03/01/2012
Pengumuman..
PEMAKLUMAN KELEWATAN PEMBAYARAN BAGI PELAJAR BARU TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, Jabatan ini sedang menunggu peruntukan tahun 2012 bagi tujuan membuat bayaran kepada semua pelajar baru tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ambilan Sesi 2011/2012. Dijangkakan pembayaran bagi para pelajar berkenaan hanya akan dapat dibuat bayaran selewat-lewatnya pada penghujung Januari 2012.
3. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon pihak tuan/puan untuk memberi pelepasan kepada semua pelajar tajaan JPA untuk menduduki peperiksaan dan seterusnya dapat mendaftar subjek bagi semester berikutnya. Ianya juga bagi mengelakkan pelajar daripada tertekan sebelum dapat menduduki peperiksaan.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan di dalam menghebahkan perkara ini kepada semua pelajar tajaan Jabatan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
HANIZAL BT MOHD YUSOF
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Dalam Negara
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel : 03-8885 3399
Faks : 03-8881 0745