Anwar Aminon - Pakar Runding Takaful Dan Urus Pusaka Anda

Call Directions Website Contact the business

Anwar Aminon - Pakar Runding Takaful Dan Urus Pusaka Anda Khidmat Takaful Dan Urus Pusaka

Kita selalu cakap:“Anak masih kecil.”“Masih banyak masa.”Tapi masa memang tak tunggu kita.Hari ini kita dukung mereka.Es...
23/09/2026

Kita selalu cakap:
“Anak masih kecil.”
“Masih banyak masa.”

Tapi masa memang tak tunggu kita.
Hari ini kita dukung mereka.
Esok mereka masuk sekolah.
Lepas tu universiti.
Tiba-tiba mereka dah dewasa.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶.
𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗮𝗿𝗶.

Sebenarnya, perkara yang kita perlukan ketika sakit bukanlah semata-mata duit yang banyak.Tetapi 𝗠𝗔𝗦𝗔.𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁...
29/08/2026

Sebenarnya, perkara yang kita perlukan ketika sakit bukanlah semata-mata duit yang banyak.
Tetapi 𝗠𝗔𝗦𝗔.

𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁.
𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻.
𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗹𝗶𝗵.
𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮.

Masalahnya…
Bila kita tak bekerja, income mungkin turut terhenti.
Sedangkan kehidupan tetap berjalan.

Sebab itu 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 boleh menjadi salah satu persediaan kewangan yang penting.

Bukan untuk menggantikan income sepenuhnya dalam semua keadaan.

Tetapi sekurang-kurangnya, jika manfaat dibayar mengikut terma pelan, ia boleh memberikan sedikit ruang kewangan ketika kita sedang melalui tempoh yang s**ar.

Kita tak mahu sakit sambil memikirkan, “Bila nak mula kerja balik?”
Kan?

Kita mahu ruang untuk berkata:
“𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝘂 𝗳𝗼𝗸𝘂𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗵.”

Begitulah..
Kawan-kawan balik kampung ke tu? Hati-hati di jalan raya!

“𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒂𝒏.”Bagus!Tetapi soalan seterusnya:𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶?RM20,00...
28/08/2026

“𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒂𝒏.”
Bagus!

Tetapi soalan seterusnya:

𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶?

RM20,000 mungkin nampak banyak hari ini.
Tetapi bila:
— income berhenti
— perbelanjaan harian terus berjalan
— komitmen masih perlu dibayar
— kos berkaitan rawatan mula meningkat

Angka itu boleh mengecil lebih cepat daripada yang kita sangka.

Sebab itu perancangan kewangan bukan hanya tentang berapa banyak kita simpan.
Ia juga tentang:

“𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒓𝒊𝒔𝒊𝒌𝒐 𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈?”

Itulah sebabnya saya s**a konsep perlindungan yang melengkapkan simpanan.
Bukan menggantikan simpanan.

Tetapi.. 𝗠𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶𝗻𝘆𝗮.

Dalam perancangan kewangan keluarga, saya s**a melihat gambaran yang lebih besar.Bukan sekadar:“Berapa banyak aset saya ...
25/08/2026

Dalam perancangan kewangan keluarga, saya s**a melihat gambaran yang lebih besar.

Bukan sekadar:
“Berapa banyak aset saya ada?”

Tetapi juga:
“Kalau saya tiada, berapa banyak tunai yang keluarga saya perlukan?”

Hibah takaful boleh menjadi salah satu instrumen yang dipertimbangkan dalam perancangan tersebut sebagai DANA PANTAS, kerana simpanan di bank / unit amanah atau instrumen simpanan lain mungkin dibekukan sementara urusan surat kuasa tadbir selesai.

Ia bukan untuk menggantikan aset.
Tetapi untuk menambah satu lagi lapisan perlindungan.

Rancang ketika kita masih ada pilihan.

Salam Maulidurrasul 1448H

Sebagai suami dan ayah, kita selalu fikir:Nak cukupkan keperluan keluarga.Nak pastikan anak-anak selesa.Nak sediakan mas...
24/08/2026

Sebagai suami dan ayah, kita selalu fikir:

Nak cukupkan keperluan keluarga.
Nak pastikan anak-anak selesa.
Nak sediakan masa depan mereka.

Tetapi perancangan keluarga bukan hanya tentang apa yang kita boleh beri hari ini. Ia juga tentang apa yang kita boleh tinggalkan untuk mereka jika suatu hari nanti kita sudah tiada.

Hibah takaful bukan pengganti seorang suami atau seorang ayah. Tiada apa yang boleh menggantikan kita.

Tetapi ia boleh menjadi salah satu bentuk persediaan supaya keluarga tidak terasa terlalu berat dari sudut kewangan apabila berdepan kehilangan.

Kita mungkin tak mampu menentukan masa depan. Tetapi kita masih boleh merancang untuk mereka. Itulah salah satu bentuk kasih sayang berpanjangan.

Ramai orang bukan tak mampu merancang. Mereka cuma rasa masih ada masa.Kita selalu menangguhkan perkara yang kita harap ...
19/08/2026

Ramai orang bukan tak mampu merancang. Mereka cuma rasa masih ada masa.

Kita selalu menangguhkan perkara yang kita harap tidak akan berlaku.
"Saya masih sihat."
"Nanti dululah."
"Bulan depan saya fikirkan."

Hakikatnya...
Tiada siapa merancang untuk masuk hospital.
Sebab itu perancangan dibuat sebelum kita memerlukannya.
Bukan kerana kita menjangkakan perkara buruk.
Tetapi kerana kita sayangkan keluarga dan mahu mereka tidak terbeban jika sesuatu berlaku.

Saya sentiasa percaya...
Dan selalu mengingatkan...
Perlindungan yang baik bukan tentang rasa takut.
Ia tentang rasa tanggungjawab.

Kalau korang sudah lama bercadang untuk menyemak Medical Card atau perlindungan keluarga, saya sedia membantu dengan penerangan yang mudah difahami.

Mari!!

Ramai orang bekerja keras untuk membina kehidupan yang selesa. Namun, pernahkah kita bertanya satu soalan penting... Jik...
11/08/2026

Ramai orang bekerja keras untuk membina kehidupan yang selesa. Namun, pernahkah kita bertanya satu soalan penting...
Jika pendapatan kita terhenti esok, berapa lama keluarga mampu meneruskan kehidupan seperti biasa?

Perlindungan pendapatan bukan tentang menjangkakan perkara buruk akan berlaku. Ia adalah sebahagian daripada perancangan kewangan yang bertanggungjawab, supaya apabila diuji, keluarga masih mempunyai ruang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Aset paling bernilai bukan apa yang kita miliki. Aset paling bernilai ialah keupayaan kita mencari rezeki. Lindungilah ia sebelum terlambat.

Ramai orang bekerja keras setiap hari untuk membina kehidupan yang lebih baik. Namun, membina kekayaan sahaja tidak menc...
08/08/2026

Ramai orang bekerja keras setiap hari untuk membina kehidupan yang lebih baik. Namun, membina kekayaan sahaja tidak mencukupi jika kita tidak melindungi apa yang telah dibina.

Perancangan kewangan yang baik bukan sekadar tentang simpanan atau pelaburan. Ia juga merangkumi perlindungan kesihatan, pendapatan dan masa depan keluarga apabila berdepan situasi yang tidak dijangka.

🤍 Bina harta dengan usaha. Lindungi harta dengan perancangan. Kerana keluarga berhak menikmati hasil titik peluh kita walau apa pun yang berlaku.

Assalamualaikum, selamat pagi! Dah ngopi?Jom Abg share sikit info untuk kebaikan bersama..Hari ni kita cerita pasal stro...
30/07/2026

Assalamualaikum, selamat pagi! Dah ngopi?

Jom Abg share sikit info untuk kebaikan bersama..

Hari ni kita cerita pasal strok, ok?

Strok boleh berlaku tanpa diduga dan mengubah kehidupan seseorang dalam sekelip mata.

Namun, mengenali tanda-tanda awal dan mendapatkan rawatan dengan segera boleh meningkatkan peluang pemulihan.

Selain menjaga kesihatan melalui pemakanan seimbang, senaman dan pemeriksaan berkala, jangan abaikan juga perancangan kewangan keluarga.

Ujian kesihatan bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal, malah boleh menjejaskan pendapatan dan komitmen bulanan.

❤️ Kesihatan adalah amanah. Perancangan adalah tanggungjawab. Lindungi kedua-duanya demi keluarga yang kita sayangi.

Salam hujung minggu!Semalam ada seorang kenalan baru di FB tanya Abg AG di messenger, apa maksud hibah takaful yang awak...
25/07/2026

Salam hujung minggu!

Semalam ada seorang kenalan baru di FB tanya Abg AG di messenger, apa maksud hibah takaful yang awak selalu 'up' dan apa kelebihannya? Jom Abg AG share sini..

Apabila seorang pencari nafkah pergi buat selama-lamanya, bukan sekadar hati yang kehilangan. Pendapatan keluarga juga boleh terhenti.

Rumah masih perlu dibayar. Anak-anak masih perlu ke sekolah. Kehidupan tetap perlu diteruskan.

Hibah Takaful bukan tentang mengharapkan musibah berlaku. Ia adalah satu bentuk perancangan dan kasih sayang supaya keluarga mempunyai sokongan kewangan ketika melalui saat yang paling s**ar.

❤️ Merancang hari ini adalah hadiah terakhir yang boleh terus melindungi keluarga pada masa hadapan.

Address

Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anwar Aminon - Pakar Runding Takaful Dan Urus Pusaka Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anwar Aminon - Pakar Runding Takaful Dan Urus Pusaka Anda:

Shortcuts

Share