15/01/2026
TERTIB PENGURUSAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM
Dalam menguruskan harta pusaka terdapat tertibnya yang tersendiri. Tertib di sini bermaksud turutan aturan dalam menguruskan harta pusaka dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Makna kata tak boleh main 'ikut dan' atau 'sat ikut tu sat ikut ni'.
Sebelum harta pusaka si mati dibahagikan kepada waris .. Berikut adalah tertib pengurusan harta pusaka bagi orang Islam.
1️⃣ PENGURUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH
▪️Menyegerakan urusan pengebumian jenazah.
-Dalam menguruskan pengebumian jenazah pasti ada kos-kos yg terlibat. Jika kos itu didahulukan oleh waris, waris tersebut berhak mengambil ganti dari Harta Peninggalan Si Mati. (jatuh dalam tertib ke 3️⃣ jika kos ni didahulukan waris)
2️⃣ PENGASINGAN PEMILIKAN HARTA
▪️Mengasingkan harta-harta yg terdapat di dalamnya hak-hak orang lain seperti harta yg dipegang oleh si mati sebagai HARTA AMANAH, harta yg telah diWAKAFKAN semasa hayat si mati, harta yg telah diHIBAHKAN kepada orang lain dah harta-harta yg telah DIJUAL.
Harta-harta yg disebutkan perlu diasingkan terlebih dahulu kerana ianya tidak termasuk kiraan harta pusaka. Sekiranya tidak diasingkan terlebih dahulu (jika ada), dikhuatiri akan menimbulkan kecelaruan semasa pengagihan harta pusaka yang mungkin mengakibatkan ahli waris menerima harta batil (harta yang bukan haknya yg sah disisi syarak).
3️⃣MELUNASKAN HUTANG SI MATI
▪️Lunaskan hutang piutang dunia dan akhirat si mati.
- Hutang dunia seperti cukai kerajaan, pinjaman dengan institusi (cth: bank, pendidikan), perbelanjaan yg timbul semasa si mati sakit atau semasa pengebumiannya dan juga perbelanjaan atau kos menguruskan harta-harta peninggalannya serta kos pembahagian harta.
-Hutang Akhirat p**a seperti ibadah haji yg masih belum ditunaikan dan fidyah.
4️⃣PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
▪️Pasangan si mati yg masih hidup berhak utk menuntut bahagian sepencariannya di dalam harta yg didaftarkan atas nama si mati. Sebab apa?
⏩Kebarangkalian besar dalam tempoh perkahwinan dan hayat si mati terdapat perkongsian dari segi kewangan dlm harta yg diperolehi si mati.
⏩ Sumbangan pasangan si mati dari sudut sokongan moral serta sumbangan-sumbangan secara tidak langsung yg membolehkan si mati memperoleh harta tersebut juga dikira sebahagian harta sepencarian pasangan si mati.
-Sebagai contoh: Surirumah menguruskan anak-anak di rumah sewaktu suami keluar bekerja/mencari nafkah.
5️⃣MELAKSANAKAN WASIAT
▪️Tunaikan wasiat si mati jika ada seperti WAKAF dan pemberian kepada selain ahli waris (cthnya anak angkat). Had yg dibenarkan syarak adalah maksimum 1/3 dari keseluruhan baki harta pusaka yg ditinggalkan si mati.
6️⃣MEMFARAIDKAN HARTA PUSAKA
▪️Membahagikan harta pusaka kepada ahli waris faraid mengikut ketetapan yg telah ditetapkan oleh syarak berdasarkan surah an-Nisaa'. Tertib ini merujuk kepada petikan ayat 11 dan 12 surah an-Nisaa'yg bermaksud:
"...sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya;..."
Jom Merancang untuk Masa Depan Kita dan juga yg Tersayang.
Fatimah Mohamad
https://wa.link/2c3ex9
Muhammad Faiz Tajudin
https://wa.link/tj225g