29/11/2024
Gaji cukup-cukup makan?
Ni 4 cara kreatif buat duit zaman sekarang
Siapa kat sini yang ada simpan lebih dari RM1,000 untuk kecemasan, angkat tangan~Dalam KWSP tak aci ye.
Kalau ikutkan statistik yang dilaporkan, cuma separuh je rakyat Malaysia yang ada duit simpanan sebanyak tu, jadi jangan segan kalau korang tak angkat tangan. Kami pasti, ramai yang sedar pentingnya ada duit kecemasan, tapi masih ramai juga belum mula menyimpan. Kenapa eh?
Menurut laporan ini, ia disebabkan kurangnya pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Realitinya, kalau gaji pun cukup-cukup makan, celah mana nak ambil duit buat simpanan?
Kalau korang macam kami yang air separas hidung tiap kali tengah bulan, kurangkan perbelanjaan mungkin agak susah, jadi hari ini, mari kita teroka pilihan kedua: cara-cara tingkatkan pendapatan yang tak terlalu mustahil.
Bermula dengan cara yang paling mudahโฆ
Minta bos naikkan gaji
Wah, begitu mudah! Kenapa tak terfikir sebelum ni? Macam senang tapi sebenarnya susah
1. Kumpulkan duit syiling korang yang bersepah tu
Macam kata pepatah, sikit sikit lama-lama jadi bukit. Baki duit syiling yang biasanya terabai kat dalam beg tangan atau celah sofa tu, kalau dikumpul, banyak jadinya.
2. Jual barang-barang yang korang dah tak nak
kumpulkan barang-barang dan jual melalui car boot sale. Tapi periksa dulu, sebab sesetengah car boot sale perlukan korang bayar sewa tapak.
Ada juga aplikasi-aplikasi online yang membolehkan korang jual barang terpakai. Sesetengah media sosial pun dah ada fungsi pasar (marketplace) yang menghubungkan korang dengan pembeli dari seluruh Malaysia. Asal rajin pos, macam-macam barang boleh dijual.
3. Buat duit melalui kepakaran korang
Kebanyakan orang ada bakat atau kemahiran sendiri, tapi tak semua gunakan kemahiran tu untuk buat duit. Contohnya, korang pandai buat biskut atau cipta lagu, tapi sekadar hobi je sebab kerja korang analisis data.
Kebiasaannya, ramai yang jual kemahiran melalui media sosial, tapi zaman sekarang dah ada banyak laman web di mana korang boleh tawarkan perkhidmatan korang kepada pelanggan
4. Jual personaliti anda sebagai influensaaaahhh
Bagi kebanyakan orang, memang tak sesuai dijadikan kerjaya hakiki sebab (1) tak terjamin dan (2) kena berperwatakan menarik atau cantik/hensem. Tapi kalau minat tu ada, tak salah untuk cuba-cuba sebagai pendapatan sampingan. Lagi-lagi kalau korang ada idea yang kreatif.
Berkenaan konten apa yang korang boleh buat, itu pun kena fikir sendiri. Mungkin korang boleh tulis fiksyen dan muat naik di media sosial, atau livestream korang main video game, atau nak dua dalam satu, boleh juga menjual barang masa buat livestream.
Apapun, lepas dah ada duit lebih nantiโฆ
Jangan lupa sediakan payung kewangan!
Hidup bagaikan roda, jadi masa kita di atas buatlah persediaan untuk masa kita di bawah nanti.
Berapa banyak yang korang kena simpan terpulang pada keperluan masing-masing, tapi sebaiknya perlu ada simpanan yang cukup untuk korang bertahan selama enam bulan tanpa pendapatan. (Credits to PIDM)
Sebab itulah perlu juga ada pendapatan sampingan.
Jom sertai kami sebagai Ejen Takaful. 0 modal/permulaan modal yang sangat rendah, masa kerja yang sangat fleksibel (anda sendiri tentukan waktu bekerja anda), pendapatan tanpa had (full time atau part time), bonus yang lumayan, bercuti ke luar negara secara percuma, persekitaran kerja yang tidak memberi tekanan.
Jika anda memiliki tenaga dan semangat yang tinggi, inilah yang perlu dipilih sebagai kerjaya yang terbaik anda.
Kelebihab kerjaya ejen takaful yang kita dapat lihat seperti yang saya senaraikan diatas. Namun tanpa kemahuan dan minat, segalanya tak akan menjadi realiti. Bagi yang berminat untuk mencuba dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya, hubungi kami untuk maklumat lanjut.