Arrahnuxchange Banting

Arrahnuxchange Banting Menawarkan perkhidmatan Pajak Gadaian Islam dengan kadar pinjaman dari 65% - 70% dari nilai marhun (nilai semasa barang kemas yang dicagarkan).

PENGENALAN :-

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5

peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan. Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. KONSEP :-

Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
i) Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan. ii) Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari unsur riba’atau faedah. iii) Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.

• Jumlah Margin Pinjaman adalah :-
65/70 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran

• Kadar Upah Simpan :-
RM0.65 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000).RM0.75 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1001). Bagi meningkatkan prestasi operasi, ianya banyak bergantung kepada ‘volume of sales’.

•Tempoh Pinjaman :-
Tempoh gadaian ialah ENAM bulan. Tempoh akan dilanjutkan DUA bulan lagi secara AUTOMATIK

• Sekuriti/Cagaran :-
Emas Tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).

• Tempoh Bayaran Balik :-
Sekali gus atau ansuran

• Kelulusan :-
Serta-merta atau semua urusan penggadaian atau penebusan selesai.

• Hasil Lelongan :-
Barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.

•Antara Jenis Peralatan Ujikaji adalah :-
i) Penggunaan batu hitam, kanta pembesar dan asid.
- Peralatan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat. ii) Electronic Balance dan Electronic Densimeter.
- Perkakasan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.

• Perlindungan Insurans :-
Merangkumi insurans pengurusan wang tunai,pemindahan wang tunai, perlindungan kebakaran, perlindungan kecurian dan sebagainya. KESIMPULAN :-

Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

17/04/2026
16/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Pelanggan yang dihormati.Kempen "Jom e-Bayar & Menang 2025!"Kempen ini berkonsepkan ...
01/08/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pelanggan yang dihormati.

Kempen "Jom e-Bayar & Menang 2025!"
Kempen ini berkonsepkan pembayaran melalui platform atas talian "Portal e-Bayar Ar-Rahnu X'Change".

24 jam dan dimana sahaja !
Dengan 'e-Bayar", pelanggan kini boleh membuat urusan pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

Kempen Anda Dihargai - Anda Bayar & Anda Menang - Jom e-Bayar & Menang 2025 menawarkan hadiah ekslusif dan sangat berbaloi untuk direbut ! Kempen ini menawarkan hadiah kepada 10 orang pemenang !

Ayuh sertai Kempen - Jom e-Bayar & Menang 2025 !!
Anda mungkin menjadi salah seorang pemenang! - Tertakluk Terma & Syarat

Hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara menyertai kempen ini. Sila klik pada link yang diberikan di bawah :-

http://wa.me/message/2XVMG44YFXB2G1

Address

No 51 Jalan Kemboja 33, Off Jln Sultan Alam Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:00

Telephone

+60331811767

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arrahnuxchange Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arrahnuxchange Banting:

Share