27/10/2017
Bajet 2018... Dana bagi IKS dan peniaga.. Rebut peluang yang ada. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak senang. Banyak bantuan yang disediakan. Kalau kita tak rebut orang lain akan rebut..
* Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah 1 bilion ringgit, menjadikan saiz dana 2.5 bilion ringgit. Kemudahan ini diberi subsidi dua peratus ke atas kadar keuntungannya;
* Sejumlah 200 juta ringgit bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp; dan Hampir 82 juta ringgit bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi
* Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu setengah bilion ringgit atau 500 juta
* Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM yang majoritinya wanita tambahan dana sebanyak 200 juta ringgit. menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah 2.7 bilion ringgit, memanfaatkan hampir 400 ribu peminjam.