober 2026 | Dewan Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor
12/10/2026

🎓 Lensa 3 – MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓
3 Oktober 2026 | Dewan Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor

🎓 Lensa 2 – Majlis Konvokesyen KUIZM Kali ke-9
07/10/2026

🎓 Lensa 2 – Majlis Konvokesyen KUIZM Kali ke-9

🎓 Kunjungan Akademik Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Raden Fatah Palembang ke KUIZMAlhamdulillah, Kuliyyah Ulum Islam...
07/10/2026

🎓 Kunjungan Akademik Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Raden Fatah Palembang ke KUIZM

Alhamdulillah, Kuliyyah Ulum Islamiyyah Zulkifli Muhammad (KUIZM) hari ini menerima kunjungan akademik daripada Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia.

Kunjungan ini menjadi satu platform yang bermakna untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan akademik, khususnya dalam bidang dakwah dan komunikasi.

Semoga dengan perbincangan hari ini akan terjalin kerjasama yang lebih erat dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan, pertukaran kepakaran serta program pembangunan mahasiswa antara kedua-dua institusi.


🎓 MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓3 Oktober 2026 | Dewan Dato’ Ustaz Hj Fadzil Md Noor, KUIZMAlhamdulillah, dengan p...
05/10/2026

🎓 MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 🎓
3 Oktober 2026 | Dewan Dato’ Ustaz Hj Fadzil Md Noor, KUIZM

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Majlis Konvokesyen KUIZM Kali Ke-9 telah berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna pada 3 Oktober 2026.

Seramai 82 orang graduan telah diraikan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian dalam pelbagai program yang ditawarkan oleh KUIZM, meliputi:

🎓 Diploma Eksekutif AKIFI
🎓 Diploma Dakwah dan Komunikasi
🎓 Diploma Muamalat dan Kewangan Islam
📜 Sijil Pengajian Islam
📜 Sijil Profesional Faraid

Lebih istimewa, konvokesyen kali ini turut mencatat satu lagi lembaran sejarah buat KUIZM dengan berlangsungnya pemasyhuran nama KUIZM sebagai Kuliyyah ‘Ulum Islamiyyah Zulkifli Muhammad.

Pemasyhuran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Ahmad bin Saad @ Yahaya, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIZM.

Majlis turut diserikan dengan ucaptama oleh Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Timbalan Presiden PAS, yang menjadi antara pengisian penting dalam meraikan kejayaan para graduan.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar tentang segulung diploma dan sijil, tetapi tentang ilmu yang dipelajari, pengalaman yang ditempuhi serta amanah yang bakal dipikul dalam masyarakat.

Semoga para graduan terus melangkah dengan ilmu, akhlak dan jati diri, menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan ummah.

Tahniah dan syabas kepada seluruh graduan KUIZM! 🎓


29/09/2026

🎓✨ MAJLIS KONVOKESYEN KUIZM KALI KE-9 ✨🎓

📅 3 Oktober 2026 | Sabtu
🕌 21 Rabi‘ul Akhir 1448H
📍 Dewan Dato’ Ustaz Hj. Fadzil Md Noor, Gombak, Selangor.

Tahniah dan selamat datang kepada semua graduan ke hari yang dinanti-nantikan! 🎓


Address

Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga, Taman Melewar
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601135635616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUIZM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KUIZM:

Shortcuts

Share