Medical Card Murah Hibah Murah

Medical Card Murah Hibah Murah Assalamualaikum. Saya Siti Mariam, Perunding Takaful anda. Jangan segan silu untuk dapatkan khidmat

11/08/22 plan nak stop hibah takaful11/09/22 ditakdirkan meninggal dunia.Real story untuk kita jadikan pedoman dan ambik...
20/10/2022

11/08/22 plan nak stop hibah takaful
11/09/22 ditakdirkan meninggal dunia.

Real story untuk kita jadikan pedoman dan ambik iktibar. Sceenshot di bawah dikongsikan oleh client saya sendiri yang merupakan insan yang telah menasihati arwah dan akhirnya asbab dari nasihat ini, keluarga arwah dapat menerima pampasan Hibah takaful tersebut.

Arwah umur 41, ada penyakit kencing manis, tidak berkahwin dan seorang yang bertanggungjawab menjaga ibu, adik dan 2 anak buah.

Untuk pengetahuan, polisi hibah takaful ni adalah polisi khas bagi mereka yang telah mempunyai sejarah penyakit dan plan bayaran bulanan adalah jenis step up iaitu mempunyai kenaikan harga mengikut umur.

Sebulan sebelum meninggal dunia, arwah menyatakan niat kepada client saya yang juga merupanya jiran merangkap penasihat kewangan kepada arwah untuk menghentikan polisi hibah takaful ini kerana kenaikan bayaran bulanan. Alhamdulillah, client saya berjaya menasihati arwah untuk meneruskan pembayaran.

Walaupon maklum berkenaan arwah mempunyai penyakit kencing manis, kematian arwah dikira mengejut juga buat keluarga terutama ibu dan adik yang dijaganya apabila arwah meninggal akibat jatuh di bilik air. Berbekalkan polisi hibah takaful yang masih berstatus Inforce dan tiada tunggakan bayaran, arwah telah meninggalkan hibah takaful bernilai Rm250,000 buat keluarga bagi keperluan kewangan ibu, adik dan 2 anak buahnya.

Buat client dan kenalan Mariam yang telah mempunyai plan hibah takaful, pastikan tiada tunggakan bayaran bulanan bagi mengelakkan status polisi lapsed dan terbatal. Ketika memilih Plan hibah takaful, pastikan anda faham dan dapatkan maklumat yang tepat berkenaan polisi anda daripada ejen anda.

Bulan ni ada promosi cashback 1 bulan bagi plan hibah takaful dengan perlindungan RM500K ke bawah dan cashback 3 bulan bagi jumlah perlindungan RM500K ke atas. Roger Mariam jika berminat.

Benda boleh dapat sekarang. Kenapa nak tunggu lama2.Medical Card dengan limit tahunan Rm300,000. Lifetime limit Unlimite...
26/08/2022

Benda boleh dapat sekarang. Kenapa nak tunggu lama2.

Medical Card dengan limit tahunan Rm300,000. Lifetime limit Unlimited.

Kalau sebelum ni, annual limit bermula Rm100,000 dan akan auto upgrade Rm50,000 setiap 5 tahun secara percuma.

Sempena bulan kemerdekaan ni, Great Eastern Takaful Berhad tawarkan limit tahunan Rm300,000 terus bagi permohonan medical card yang lulus dari tempoh 18/08/2022 sehingga 31/8/2022. Tak perlu tunggu2 auto upgrade dah.

Cepat rebut peluang keemasan ni. Jarang-jarang berlaku ok! Limit tahunan gempal, harga sama je mcm biasa.

KALAU KITA MAMPU, KENAPA KITA NAK AMBIK HAK ORANG YANG TAK MAMPUTeringat kata-kata Lynn, team member agensi kami minggu ...
16/08/2022

KALAU KITA MAMPU, KENAPA KITA NAK AMBIK HAK ORANG YANG TAK MAMPU

Teringat kata-kata Lynn, team member agensi kami minggu lepas. Lynn join team kami dengan satu sebab utama : Saya rasa bertanggungjawab untuk sebarkan kepentingan takaful ni pada orang ramai.

Kenapa?

Lynn mempunyai sejarah Retinal Detachment dan Rheumatoid Arthritis. Lynn juga seorang cancer fighter dan masih lagi menjalani rawatan. Lynn pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan juga hospital swasta. Untuk info tambahan, Lynn mempunyai medical card personal dan perlindungan dari majikan. Walaubagaimanapon, kedua-duanya mempunyai had/limited coverage.

Apabila Lynn diuji dengan ujian kesihatan dan mempunyai pengalaman dalam mendapatkan rawatan di kedua-dua sektor perubatan kerajaan dan swasta, Lynn dapat rasai perbezaan ketara terutamanya dari sudut TEMPOH/KEPANTASAN MASA untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya seperti, ujian darah, perjumpaan dengan pakar, tarikh appointment seterusnya dan keputusan ujian. Punca utama adalah disebabkan TERLALU RAMAI pesakit yang kesemuanya menunggu giliran.

Dikalangan pesakit tersebut datang dari pelbagai background. Ada yang senang dan ada juga yang susah. Ada yang berkemampuan tetapi sudah terlewat untuk mencari medical card. Ada yang berkemampuan tetapi sudah kehabisan simpanan setelah digunakan untuk kos rawatan yang dibiayai sendiri sebelum ini. Ada yang berkemampuan tetapi sudah habis limit medical card mereka.

Disebabkan itu, mereka bersama-sama menunggu giliran di hospital kerajaan.
Kata Lynn " Kalau kita hantar orang yang sakit ke hospital kerajaan compared dengan kita yang sakit pergi ke hospital kerajaan ni tak sama. Sebab bila kita sakit, kita perlu menunggu, dia akan lagi lebih sakit.

Antara tanggungjawab bagi mereka yang mampu untuk membantu mengurangkan situasi ini adalah dengan mendapatkan polisi medical card personal ketika masih lagi mempunyai kesihatan yang baik. Bagi yang lebih berkemampuan, dapatkan polisi yang tidak mempunyai limit tahunan supaya kita tak perlu risau akan kos rawatan yang semakin meningkat dan tak pernah menurun ini.

Kalau nak pergi berjalan pon kita cuba elakkan tempat ramai orang, apatah lagi bila sakit kan. Tengah sihat? Mulakan tindakan anda sekarang.





Appointment medical card semalam.Puan F dah pernah ada medical card since 2016. Tak pernah guna untuk masuk hospital. Ke...
02/06/2022

Appointment medical card semalam.

Puan F dah pernah ada medical card since 2016. Tak pernah guna untuk masuk hospital. Kesedaran tentang kepentingan medical card memang dah ada walaupon beliau kakitangan kerajaan dan bekerja dihospital. Memandangkan caruman bulanan meningkat beberapa kali dan ejen asal telah tiada, Puan F minta untuk review polisi. Polisi lama bulanan RM265, limit tahunan Rm90k, limit lifetime Rm600k.

Saya buat quotation manfaat penuh
✅ Tiada limit tahunan,
✅ Tiada limit lifetime,
✅ Elaun hospital swasta Rm100/sehari,
✅ Elaun hospital kerajaan Rm200/sehari
✅ Kelayakan bilik RM200 meningkat secara percuma setiap 5 tahun sehingga maksimum kelayakan bilik Rm500
✅ Tiada limit hari kemasukan hospital dalam setahun
✅ Tiada deductible fee

Bulanan Rm244.90

Puan F minta untuk upgrade elaun hospital swasta kepada Rm200/sehari. Jadi total bayaran bulanan Rm260.30. Setelah diterangkan segala manfaat, terus sign register.

Oh ya, Puan F ada berkongsi tentang rakan sekerjanya yang baru disahkan cancer lymphoma stage 4. Tarikh appointment dihospital kerajaan sangat lama dan terpaksa ke hospital separuh kerajaan. Ni salah satu sebab penting medical card dan jugak manfaat limit tahunan yang tinggi. Sebolehnya jika mampu, ambillah plan yang tidak mempunyai limit tahunan kerana kos perubatan hospital semakin meningkat.

Nak dapatkan quotation, boleh hubungi Mariam.

https://api.whatsapp.com/send?phone=60149503534&text=MedicalCard

https://api.whatsapp.com/send?phone=60149503534&text=MedicalCard

 Post hospitalisation atau follow up selepas discharge dari hospital. Adakah kos rawatan/consultation ini juga ditanggun...
26/05/2022



Post hospitalisation atau follow up selepas discharge dari hospital. Adakah kos rawatan/consultation ini juga ditanggung oleh takaful?

Ya. Bagi pemegang polisi medical card Great Eastern Takaful, jika mempunyai temu janji selepas keluar dari hospital, kos rawatan dan consultation doktor akan ditanggung oleh takaful sepanjang 180 hari bermula dari tarikh keluar hospital.

Proses yang sangat mudah, serahkan resit kepada ejen, kemudian ejen akan uruskan atau juga boleh buat proses claim sendiri di portal pengguna Great Eastern Takaful iaitu https://igetintouch.greateasterntakaful.com/econnect-new/ #/login

Mana lebih untung? Bayar sendiri kos follow up guna duit simpanan anda atau pihak takaful pulangkan balik bayaran anda tadi.

Nak yang untung? Boleh roger Mariam.

https://api.whatsapp.com/send?phone=60149503534&text=MedicalCard

Alhamdulillah malam tadi Mariam selesai bantu client submit post hospitalisation claim berjumlah Rm275.70. Lebih puas hati rasanya buat sendiri dan dapat mudahkan urusan client.

Siti Mariam Daud
Assistant Unit Manager
Great Eastern Takaful
26 Mei 2022 | 12.20pm

HFMD | PNEUMONIA | VIRAL FEVER | BRONCHITIS | ROTA VIRUSPenyakit-penyakit ini antara yang tertinggi dikalangan kanak-kan...
23/05/2022

HFMD | PNEUMONIA | VIRAL FEVER | BRONCHITIS | ROTA VIRUS

Penyakit-penyakit ini antara yang tertinggi dikalangan kanak-kanak terutamanya yang berada di taska/tadika. Monitor kesihatan anak-anak kita, sekiranya mereka tidak mempunyai selera makan dan minum, demam yang berpanjangan, segera bawa berjumpa doktor.

Sediakan medical card untuk anak seawal mungkin. Dulu kita rasa anak jarang sakit, chances untuk ada medical history sampai kene warded tu rendah. Sekarang ni baby kecil pon ramai dah kene warded dan ini semua akan bagi rekod serta penilaian during nak register medical card tau.

Syifa baru semangat 1st day ke sekolah lepas 3 bulan kami cutikan sebab kesihatan x menentu dan situasi penyebaran virus covid di kalangan pelajar dan guru sebelum ni. Tiba-tiba mama dapat wasup dari sekolah. Terdapat pelajar dijangkiti virus HFMD dan sekolah akan ditutup esok. Semoga Allah lindungi anak-anak kita semua.

Bismillah. Excited nak balik kampung kita pagi ni. 🐢🐢🐢Kepada mereka yang turut dalam perjalanan atau bakal pulang ke kam...
28/04/2022

Bismillah. Excited nak balik kampung kita pagi ni. 🐢🐢🐢

Kepada mereka yang turut dalam perjalanan atau bakal pulang ke kampung, semoga di permudahkan segala urusan perjalanan dan semoga selamat pergi dan balik.

Selamat menyambut Nuzul AlQuran kepada seluruh umat islam.
19/04/2022

Selamat menyambut Nuzul AlQuran kepada seluruh umat islam.

02/04/2022

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga segala amalan kita diterima. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Jaga diri ❤️

Pagi tadi appointment dengan client untuk penerangan pasal medical card anak. InsyaAllah ada sikit lagi perkara nak adju...
18/03/2022

Pagi tadi appointment dengan client untuk penerangan pasal medical card anak. InsyaAllah ada sikit lagi perkara nak adjust quotation untuk bg nilai saving tinggi. Syok sangat sembang sambil makan roti canai kari kambing sampai lupa ambil gambar.

Tengahari sambung jumpa business partner baru Saidatul Aishah , sembang-sembang, bagi kata-kata semangat. Semoga Aisyah berjaya dalam bidang baru ni. InsyaAllah boleh. Kitorang sentiasa ada untuk support. ❤️

Terima kasih UM Shida Shafiee spend masa untuk kitorg. Thanks jugak belanja tadi.

Penyakit dalaman yang melibatkan sistem reproduktif wanita seperti PCOS, ketumbuhan fibroid, endometriosis, dan kanser r...
16/03/2022

Penyakit dalaman yang melibatkan sistem reproduktif wanita seperti PCOS, ketumbuhan fibroid, endometriosis, dan kanser rahim merupakan satu penyakit yang sudah umum dan kerap berlaku pada wanita ni negara kita.

Tahukah anda, sekiranya anda mengidap penyakit² ini sebelum memiliki medical card individu, peratusan untuk penyakit ini dilindungi atau ditanggung kos rawatannya sekiranya ia terjadi lagi, amatlah tipis bahkan mungkin tidak akan ditangung oleh syarikat takaful.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dimana pernah menjalani pembedahan ovarian cyst pada tahun 2017, dan mengambil medical card pada 2018. Tiada benefit akan di bayar sekiranya penyakit ini terjadi lagi.

Jadi, pada wanita² yang masih belum memiliki medical card individu, segeralah mendapatkannya.










❤️,
Bakal ejen anda.

Address

Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras
Bangi
43000

Telephone

+60149503534

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medical Card Murah Hibah Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share