25/04/2025
𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗔𝗡 𝗩𝗦 𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦
Ramai orang muda bila nak kahwin, terus buat pinjaman berpuluh ribu.
Bila guna loan untuk kahwin (contoh: personal loan), anda sebenarnya berhutang untuk sesuatu majlis yang bersifat sementara.
Majlis habis dalam sehari, tapi hutang mungkin bertahun-tahun baru langsai.
Lepas kahwin? Hutang pun ikut masuk rumah sekali.
Loan ni kalau tak terkawal, boleh stress!!
Setiap bulan, gaji habis bayar hutang kahwin. Bergaduh suami isteri sebab duit. Dari nak bina rumah tangga terus jadi beban!
Tapi, berbeza bila anda kahwin dengan adanya simpanan emas.
Bayangkan kalau sebelum kahwin, anda sudah mula simpan emas sikit-sikit secara konsisten.
Maksudnya, anda jadikan emas sebagai simpanan untuk tujuan majlis kahwin nanti.
Tiba masa nak buat majlis, jual emas tersebut terus dapat cash. Majlis tetap cantik, tak usah hidup terikat dengan hutang.
Contohnya, jika anda rancang nak kahwin lagi 3 tahun, dengan bajet kahwin sekitar RM20,000 sudah boleh kumpul emas sikit-sikit dari sekarang.
RM20,000 ÷ RM500/gram = 40 gram emas
(Nota : Harga emas ada naik turun, ikut harga semasa sekitar RM500/gram untuk buat kiraan mudah)
40 gram ÷ 36 bulan = lebih kurang 1.1 gram sebulan
1.10 gram x RM500 = RM550 sebulan.
Simpan sekitar RM550 sebulan dalam bentuk emas. Boleh buat dengan pasangan jika sudah ada calon.
Disiplin beli emas 1.1 gram setiap bulan di Akaun Emas GAP dalam sebarang harga emas.
Kalau harga emas naik, simpanan anda mungkin lebih dari RM20K bila sampai masa sebab purata kenaikan harga emas adalah sekitar 10% setahun.
Kahwin ni kita nak bina MASA DEPAN, bukan bina HUTANG, kan?