Siddiq Khamaruddin Perunding Kewangan Islam

Siddiq Khamaruddin Perunding Kewangan Islam Perunding Takaful HLMT Siddiq

16/07/2024
RUMAH ATAS NAMA SUAMI?Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa?Apabila suami meninggal dunia, rumah yan...
31/05/2022

RUMAH ATAS NAMA SUAMI?

Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa?

Apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid si suami.

Jika suami sudah tiada ayah dan tiada anak lelaki , maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami. ( contohnya punya anak perempuan shj atau tiada anak ) Jika rumah berharga Rm300,000 ( harga mesti ikut harga pasaran ). Bagaimana pembahagian ini dibuat ?

Jawapan :
1/4 milik isteri ( jika tiada anak ) @
1/8 ( jika ada anak )
Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.

Jika kes dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil , semua waris akan berbincang bagaimana nak agihkan rumah harta si mati.

Hal ini menyebabkan 2 situasi ini akan berlaku.

PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri. Ahamdulillah proses akan menjadi mudah.

KEDUA
Jika waris lain p**a menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilainya Rm100,000, si isteri hendaklah membayar jumlah itu.

Tapi.. ada ke duit? Kalau tak ada duit apa perlu buat? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.
Rumah yang dibina sekian lama dengan usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada WANG!

Kasihan isteri...
Bagaimana nak elak perkara ini berlaku?

Ada 3 cara penyelesaiannya.

1. Buat HIBAH bersyarat.
Hibahkan siap2 (awal2) semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan2 rasmi sebegini.

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar/ atas cagaran dengan syarat ada MRTA / MRTT.
Kelebihan hibah ini ialah 'ownership' rumah masih di atas pemberi. Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba2 jatuh bankrap.

2. BUAT HIBAH MUTLAK
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak / isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar.
Namun kelemahan Hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.
Jika si anak tiba2 ingin menjual, dia ada hak untuk menjualnya jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.
Cara hibah mutlak ini ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.

3. AMBIL TAKAFUL yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah.

Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak2 waris2 lain contohnya seperti di atas iaitu Rm 100,000 utk bahagian adik beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kpd mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.
Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat utk menyelesaikan kes berkenaan. KATA ORANG BAIKLAH ADA DARIPADA TAK ADA LANGSUNG!

Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi sekarang.

BERSEDIA SEBELUM BERLAKU.

Seorang isteri boleh bersedia dengan membeli sijil takaful atas nama suami dan dihibahkan ke atas dirinya ( isteri ) atas sebab2 di atas.
Jangan p**a salah faham. Menghibahkan bukan bererti berdoa supaya suami mati cepat, tidak hibah pun mati tetap mati. Tambahan p**a, musim Covid ni risikonya sangat tinggi.

Jom mulakan HIBAH anda sekarang.

Jom contact sekarang untuk nasihat dan perbincangan Hibah.




010-4689380 (Siddiq Khamaruddin)

TAKAFUL - APPLY KETIKA MASIH SIHATAmbil la Takaful especially Medical Card  sementara anda masih sihat ni, kalau dah sak...
31/05/2022

TAKAFUL - APPLY KETIKA MASIH SIHAT

Ambil la Takaful especially Medical Card sementara anda masih sihat ni, kalau dah sakit memang xdapek la abam nk nolong~

Ada sorg akak ni ada tanya abam.
"Awat org yang dah sakit tabule amik Takaful (Medical Card)?. Awat Takaful ni utk org sihat ja ka" ? Jawapan dia simple ja, pihak syarikat perlu amanah untuk menjaga Tabung Tabbaruk & HLMT bukan Badan Kebajikan.

Jadi tak adil la kalau kami benarkan orang yang dah sakit untuk gunakan duit dari Tabung Tabbaruk tu. Sebab syarat utk join, peserta mesti dalam keadaan sihat.

So tumpang hangpa masih sihat, muda & berkemampuan ni, boleh la apply. Sifirnya mudah, klu sumbangan Rm150 sebulan x12bulan x 10tahun = Rm18,000. Tapi kalau kena kanser cthnya, kos rawatan pun dah lebih dari tu, Rm60,000-Rm80,000!

Sebarang persoalan atau ada yang x clear blh pm/wasap abam @ wasap.my/6010468930/ApplyTakaful

We Care, We Share!





*5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI*1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak bo...
17/04/2022

*5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI*

1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia tahu nombor PIN ATM. Baru tau?😰

2. Wang dalam KWSP suami bukan hak mutlak isteri walaupun dia adalah penama. Sebagai penama dia hanyalah Wasi untuk menguruskan wang tersebut untuk difaraidkan. Hanya 1/8 hak si isteri. Tak banyak pun kan?

3. Isteri tetap perlu wang untuk teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai. Survival mode on. Dah bersedia?😥

4. Isteri perlukan wang untuk pelbagai kos bagi menguruskan harta faraid tersebut seperti fee guaman, pengangkutan dan lain-lain.

5. Isteri perlukan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak faraid ke atas harta tersebut, contohnya rumah yang tersimpan seribu kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain. Ada dah ke duit untuk tebus harta tu?😭

Suami kena cerita pasal ni kat isteri masing-masing. Isteri anda bakal laluinya. Ramai betul isteri yang sengsara selepas kematian suami.

Padahal, kalau si suami sudi allocate RM100 sebulan pun dah boleh dapat buat Hibah Takaful pampasan RM100,000 kepada isteri. Kalau kematian suami sebab kemalangan, isteri akan dapat double, pampasan RM200,000.

Istimewa Hibah Takaful ni,
🔥Pengganti gaji jika kematian suami.
🔥Penerima hibah adalah pemilik mutlak.
🔥Untuk langsaikan hutang.
🔥Tiada kos guaman.
🔥Tidak melalui proses faraid.

Sebagai contoh, komitmen bulanan RM3,000. Setahun sama dengan RM36,000.

Kalau ada Hibah Takaful pampasan RM100,000 boleh juga tampung komitmen bulanan RM3,000 tu selama 3 tahun.

Sediakanlah sedikit hibah takaful untuk mereka yang tersayang bagi memudahkan urusan mereka kelak.

Bolehlah mereka bernafas sementara nak tunggu urusan faraid tu selesai, mungkin ambil masa bertahun-tahun lamanya.

Suami outstation seminggu, bagi isteri duit belanja RM100 dah cukup. Tapi kalau suami “outstation” selama-lamanya takkan tak nak tinggalkan apa-apa, kan.😰

Isteri pujuklah suami masing-masing untuk buat Hibah Takaful ni selagi masih sempat.

Suami dan ayah yang baik, dia takkan tinggalkan isteri dan anak-anak melarat, merempat dan menderita.

Tinggalkan HIBAH sebelum datangnya HIBA.

Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan.

Serius berminat?

Klik link ni untuk WhatsApp saya,

wasap.my/60104689380/hibah

Saya dan team saya sedia membantu anda secara online untuk dapatkan free quotation mengikut bajet anda dan penerangan lebih lanjut. 😊

Cover satu Malaysia. Senang! 👍🏻

TIPS MENCARI AGENT TAKAFULRamai agent yang kata company takaful/ insurans dia la yg paling bagus, paling manang org Saba...
19/02/2022

TIPS MENCARI AGENT TAKAFUL

Ramai agent yang kata company takaful/ insurans dia la yg paling bagus, paling manang org Sabah bilang & terbaik.

Tapi sebenarnya semua company lebih kurang sama ja servis yang dorg tawarkan. Plan pun lebih kurang ja sum covered & benefitsnya.

Apa yg membezakannya adalah AGENT yang korg PILIH. Ada yg jenis janji bulan & bintang. Sebenarnya bukan agent yg tentukan permohonan korg tu diluluskan atau tak sbb hanya pihak UNDERWRITER yang akan terima @ reject, mostly bergantung kpd rekod kesihatan korg. So apa yang agent blh buat hanya submit permohonan tu.

Agent yg korg pilih tu jugakla yg akan jalankan amanah utk servis korg. Cth bila berlaku Hilang Upaya Menyeluruh (TPD), time tu korg dh lumpuh dh x blh buat apa dh. So agent korg tu jugakla yg akan uruskan claim. Sbb tu klu korg beli online tanpa ejen or by telemarketing, sapa yg akan assist korg kalau jadi kes mcm ni? Tu blm kalau berlaku kes kematian, claim akan bergantung kpd report polis atau doktor. Sbb ada kes bunuh diri tau utk claim insurans.

So, korg kena bijak memilih agent yg akan servis korg. Bkn sbb agent tu lawa, agent tu hensem. Yg paling penting dia blh assist korg.

Sekian, terima kasih.

Sedia berkhidmat,
Siddiq Khamaruddin

Perunding Takaful Anda
HLMT
0104689380

RUGI BAYAR TAKAFUL TAPI TAK SAKIT?Alhamdulillah syukur Allah berikan kita kesihatan yang baik. Ada yang mintak kena peny...
13/01/2022

RUGI BAYAR TAKAFUL TAPI TAK SAKIT?

Alhamdulillah syukur Allah berikan kita kesihatan yang baik. Ada yang mintak kena penyakit ke? Salah satu tujuan kita ambik Takaful adalah untuk kebebasan minda.

Xpayah nak susah2 fikir sekiranya berlaku musibah yg tak diingini contohnya KEMALANGAN yg menyebabkan kematian atau hilang upaya menyeluruh (TPD), hutang boleh dilunaskan menggunakan Hibah/Pampasan takaful. Masuk hospital swasta pun kos rawatan ditanggung sepenuhnya. Kena penyakit kritikal dapat tunai utk kos rawatan alternatif. Siap boleh dapat Elaun Hospital sekiranya masuk hospital (warded).

Yang bestnya cash value/savings pun kita blh dpt. Kalau kena penyakit kritikal (CI), pihak Takaful p**ak tolong menyimpan duit utk kita sampaila habis tempoh polisi.

P/s : Takaful hanya sekadar alat/medium. Pergantungan & pengharapan kita tetap kpd Allah SWT.

Address

Bandar Baharu
34950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siddiq Khamaruddin Perunding Kewangan Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Siddiq Khamaruddin Perunding Kewangan Islam:

Shortcuts

Share