23/05/2026
RM8,651.47 CLAIM GL APPROVED
Alhamdulillah syukur buat klien saya dimana claim GL diluluskan dengan jumlah keseluruhan adalah RM8,651.47.
Cerita bermula pada 10 Feb 2026 lebih kurang pada pukul 7.30 malam. Klien mula menghubungi saya untuk mendapatkan admit hospital.
Pada sebelum itu, klien sudah mula mendapatkan rawatan di sebuah klien berhampiran tempat tinggal di Kuala Terengganu.
Klien mengalami simptom seperti demam dan nadi laju. Doctor di klinik menasihati sekiranya nadi masih laju terus mendapatkan rawatan di Hospital.
Jadi, pada malam itu saya dengan segera menghubungi pihak Hospital KMI Kuala Terengganu untuk mendapatkan kepastian bilik yang kosong untuk bantu klien saya admit wad di situ.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kemasukan klien saya di situ dan GL Approved. Meskipun jarak saya dengan klien agak jauh (Perak-Terengganu) saya masih mencuba semampu yang boleh untuk bantu klien saya.
Doctor mengesahkan klien saya mengalami penyakit tonsil. Alhamdulillah, selepas 4 hari mendapatkan rawatan dan jagaan di KMI KT dengan selesa dan tenang, klien boleh discaj dan dapatkan rawatan post- hospital (secara percuma).
Klien saya mula mencarum pada July 2024 dengan bayaran serendah RM87 sebulan.
Tempoh: Julai 2024 sehingga Februari 2026 (termasuk bulan Februari) adalah selama 20 bulan.
Caruman sebulan: RM87
Jumlah pengiraan: 20 bulan \times RM87 = RM1,740
Jadi, jumlah keseluruhan caruman anda dari Julai 2024 hingga Februari 2026 ialah RM1,740.
Klien berjaya menjimatkan wang sendiri sebanyak RM6,911.47. Tanpa pelan medical kad, jumlah ini perlu dikeluarkan sendiri oleh klien untuk melunaskan bil hospital.
Kes ini membuktikan bahawa pelan perubatan adalah "penyelamat" kewangan. Dalam situasi kecemasan (seperti kemasukan ke hospital), beban kewangan dipindahkan kepada pihak Takaful, membolehkan klien fokus sepenuhnya pada proses penyembuhan tanpa perlu risau tentang bil yang tinggi.
Jangan tunggu sihat baru nak ambil, waktu itu mungkin sudah terlambat. Jom semak pelan yang sesuai untuk bajet anda hari ini!
Amirur Rafiqi | GE Takaful Advisor
๐ 013-520 3948
๐ฒ Klik sini untuk sembang lanjut: http://www.wasap.my/60135203948/pelanperubatan