Pusaka Kecil

Pusaka Kecil Perunding Pewarisan Harta Islam
Perunding Unit Amanah
Medical Crowd Sharing

"Berbeza itu Istimewa, Bukan Kekurangan" ❤️Alhamdulillah, selesai tugasan kami di Kausar Wealth sebagai salah satu Penaj...
05/05/2026

"Berbeza itu Istimewa, Bukan Kekurangan" ❤️

Alhamdulillah, selesai tugasan kami di Kausar Wealth sebagai salah satu Penaja Utama bagi Larian Kesedaran Autisme anjuran AXCC di Bandar Saujana Putra, minggu lepas. 🏃‍♂️💨

Semangat tengok senyuman dan kesungguhan sebahagian ibu bapa yang hadir dengan anak-anak istimewa masing-masing. Ramai juga yang singgah ke booth kami bukan saja bertanya tentang waiat, tetapi meluahkan kebimbangan yang sama:

"Apa jadi pada anak istimewa saya jika saya sudah tiada nanti? Siapa yang akan uruskan harta untuk kelangsungan hidup mereka?"

Di Kausar Wealth, kami bukan sekadar agensi penulisan wasiat. Kehadiran kami di program komuniti seperti ini adalah untuk memastikan suara ibu bapa anak istimewa ini didengar. Kami hadir membawa solusi realistik melalui instrumen pewarisan harta Islam yang sah dan selamat.

Kami komited untuk memberi kesedaran berterusan mengenai perancangan harta untuk anak autisme dan istimewa kerana isu ini memerlukan strategi khusus bagi setiap keluarga.

Zahirkan kasih sayang dengan perancangan yang jelas bermula dari sekarang. Kita tak mampu selamanya ada untuk mereka, tapi kita mampu tinggalkan sesuatu yang mencukupi untuk keperluan mereka kelak.

Terima kasih AXCC atas peluang kolaborasi ini. InsyaAllah, Kausar Wealth akan terus menyokong inisiatif murni seperti ini demi masa depan komuniti kita yang lebih terjamin.

21/09/2025

Part 5 | Kenali Waris Faraid - Golongan Sisi

Sepupu pun boleh jadi waris faraid?

17/09/2025

Part 4 | Kenali Waris Faraid - Golongan Tengah

Adik beradik
Seibu sebapa, sebapa, seibu.
Mana 1 waris faraid?

15/09/2025

Part 3 | Kenali Waris Faraid - Golongan Bawah

Anak tiri waris faraid tak?

12/09/2025

Part 2 | Kenali Waris Faraid - Golongan Atas

Datuk dan nenek waris faraid tak?

08/09/2025

Part 1 | Kenali Waris Faraid - Pasangan

Dah bercerai pun masih dapat pusaka?

07/09/2025

Kira Pembahagian Waris Faraid Utama

05/09/2025

Jom ulangkaji Waris Faraid Utama

29/08/2025

Taklimat Khas
Wanita & Pewarisan Harta
Masjid Kariah Kampung Paya
Port Dickson
26 Ogos 2025

📢 Ramai yang ada polisi takaful… tapi tak pernah fikir, siapa sebenarnya yang akan urus duit pampasan tu bila kita dah t...
28/06/2025

📢 Ramai yang ada polisi takaful… tapi tak pernah fikir, siapa sebenarnya yang akan urus duit pampasan tu bila kita dah tiada?

Kalau nak lebih teratur, lebih jelas pembahagian, dan ikut betul-betul hasrat kita… solusinya ialah dengan Amanah Takaful.

Dengan Amanah Takaful, kita boleh:
✅ Tetapkan siapa yang layak menerima pampasan
✅ Bahagikan ikut peratus atau nilai tertentu
✅ Pilih bila dan macam mana duit tu nak diagihkan… sekaligus atau ansuran bulanan

Contoh…
👉 40% untuk isteri sebagai duit belanja bulanan
👉 30% untuk pendidikan anak-anak
👉 30% untuk simpanan masa depan anak

Dan paling penting… pengurusan duit tu diserahkan kepada Syarikat Amanah yang kita lantik.
Contohnya… Wasiyyah Shoppe Berhad

Mereka akan pastikan… duit pampasan takaful tu diagih ikut arahan kita masa hidup… bukan ikut budi bicara orang lain.

✔️ Tak perlu risau isu salah urus
✔️ Tak perlu risau duit habis sekelip mata
✔️ Lebih tenang… sebab ada pihak profesional yang urus

👉 Rancang dari sekarang… demi masa depan orang yang kita sayang. ❤️

Address

Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusaka Kecil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusaka Kecil:

Share