Bijak Hartanah

Bijak Hartanah Kepakaran kami adalah membantu anda melabur dalam hartanah dengan pulangan 3C (Cashback, Cashflow da

Salam semua, jumpa saya di LIVE Tiktok saya malam ini pukul 10 malam. Topik LIVE malam ini adalah saya akan mengupas 5 p...
24/05/2024

Salam semua, jumpa saya di LIVE Tiktok saya malam ini pukul 10 malam. Topik LIVE malam ini adalah saya akan mengupas 5 persoalan perlindungan hibah takaful dan kita akan bawakan beberapa ahli panel dari syarikat takaful yang berbeza untuk bentangkan pelan perlindungan masing-masing. Follow saya di link berikut:
https://vt.tiktok.com/ZSYFd3EDp/

dan dapatkan quotation percuma di link ini:
https://bit.ly/Second-Income-Project

5 Persoalan Perlindungan Hibah Takaful
1.Apa yang menghalang orang mengambil takaful
2.Bagaimana menangani skeptikal dan rejection orang ramai berkenaan takaful
3.Mengapa harga takaful sering berubah-ubah?
4.Berapa tahun perlindungan yang dicadangkan
5.Geran takaful untuk debt cancellation
6.Sesi istimewa pembentangan pelan perlindungan takaful dari ahli panel
7.Sesi khas rekrut agen baru utk perlindungan percuma

Check out this content on Boards 👆

Salam semua, jumpa saya di LIVE Tiktok saya malam ini pukul 10 malam. Topik LIVE malam ini adalah saya akan buat review ...
22/05/2024

Salam semua, jumpa saya di LIVE Tiktok saya malam ini pukul 10 malam. Topik LIVE malam ini adalah saya akan buat review buku The Psychology of Money dan mengupas 5 persoalan pengurusan kewangan peribadi. Follow saya di link berikut:

.omar 286 Followers, 1238 Following, 406 Likes - Watch awesome short videos created by Mohd Farid Omar

Gaji dh masuk gais, marilah beli ebook ini.
25/04/2024

Gaji dh masuk gais, marilah beli ebook ini.

Rahsia Bisnes Kedai Makan RM30.00

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kepada saudara mara, rakan sekerja, rakan belajar, rakan-rakan yang mengenali saya d...
24/04/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada saudara mara, rakan sekerja, rakan belajar, rakan-rakan yang mengenali saya dari dekat atau jauh, follower-follower yang selalu follow tips2 hartanah saya dan rakan-rakan pelabur hartanah yang sama-sama berjuang dalam komuniti Far Capital.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt dengan izinnya saya dapat menyiapkan produk digital pertama saya dalam bentuk ebook. Ebook pertama saya diberi tajuk Rahsia Bisnes Kedai Makan.

Tajuk ebook ini dipilih sebagai tanda penghargaan kepada perjuangan ibubapa saya yang telah menjalankan perniagaan kedai makan selama 22 tahun untuk menyara kehidupan.

Ebook ini ditulis ketika PKP namun tidak berjaya diterbitkan. Saya rasa sayang p**a ebook ini dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi manfaat lalu saya mengambil inisiatif untuk menerbitkannya sendiri ketika saya sedang bercuti belajar. Alang-alang menghadap laptop setiap hari untuk menyiapkan Master, objektif, paper dan thesis. Stress belajar saya disalurkan dengan menghadap latop menulis dan menyiapkan produk digital yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Doakan saya ya dapat graduate on time yang hanya tinggal setahun sahaja lagi.

Ebook Rahsia Bisnes Kedai Makan ditujukan secara langsung untuk mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan makanan. Ia dimulakan dengan menguasai kemahiran memasak dari resepi yang terbukti sedap dan boleh dijual. Sama ada dijual dari rumah secara food delivery, dijual di tepi-tepi jalan dengan memacak khemah sehingga ke matlamat utama berjaya memiliki kedai makan sendiri.

Namun ebook ini juga ditujukan secara tidak langsung kepada lelaki atau suami yang ingin belajar memasak, kepada isteri yang ingin menambahkan lagi kemahiran memasak dan kepada keluarga yang berhasrat untuk menjadikan perniagaan makanan sebagai sumber pendapatan kedua.

Ebook ini juga ditujukan kepada semua yang berminat untuk mendalami agama melalui 15 formula keberkatan dan kaedah menjemput rezeki.

Ebook Rahsia Bisnes Kedai Makan setebal 114 mukasurat ini mengandungi kandungan seperti berikut:
Bab 1: Pengenalan Bisnes Kedai Makan
Bab 2: 9 Langkah Memulakan Kedai Makan
Bab 3: 9 Cabaran Bisnes Kedai Makan
Bab 4: 11 Rahsia Kejayaan Bisnes Kedai Makan
Bab 5: 15 Formula Keberkatan Perniagaan
Bab 6: 14 Resipi Rahsia Lauk Pauk Kedai Makan
Bab 7: Rahsia Jana RM1k Sehari

Apa yang kita akan pelajari dalam ebook setebal 114 muka surat ini adalah ebook ini terbahagi kepada 7 bab. Bab 1 adalah pengenalan kepada perniagaan kedai makan. Bab ini akan menerangkan apakah itu perniagaan kedai makan, mengapa perlu berkecimpung dalam bidang kedai makan, dimanakah lokasi kedai makan yang sesuai, siapakah yang patut menceburi bidang perniagaan makanan dan bagaimanakah untuk berjaya dalam bidang ini. Pada Bab 2 p**a diterangkan 9 langkah bagi memulakan dan menjalankan perniagaan kedai makan. Pada Bab 3 di senaraikan 9 cabaran sepanjang memulakan perniagaan kedai makan. Pada Bab 4 di bongkarkan 11 rahsia kejayaan dan Bab 5 menghuraikan 15 formula keberkatan. Pada Bab 6 p**a, ditunjukkan 14 resipi untuk dikuasai oleh setiap pembaca untuk meningkatkan kemahiran memasak masing-masing.
Pada Bab yang terakhir p**a iaitu Bab 7, bab ini khas untuk pemilik kedai makan yang berhasrat untuk menjana jualan RM1k sehari dari bisnes kedai makan.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, Saya dengan ini melancarkan:
Ebook Rahsia Bisnes Kedai Makan dengan harga RM30 sahaja sempena hari gaji pada 25 April 2024 dan untuk 100 orang pertama.

Download sekarang dan terima ebook tersebut serta merta di emel anda dengan harga promosi RM30 sahaja!
Tawaran hebat ebook ini terhad untuk 100 pelanggan pertama sahaja. Selepas itu harga akan dinaikkan kepada harga normal RM50.

Dapatkan sekarang di link berikut:
https://toyyibpay.com/Ebook-Rahsia-Bisnes-Kedai-Makan

Kepada 100 pelanggan pertama yang berminat untuk memulakan perniagaan kedai makan. anda akan dijemput untuk ke kedai makan kami di Pasir Gudang, Johor untuk menjalani latihan dan memahami selok belok perniagaan kedai makan dan seterusnya berpeluang untuk membuka francais kedai makan di tempat anda sendiri secara percuma!

Dengan setiap pembelian ebook “Rahsia Bisnes Kedai Makan” ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda, saya akan p**angkan wang RM30 anda.

Dapatkan sekarang di link berikut:
https://toyyibpay.com/Ebook-Rahsia-Bisnes-Kedai-Makan

Mohd Farid Omar
Penulis Ebook Rahsia Bisnes Kedai Makan
017-7136003

P/s:- Sudah tiba masanya kita lelaki membuang sifat malas untuk memasak dan turun ke dapur belajar dan menguasai kemahiran memasak untuk meringankan beban isteri walaupun penat seharian bekerja demi meraih keluarga Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.

P/p/s:- Sudah tiba masanya juga kita memperuntukkan sebahagian dari pendapatan kita untuk menimba ilmu dan mencari jalan keluar diatas cabaran yang dilalui demi mencapai apa yang diimpikan sama ada berupa kemahiran diri, mewujudkan suasana keluarga yang bahagia dan menguasai ilmu berniaga sebagai peniaga yang beriman dan berjaya

P/p/p/s:- Oh ya! Jangan lupa sharekan juga website ini kepada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda agar mereka juga dapat manfaat dari ebook ini.

Rahsia Bisnes Kedai Makan RM30.00

Earn, Save, Invest, Protect1. Pelaburan Hartanah adalah pelaburan jangka masa panjang sehingga 35 tahun. Ia adalah suatu...
29/02/2024

Earn, Save, Invest, Protect
1. Pelaburan Hartanah adalah pelaburan jangka masa panjang sehingga 35 tahun. Ia adalah suatu pelaburan yang berisiko tinggi. Walaupun adakalanya kita telah membuat penilaian risiko terhadap pelaburan tersebut. Perkara luar jangka yang berlaku di luar kawalan kita membuatkan kita terpaksa merencana pelan yang berbeza dari pelan asal. Artikel ini akan mengupas pelaburan hartanah dari 4 sisi iaitu, pendapatan (earn), simpanan (save), pelaburan (invest) dan perlindungan (protect).
2. Pendapatan (earn) - Untuk melabur dalam hartanah, kita perlu mempunyai pendapatan yang stabil. Pendapatan yang stabil bermaksud pekerjaan kita adalah pekerjaan tetap, mempunyai peningkatan kerjaya dan gaji yang setimpal dengan kelulusan yang dimiliki. Tidak cukup dengan pendapatan yang stabil, kita juga perlu memiliki kemahiran pengurusan kewangan agar komitmen kewangan yang ditanggung adalah rendah dan terkawal. Di mata bank kita layak untuk memohon pinjaman perumahan sesuai dengan pendapatan yang kita perolehi.
3. Simpanan (save) – Tinjauan yang dibuat Ringgit Plus pada tahun 2022 mendapati 7 daripada 10 Rakyat Malaysia tidak berjaya menyimpan walau RM500 sebulan. Ini tidak menghairankan kerana kita berada dalam dunia moden yang serba serbi memerlukan duit. Kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah antara sebab yang dikenal pasti punca tidak dapat menyimpan. Hanya mereka yang cekal sahaja yang dapat menahan godaan dunia untuk berjimat dan dilihat pelik pada pandangan mata orang lain. Jika kita melabur dalam hartanah. Rumah yang kita miliki itu untuk melepaskan hajat pun kita kena bayar RM12 sebulan. Melebihi dari bil air sebulan. Belum lagi dikira maintenance yang kena bayar, bil cukai taksiran yang dihantar PBT setiap 6 bulan dan jangan lupa bil yang tak pernah dihantar ke rumah kita tapi tetap kena bayar setiap tahun iaitu cukai tanah. Jadi, berapa jumlah yang perlu disimpan untuk selesa untuk memulakan pelaburan hartanah? Sebaiknya dalam ASB atau Tabung Haji telah ada 6 bulan gaji itu yang terbaik. Jika tiada, kita masih tetap boleh melabur dalam hartanah, cuma kita kena cari projek perumahan yang boleh menawarkan zero deposit. Supaya kos yang perlu dikeluarkan untuk permulaan pembelian adalah rendah.
4. Pelaburan (invest) – Apa beza simpanan dan pelaburan? Simpanan bila kita menyimpan kita tidak dapat p**angan. Jika kita simpan satu ratus ringgit, kita masih tetap dapat satu ratus ringgit. Berbeza dengan pelaburan, kita simpan seratus ringgit kita dapat p**angan lebih dari seratus bergantung kepada peratus profit yang diterima setahun. ASB dan Tabung Haji adalah instrument pelaburan yang berisiko rendah. Namun kelemahannya adalah kita perlu menyimpan selama setahun tanpa mengusiknya untuk p**angan yang maksima. Agak s**ar untuk kita mengekalkan dalam tempoh setahun tersebut sekiranya kita perlu gunakan duit untuk selesaikan komitmen yang datang sama ada berupa komitmen bulanan, komitmen setiap 6 bulan atau komitmen setiap tahun. Contoh komitmen bulanan adalah maintenance rumah, komitmen setiap 6 bulan adalah cukai taksiran, bil indah water. Komitmen setiap tahun contoh seperti cukai tanah dan perbaharui insuran dan cukai jalan kenderaan. Jadi bagaimana caranya untuk kita melabur dengan mudah? Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang s**ar, berisiko dan untuk tempoh jangka masa panjang. Jadi kita fokus untuk pelaburan jangka masa pendek 1-3 tahun. Revolusi perbankan telah berubah. Kita tidak lagi terikat dengan perbankan secara konvensional yang perlu memiliki banyak cawangan. Bank Negara Malaysia telah meluluskan 5 bank digital di Malaysia iaitu GX Bank, Boost Bank, Aeon Bank, KAF Investment Bank Dan YTL. GX Bank menawarkan kadar faedah 3.0% setahun dimana faedah dibayar setiap hari. Ini adalah sangat baik untuk menggalakkan kita menyimpan di GX Bank dan melihat duit simpanan berkembang setiap hari. Sekiranya kita letak RM2000 dalam GX Bank dengan kadar faedah 3% setahun, beerti kita dapat p**angan RM60 setahun. Dibahagi dengan 365 hari. Kita dapat 16 sen sehari. Walaupun 16 sen ni tak banyak tapi kita s**a sebab kita dapat tengok duit kita bertambah 16 sen setiap hari. Berbanding letak dalam ASB RM2000, walaupun dah simpan 10 bulan, bulan 11 nak pakai duit untuk bayar roadtax. Kita tak dapat pun menikmati dividen pada tahun tersebut. Selain dari GX Bank, platform yang lain yang menawarkan tawaran yang serupa adalah seperti Rize dari Ar-Rajhi Bank. Rize menawarkan p**angan 4% setahun namun interest tersebut dibayar setiap bulan. Touch N Go ewallet melalui Go+ juga menawarkan insentif yang sama dengan kadar interest 3.49% p.a namun ia digunakan untuk pembayaran tol dan selalu kekurangan kredit melainkan kita set minima RM200. Pelaburan yang menarik lain juga untuk diterokai adalah melalui platform Versa. Versa memberikan p**angan 4% setahun melalui Versa Cash-i sekiranya melabur dengan jumlah simpanan minima RM1000. Yang menariknya Versa mempunyai reward referral yang mana kita boleh menyimpan sebanyak RM10 setiap seorang dengan mempromosikan platform Versa kepada rakan-rakan yang lain dengan syarat minima simpanan RM100.
5. Sisi terakhir yang perlu dilihat adalah protection iaitu perlindungan pada asset dan wang yang kita miliki. Perlindungan ini tidak tertumpu ketika kita dah mati. Iaitu melalui perlindungan hibah takaful. Malah kita perlu sentiasa berwaspada taktik licik scammer yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya mangsa melalui janji manis keuntungan berlipat kali ganda melalui skim pelaburan yang tidak wujud dan pelbagai lagi skim2 cepat kaya dan yang terkini adalah skim ponzi yang diasaskan oleh suami Heliza sendiri Mahadi Bz. Kerajaan hanya boleh memberi kesedaran agar tidak terjerat dengan scammer namun bagi mangsa scammer wang yang telah dilaburkan tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Dan kebiasaannya mangsa scammer ini hanya berdiam diri apabila telah terjerat dan cuba mencari jalan keluar diatas musibah kewangan yang melanda. Melalui Perlindungan Hibah Takaful p**a, kebanyakan mentaliti rakyat Malaysia adalah mereka perlukan hibah takaful namun mereka tidak mampu untuk bayar komitmen bulanan atas langganan takaful tersebut. Lalu apa yang mereka buat adalah mereka ambil takaful namun hanya bayar beberapa bulan lepas tu dah tak bayar lagi dan polisi takaful p**a jadi terbatal. Mereka hanya berharap tiada perkara buruk yang menimpa mereka namun kejutan hidup boleh berlaku bila-bila masa jika Allah mengkehendaki. Satu jalan yang dilihat boleh menyelesaikan isu keperluan untuk melanggan hibah takaful ini adalah kita perlu menjadi ejen takaful untuk diri kita sendiri. Komisen yang diperolehi daripada langganan takaful rakan-rakan yang menyertai dibawah kita dapat digunakan untuk membiayai bayaran takaful tersebut. Lebih elok jika langganan takaful tidak dibuat secara bulanan tapi dibuat secara tahunan. Cuma adakah kita sanggup untuk melalui proses menjadi ejen takaful secara part time tersebut dengan menduduki peperiksaan asas takaful dan menerima penolakan dari prospect yang tak berminat dengan hibah takaful.
Secara kesimp**annya penulisan ini adalah hasil pemikiran penulis berdasarkan pengalaman yang dilalui dan pengalaman setiap daripada kita adalah berbeza namun kita tetap mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memperolehi kehidupan yang bahagia dan berjaya. Sekiranya anda bersetuju dengan penulisan saya ini mohon support saya dengan mendaftar dan melabur sebanyak RM100 di Platform Versa menggunakan referral link ini : https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=FPLWVUG2
Atau jika anda berminat untuk mendengar penerangan untuk memiliki perlindungan hibah takaful secara percuma yang disediakan oleh Zurich Takaful. Boleh hubungi Perunding Takaful ini di no telefon: 011-20849975

25/05/2023

Hi, saya ada bilik master lelaki non sharing fully furnish free wifi di area Jalan Kebun/Kota Kemuning/bandar Putera 2. Sewa cuma RM600 shj dan deposit 2 bulan. Whatsapp 01118679766

EMAS VS HARTANAHPerbandingan Antara Emas Dengan HartanahPersamaan1. Aset Fizikal2. Memiliki Intrinsic value - nilai yang...
02/09/2022

EMAS VS HARTANAH
Perbandingan Antara Emas Dengan Hartanah
Persamaan
1. Aset Fizikal
2. Memiliki Intrinsic value - nilai yang melekat pada dirinya sendiri
3. Harga yang menaik dari semasa ke semasa
Perbezaan
1. Hartanah ada pendapatan pasif emas tiada pendapatan pasif.
2. Emas mudah dicairkan hartanah s**ar dicairkan.
3. Hartanah risiko pelaburan sangat tinggi.
Strategi beli emas dan hartanah
1. Beli emas untuk dijadikan deposit beli rumah. Tapi mengapa anda perlu simpan emas jika anda boleh beli rumah tanpa deposit?
2. Simpan emas untuk dana pendidikan anak-anak.
3. Simpan emas sebagai dana kecemasan.
4. Beli emas lebih mudah berbanding menyimpan 10% gaji untuk tujuan mewujudkan dana kecemasan.
Jom manfaatkan peluang yang ada sempena harga emas yang tengah murah hari ini. Yang termurah sepanjang tahun ini iaitu RM264 = 1.00 gram dengan klik link dibawah untuk buka akaun dan lock harga.
Klik link wasap berikut untuk saya bantu memudahkan pembelian emas anda. Klik sini => https://jomdaftarpg.wasap.my/

Lifetime membership client FAR Capital melabuhkan tirainya harini. Diganti dengan one time fee RM800 dan subcription pla...
12/12/2021

Lifetime membership client FAR Capital melabuhkan tirainya harini. Diganti dengan one time fee RM800 dan subcription plan RM80 sebulan. Jom tambah income!

10/11/2021

Tips bila nak apply loan atau nak buat refinance dengan bank. Usahakan submit dengan 3 bank serentak. Supaya boleh compare the best rate dan the best fee.

29/10/2021

Alhamdulillah siapa yang buat full settlement PTPTN bermula 1 Nov ni, dapat jimat 15%. Jom rebut manfaat yang jarang dapat ni.

Belajar automate content dalam Weekly Hustler Meeting 28 Oktober 2021. Tq Yad Zahari
28/10/2021

Belajar automate content dalam Weekly Hustler Meeting 28 Oktober 2021. Tq Yad Zahari

Address

Banting

Telephone

+601118679766

Website

https://farcapital.com.my/packages/?client_id=FAR9-057, https://wetop

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bijak Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bijak Hartanah:

Share