16/04/2026
SALAM TAKZIAH
Tarikh: Khamis 16/4/2026
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Dr. Ab. Halim bin Muhammad, Penasihat Syariah Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd telah kembali ke rahmatullah.
Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampuni segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Salam Takziah daripada,
Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd