Rahsia Sales Padu - RSP

Rahsia Sales Padu - RSP Saya adalah POSMEN KEJAYAAN anda

Seorang yg Gemarkan Kemenangan, Sukakan Kejayaan & Cintakan Bisnes

19/07/2023
09/03/2023

TELUR 🍳🍳🍳

kalau ada TEKANAN dr LUAR... diketuk, dipukul atau dipecahkan.. telur tu confirm pecah.

Tapi kalau TEKANAN tu dari DALAM.. ia akan menetas jadi anak ayam dan terus membesar... lepas tu akan hasilkan lebih banyak telur dan anak² ayam.. 🐣🐥🐓

MANUSIA 🙎‍♂️🙎‍♀️

sama juga.. bila DITEKAN dari LUAR.. kita mula stress, putus harapan dan pecah.. kita rapuh.. 😥

Tapi kalau kita DITEKAN dari DALAM diri sendiri, kita akan termotivasi secara sendiri dan upgrade diri kita ke next level. 👨‍🎓👩‍🎓

Nota telur:
1. Yang penting jgn peram lama.. jadi tembelang. Sama dgn kita cari ilmu cpt², praktis cpt², kaya cepat².. jgn tunggu tembelang. ☠️🤢🤮
2. Telur org pecahkan jadi makanan. Bg juga benefit pada org.. kita? Kalau dipecahkan harap jangan rapuh.. cuba bagi BENEFIT dkt org. 🤗🤗🤗
3. Mana² yg tgh down.. tgh stress.. jgn give up.. terus usaha.. kalau telur pecah leh TRANSFORM jadi telur goreng, telur hancur (scramble), telur bistik, telur dadar (omelete) dan lain2 la bagi org kenyang.. xkan kita manusia bila stress xjadi apa. Compem kita masih leh TRANSFORM dan BAGI BENEFIT pada org 💪💪💪

06/03/2023

TEKNIK 3C + 3S (Part 2)

SOLAT
Solat ni bukan je bagi kita ingat dan minta (doa) pada tuhan.. tapi dalam solat ini lah kita akan belajar ketenangan. xda la asyik fokus dan stress mencari duit. selain itu dengan solatlah kita berlajar berdisiplin dan memastikan kita sentiasa konsistent.. sebab tu dalam Islam kita di ajar konsisten sembahyang 5 kali sehari dan pada masanya. saya percaya agama lain juga mengajar perkara yang sama dalam sembahyang mereka walau berbeza cara.

SEDEKAH
"the more you give, the more you get" dah biasa dengar kan.. jadi percayalah. Jika kita mudahkan/tolong orang, tuhan akan mudahkan dan tolong kita. Ohya bagi yg beragama ISLAM, jangan lupa zakat yee.

SYUKUR
dengan bersyukur tuhan akan beri kesenangan serta ketenangan kepada diri kita.

Nota kaki:
1. Done tips kewangan minggu ni. Pasni sambung tips2 bisnes balik 💪
2. Saya hold dulu next tips dari ahad hingga ke rabu. Sebab nak bagi laluan pada info kelas marketing percuma oleh sifu saya dan info seminar teknik tarnado. Takut confius /terlepas pandang bila banyak post .Khamis sambung tips mcm biasa.

TEKNIK 3C + 3S (Part 1)CIRCLEPilih circle yang positif dan sentiasa mengajak kita ke arah yang positif. dan cari circle ...
06/03/2023

TEKNIK 3C + 3S (Part 1)

CIRCLE
Pilih circle yang positif dan sentiasa mengajak kita ke arah yang positif. dan cari circle yang sentiasa berbincang tentang kewangan dan bisnes bagi memastikan kita sentiasa berada pada landasan yang betul dan boleh guide kita. dalam circle tersebut perlu ada mentor yang boleh bimbing kita

COMMITMENT
Menjadikan target kewangan sebagai komitmen dan fokus. Luangkan masa, tenaga serta sanggup mencari Ilmu. Jom commit dari biasa2 dan jadi yg luar biasa!!!

CONSISTENT
"Practise make perfect" .. so practise perlu konsisten. seperti agihan kewangan yang telah saya sharekan tu. Tapi biasalah kadang2 kita leka.. sebab tu penting circle.

Nota Circle
⭕️ Jom bantu saya tambah circle dlm ni.. baru la.semangat saya nak sharing

02/03/2023

HUTANG JAHAT VS HUTANG BAIK

Hutang pun ada jahat dan baik?

Ye ada 😅

Hutang jahat
Hutang yang kadar faedah tinggi dan tiada sandaran aset yang menguntungkan seperti personal loan, hutang kenderaan dan hutang credit card

Hutang baik
Hutang yang menguntungkan seperti hartanah dan ASB.

Jadi buang atau kurangkan hutang jahat dan kawal hutang baik. InShaAllah kita akan bebas kewangan 💪💪💪

Nota kaki:
1. Next week kita sambung balik tips2 bisnes mcm biasa.
2. Saya selit ilmu kewangan kerana sebagai peniaga ini juga ilmu yg perlu dan asas. Jom kawal emosi dan kawal kewangan 😊✌️

01/03/2023

4 TIPS KEWANGAN

1. Bila berbelanja pastikan anda tahu sama ada ianya keperluan atau kemahuan. Say No to kemahuan. Kecuali memang ada duit lebih la. Tapi maksud lebih tu anda siap ada simpanan.

2. Berbelanja ikut kemampuan sendiri.

3. Masa muda masa yg baik utk menyimpan kerana kurang komitment.

4. Bezakan kewangan peribadi dan syarikat.

Nota kaki:
Passtt ... Tau x jumlah simpanan yg anda perlu ada? Sekurang²nya yg ideal adalah 3-6 kali ganda gaji kita.

Percaya x.. majoriti rakyat malaysia tiada simpanan walaupun 1000 dalam bank dorg... mcm mana dgn kawan² semua.. ada x 1000 dalam bank? Kalau xda jom sama2 kuatkan kewangan. Kawal diri dan terus berniaga. Kalau dah ada dan lebih alhamdullillah.. kekalkan momentum dan tambah simpanan lagi .

JOM 💪💪💪

28/02/2023

AGIHAN PENDAPATAN

Terdapat beberapa mazhab dalam pengagihan ni.. tapi bagi saya personally yg terbaik adalah seperti berikut

60% - keperluan
10% - emergency
10% - investment
10% - learning
10% - fun

INGAT! ambil dari duit gaji bukan duit syarikat !!!

Nota kaki:
Kalau xcukup untuk permulaan boleh kurang kan peratus TAPI...jgn xbuat pembahagian..jadikan habit!!! Nanti lama2 InShaAllah boleh ikut pembahagian ni.

27/02/2023

JANGAN ROMPAK BISNES SENDIRI!

sebagai peniaga anda wajib:

1. Asingkan duit syarikat/kedai dgn duit individu
2. Sila ambil gaji untuk diri sendiri. Tetapkan gaji anda dan jgn ambil duit syarikat/ kedai
3. Guna duit syarikat/kedai utk tambah insfrastuktur, marketing, ilmu dan kembangkan perniagaan.

Minggu ni saya rasa nak share ilmu kewangan la dalam ni. Agar kita sama² boleh beringat... JOM

Address

Jalan SG 9/15, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Sales Padu - RSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share