Surau Al Mustaqim Tamu Hill Btg Kali

Surau Al Mustaqim Tamu Hill Btg Kali Assalamualaikum

06/03/2026

Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.

Kalau ada tambahan, boleh sambung ya. Para Asatizah ambe mohon kemaafan andai ada Salah silap , tidak lengkap atau tidak tepat .

1. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun secara berperingkat. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

2. Wahyu pertama ialah lima ayat pertama Surah Al‑Alaq (ayat 1-5) yang bermula dengan perkataan Iqra’.

3. Surah paling panjang dalam Al-Quran ialah Surah Al‑Baqarah yang mengandungi 286 ayat.

4. Surah paling pendek ialah Surah Al‑Kawthar. Hanya 3 ayat sahaja mengenai janji nikmat yang tidak terhingga.

5. Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah ayat mengenai hutang dalam Surah Al‑Baqarah ayat 282.

6. Hanya satu surah tidak bermula dengan Bismillah iaitu Surah At‑Taubah.

7. Surah An‑Naml mempunyai dua Bismillah. Satu di awal surah. Satu lagi dalam ayat surat Nabi Sulaiman.

8. Surah yang dinamakan sempena haiwan
• Surah Al‑Baqarah (Lembu)
• Surah An‑Nahl (Lebah)
• Surah An‑Naml (Semut)
• Surah Al‑Ankabut (Labah-labah)
• Surah Al‑Fil (Gajah)

9. Hanya satu surah dinamakan sempena wanita iaitu Surah Maryam. Nama Maryam disebut dalam AlQuran lebih banyak daripada Mary dalam Bible.

10. Nama nabi yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah Nabi Musa. Ia disebut lebih 130 kali.

Nama Nabi Muhammad disebut 4 kali dalam Al-Quran.

Nama Nabi Isa disebut 25 kali.

Hanya seorang sahabat namanya disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu Zayd ibn Harithah.

11. Antara perkataan yang muncul dengan jumlah seimbang dalam Al Quran,
• Dunia = 115 kali
• Akhirat = 115 kali

• Malaikat = 88 kali
• Syaitan = 88 kali

• Hidup = 145 kali
• Mati = 145 kali

• Lelaki = 24 kali
• Wanita = 24 kali

Laut disebut 32 kali.
Darat disebut 13 kali.
Jika dikira peratus, Laut ≈ 71%, Darat ≈ 29%.
Sama dengan komposisi bumi.

12. Al-Quran tidak pernah berubah sejak 1400 tahun. Sejak zaman Nabi Muhammad hingga hari ini, teks Al-Quran kekal sama. Ia dihafaz oleh jutaan manusia yang digelar Hafiz.

13. Al-Quran adalah kitab yang paling ramai dihafaz manusia di dunia.

14. Surah Al‑Fatihah adalah surah yang paling banyak dibaca setiap hari. Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu.

15. Al-Quran menyebut sains alam dan banyak ayat mengajak manusia berfikir tentang,
• langit
• gunung
• laut
• embriologi
• kitaran hujan

16. Sebahagian pengkaji mendapati perkataan Yaum (hari) muncul sebanyak 365 kali dalam Al-Quran. Perkataan Syahr (bulan) p**a muncul 12 kali.

17. Pada zaman awal Islam, ayat Al-Quran pernah ditulis diatas pelepah tamar, tulang unta, kulit haiwan dan batu nipis. Kemudian dikumpulkan menjadi mushaf pada zaman Uthman ibn Affan.

18. Dalam Surah An‑Nahl, lebah disebut menggunakan kata ganti feminin dalam bahasa Arab. Kajian moden mendapati lebah pekerja memang betina.

19. Al-Quran mempunyai 114 surah, 6236 ayat (mengikut riwayat qiraat), lebih 77,000 perkataan, sekitar 320,000 huruf dan dibahagikan kepada 30 juzuk.

20. Dalam Al-Quran ada 14 huruf misteri dikenali sebagai Huruf Muqatta'at seperti Alif Lam Mim, Ya Sin, Taha, Ha Mim. Terdapat 29 surah yang bermula dengan huruf Muqatta'at.

21. Surah pertama yang lengkap turun ialah Surah Al-Fatihah. Surah terakhir yang turun ialah Surah An-Nasr.

22. Ayat terakhir yang turun menurut ramai ulama ialah ayat mengenai riba dalam Surah Al-Baqarah.

23. Ayat paling pendek dalam Al-Quran ialah dalam Surah Ar-Rahman "مُدْهَامَّتَانِ"

24. Wahyu pertama turun di Gua Hira. Wahyu terakhir turun ketika haji wada’.

25. Al Quran mengajak manusia berfikir lebih 700 kali. Contohnya ayat, "Afala ta’qilun?" (Tidakkah kamu berfikir?)

---------------

Al Quran adalah satu-satunya mukjizat nabi yang kita masih boleh lalui, rasai dan nikmati pada hari ini.

Allah berfirman dalam Surah Al Hashr ayat 21, mafhumnya, "Jika Al-Quran ini diturunkan kepada gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah."

Dalam Al-Quran sendiri Allah sebutkan Al Quran sebagai, Huda (petunjuk), Syifa’ (penyembuh), Rahmah (rahmat), Mau‘izhah (nasihat atau peringatan), dan Furqan (pembeza benar dan salah) kepada manusia.

Allah berfirman tiada keraguan pada Al Quran.

Semoga kita dikurniakan keberkatannya.

Malam ke 17 Ramadan 1447H

Menyambut Ramadhan Karem - Alhamdulillah petang semalam 18hb Febuari Sekuad Sukarelawan Dapur Surau Al Mustaqim telah me...
18/02/2026

Menyambut Ramadhan Karem - Alhamdulillah petang semalam 18hb Febuari Sekuad Sukarelawan Dapur Surau Al Mustaqim telah memasak lambuk diketuai oleh Ust Nazri , saudara Iskandar , Bro mad , Imam Nasir serta group Muslimat .
Kesempatan juga saya ziarah Abang Anis yang ägak pulih Dari kecederaan Kaki dirumah beliau diFasa 2 Tamu Hill petang semalam .
Malam tadi bermulanya 01 Ramadhan 1447 Dan bermula solat sunat Terawih. Sebelum solat isyak Tn. Imam Ustaz Abdillah telah memaklum kepada saya untuk saya menyampaikan ucapan Aluan Dan beberapa pesenan kepada Jemaah yg hadir (Mohon restu Tuan Pengerusi Al Mustaqim) . Selesai solat isyak berjemaah majlis Tahlil untuk Arwah Arwah dipimpin Imam .
Solat sunat Terawih malam pertama bermula dipimpin oleh Ust Rteam Abdillah . Kehadiran Jemaah Kariah Tamu Hill 2, 3 Dan 4 Sewaktu dengannya - memenuhi ruang solat Utama Dan ruang solat Muslimat juga penuh .. melempah hingga ceredo .. tempat Solat dibawah kemah juga penuh . Alhamdulillah semoga ianya berterusan hingga akhir Ramadhan .
Selesai solat Terawih Jemaah diminta untuk mengambil sebekas bubur lambuk yang disediakan oleh pehak Surau Al Mustaqim. Anggaran semua 400 - 450 bekas .

Majlis Aqiqah jemputan Marhaban Berzanji Tmn  Desa Alam Ria Batang Kali .. majlis berjalan lancar dengan cuaca Terbaik h...
29/11/2025

Majlis Aqiqah jemputan Marhaban Berzanji Tmn Desa Alam Ria Batang Kali .. majlis berjalan lancar dengan cuaca Terbaik hari ini panas .. insya Allah Petang ni ada satu jemputan lagi diTamu Hill Park.. majlis KESYUKORAN .

01/10/2025

I gained 1,078 followers, created 4 posts and received 19 reactions in the past 90 days! Thank you all for your continued support. I could not have done it without you. 🙏🤗🎉

Salam senja khamis malam Jumaat - seperti kebiiasaan  aktiviti malam Jumaat jika tiada majlis ilmu / kuliah magrib . Pen...
28/08/2025

Salam senja khamis malam Jumaat - seperti kebiiasaan aktiviti malam Jumaat jika tiada majlis ilmu / kuliah magrib . Pengurusan Surau mengadakan Bacaan Yasin & Tahlil untuk Arwah Arwah ibubapa sabak saudara ahli keluarga . Ahli kariah Surau Al Mustaqim Tamu Hill Btg Kali.

Sanah Helwah Ust Hafizi Bin Hashim Semoga sukses selalu dimurahkan rezki usia umor yang bernafaat Dunia akhirat. Cc Nasi...
07/08/2025

Sanah Helwah Ust Hafizi Bin Hashim
Semoga sukses selalu dimurahkan rezki usia umor yang bernafaat Dunia akhirat.
Cc Nasir Omar , Khairul Nizam , Mugani Muhammad , Muhd Khairulzaman Salleh , Anura Munshi Abdul Rahim , Awie Zawawi ,

MAJLIS ILMU SURAU AL-MUSTAQIMKULIAH BULAN SEPTEMBER 2024
02/09/2024

MAJLIS ILMU SURAU AL-MUSTAQIM
KULIAH BULAN SEPTEMBER 2024

MAJLIS ILMU SURAU AL-MUSTAQIMKULIAH BULAN OGOS 2024
02/08/2024

MAJLIS ILMU SURAU AL-MUSTAQIM
KULIAH BULAN OGOS 2024

Kenapa sedekah Subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di se...
02/08/2024

Kenapa sedekah Subuh?

Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah segala urusan ku dunia akhirat"

"Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku"

"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi", contoh2nya..

Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki yang halal dan berkat 🤲 Aamiin

Kredit : Islam Cahaya Hidupku

29/02/2024

Upacara penutup Majlis .

Program semalam "Mini Kem Tunas Jati" Anjuran DM Care - untuk Anak Anak Tahun Satu - Tahun enam (7 - 12 tahun). Majlis p...
29/02/2024

Program semalam "Mini Kem Tunas Jati" Anjuran DM Care - untuk Anak Anak Tahun Satu - Tahun enam (7 - 12 tahun).
Majlis penutup program disempurnakan mewakili Tuan Pengerusi Surau Al Mustaqim.
Alhamdulillah program Yang berguna bagi Anak Anak Musim cuti sekolah .

𝕷𝖎𝖌𝖆 𝖇𝖔𝖑𝖆 𝖘𝖊𝖕𝖆𝖐 𝖗𝖊𝖒𝖆𝖏𝖆 𝟐𝟎𝟐𝟑 anjuran bersama 𝗜𝗦𝗠𝗔 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗮𝗹-𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗾𝗶𝗺
27/11/2023

𝕷𝖎𝖌𝖆 𝖇𝖔𝖑𝖆 𝖘𝖊𝖕𝖆𝖐 𝖗𝖊𝖒𝖆𝖏𝖆 𝟐𝟎𝟐𝟑 anjuran bersama 𝗜𝗦𝗠𝗔 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗮𝗹-𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗾𝗶𝗺

Address

Jalan Mahagoni 4a/3
Batang Kali
44300

Telephone

+60173290078

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Mustaqim Tamu Hill Btg Kali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Surau Al Mustaqim Tamu Hill Btg Kali:

Share