28/08/2023
Assalamualaikum.. Saya baru taw benda ni๐ฌ๐ฌ
ROADTAX PERCUMA KEPADA SEMUA GOLONGAN OKU TERMASUK KENDERAAN IBU BAPA
bermula 15/3/2022, kepada semua pemegang kad oku SEMUA KATEGORI (bukan fizikal sahaja), termasuk ibu bapa yg berdaftar dan mempunyai anak oku, penjaga atau pasangan suami/isteri yg mempunyai pasangan oku boleh memohon..
dengan syarat:-
1-individu oku atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah mendaftar dan mempunyai rekod dengan JKM
2-pemohon mempunyai lesen memandu
3-kenderaan pemasangan tempatan dan kereta nasional sahaja (kereta import tapi pasang di Malaysia layak memohon)
4-hanya 1 kenderaan kereta dan 1 motosikal sahaja
5-kenderaan mestilah didaftarkan atas nama ibu bapa, penjaga, atau pasangan
dokumen yg diperlukan:-
1.borang permohonan boleh download di https://t.me/infojpj
2.kad oku asal dan salinan
3.kad pengenalan dan salinan
4.salinan lesen memandu
5.surat wakil dan ic wakil sekiranya wakil yg hadir
________________________________________________
Cara-cara ibu bapa nak apply roadtax free menggunakan kad OKU anak.
Saya renew untuk Nissan Serena (kereta import tapi pasang di Malaysia โ
layak dapat pengecualian
1. Pergi ke JKM dan buat semakan kad OKU mesti link dengan nama waris (tuan punya kereta yang nak mohon). Maklum pada pegawai nak link kad OKU anak dengan nama tuan punya kereta(pewaris) untuk renew roadtax..(kadang2 kad link dengan nama ayah, tapi kereta yg nak renew roadtax nama mak, jadi tukar nama mak sebagai waris)
2. Pergi JPJ, maklum pada kaunter nak daftar free roadtax untuk OKU (tak perlu ambil nombor, masuk laluan khas jumpa pegawai untuk buat pendaftaran). Bawa semua dokumen di atas dan isi borang seperti dalam gambar di bawah.
3. Dah habis buat pendaftaran, pergi kaunter semula ambil nombor untuk renew roadtax macam biasa..(bawa insurans siap2...insurans mmg kena renew, roadtax shj free tau)...siap!
Semak insurans kenderaan secara percuma
www.wassap.my/60194158628
Wassap.my