05/03/2026
Pengumuman untuk semua customer MSR 👍🏻
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tidak lagi mengeluarkan slip bercetak Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan (roadtax) bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia mulai 1 Februari 2026.
Inisiatif ini selari dengan usaha berterusan Kerajaan untuk memperluas pendigitalan perkhidmatan pengangkutan, termasuk pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu dalam format digital.