DagonTraders

DagonTraders Online trading | Education | ShareIScare
Trading Journal | Side Hustle Jangan sesekali menggunakan wang yang anda tidak boleh rugi atau bukan hak mutlak anda.

PENAFIAN (DISCLAIMER)
Page ini adalah dihasilkan untuk pembelajaran online trading bagi memudahkan kita mahir dalam dunia online trading. Namun begitu, tiada jaminan lengkap yg memperakui bahawa maklumat terkandung di page ini adalah tepat dan menyeluruh. Admin page, penulis page dan pemberi signal dan maklumat trading tidak akan bertanggungjawab terhadap risiko kehilangan, liabiliti, sama ada per

ibadi atau tidak, yang berlaku akibat pengunaan aplikasi yang disyorkan, secara langsung atau tidak. Online trading menawarkan ganjaran yang tinggi, akan tetapi harus diingatkan risikonya juga tinggi. Adalan dilarang untuk membuat pinjaman untuk semata-mata memulakan trading. Keputusan dahulu tidak menjamin keputusan akan datang. Setiap trader akan mendapat pemahaman yang berbeza. Strategi yang digunakan di page ini tidak semestinya berhasil untuk orang luar. Market adalah hidup dan market tidak akan tunggu kita. Oleh itu kita belajar untuk mengelakkan kerugian yang melampau, disamping mencari peluang untuk ikut trend market. Sekian dan selamat trading

06/03/2023
APA ITU CANDLESTICKCandle stick (CS) adalah salah satu chart harga yang digunakan oleh teknikal analisis (TA). Ia menunj...
30/06/2021

APA ITU CANDLESTICK
Candle stick (CS) adalah salah satu chart harga yang digunakan oleh teknikal analisis (TA). Ia menunjukkan high, low open & close harga semasa untuk timeframe yang tertentu.

Berasal dari Jepun dimana ia digunakan oleh pedagang beras beberapa ratus tahun yang dahulu untuk memerhati harga pasaran semasa & juga momentum harga pasaran.

Bahagian tengah yang tebal dikenali sebagai real body dan akan memberitahu kita harga close lebih tinggi dari harga open. Warna candlestick adalah berbeze mengikut citarasa traders.

CS Bullish | Bull
CS Bullish adalah bila close price lebih tinggi daripada open price. Ini menunjukkan bahawa buyer lebih dominant di dalam CS ini.

CS Bearish | Bear
CS Bearish adalah bila close price lebih rendah daripada open price. Ini menandakan bahaya seller lebih dominant di dalam CS ini.

Trading tips:Bila trade & loss. Bertabahlah. Tunggu next setup. Tetapi, janganlah revenge trade.Symptom Revenge trade:1....
25/06/2021

Trading tips:
Bila trade & loss. Bertabahlah. Tunggu next setup. Tetapi, janganlah revenge trade.

Symptom Revenge trade:
1. Trade lot besar dari biasa.
2. Trade tanpa ikut plan trading asal.
3. Trade dengan teknik HARAPAN.
4. Trade dengan emosi NEGATIF.
5. Trade untuk recounter loss sebelumnya.

_________________________________
Image taken from paxforex.org

22/06/2021

MACAM MANA NAK ONLINE TRADE?

1. Register kat BROKER idaman anda. (pilihla saya sebagai IB anda – hahaha)

2. Belajar basic market
• MT4/MT5 platform
• Candle stick & candle stick pattern
• Mapping chart
• Indicator
• Cara-cara entry & exit
• Money management
• Fundamental (tak wajib, tapi penting bila ada news yang besar)

3. Practice make PERFECT
Mestilah pakai demo account. Sebelum mula semua benda kita mestilah start dengan practice dulu. Bagi membiasakan kita dengan chart pattern & penggunaan platform. Dah masuk live, tak ada dah testing-testing platform. Masa di live account adalah untuk maintain trade yang positive.

4. Create trading plan yang unik untuk sendiri berdasarkan dengan apa yg belajar sebelum ini.
• Bila masa nak trade
• Modal berapa, untung nak berapa
• Cara-cara entry
• Pakai naked chart atau guna indicator atau kedua-dua sekali

Sekian, happy trading

21/06/2021

Apa itu WTI?
West Texas Intermediate (WTI) crude oil adalah salah satu daripada 3 (BRENT & DUBAI CRUDE) benchmarks utama dalam harga minyak dunia. Dikenali sebagai light sweet oil, ia mengandungi sulfer 0.24% (menjadikan ia “manis/sweet”) dan specific gravity yang rendah (menjadikan ia “ringan/light”). WTI adalah comoditi utama yang didagangkan di New York Mercantile Exchange’s (NYMEX) oil future dan dikira sebagai minyak mentah yang berkualiti tinggi yang senang untuk diporcess. WTI selalu dibandingkan dengan BRENT crude (merupakan benchmark minyaki untuk 2/3 kontrak minyak dunia).

Apa yang kita paham dari ini?
Harga WTI bergantung kapada USD. USD naik, WTI naik.
WTI boleh dibandingkan dengan BRENT & DOW JONES/DJ (DJ boleh digunakan untuk melihat pergerakkan US stock secara keseluruhan). BRENT & DJ naik, WTI naik.

Apa yang kita perlu tau?
1. Kita boleh double check pergerakkan WTI dengan BRENT & DOW JONES.
2. Apa-apa news berkaitan dengan USD akan memberi sedikit sebanyak impak kepada harga WTI.
3. Kita boleh perhatikan di economic calender news berdasarkan USD dan Crude Oil Inventories.

LINKS:
Economic calender:
https://www.forexfactory.com/calendar

Fundi WTI
https://www.investing.com/commodities/crude-oil

18/06/2021

Trading tip:-

Sentiasa merancang perjalanan trade anda. Jangan sesekali exposekan wang anda kepada risiko sehingga anda merancang trade anda. Trader yang tiada rancangan adalah seperti orang buta drive kereta...

Biasalah tu... SL ready di atas...
18/06/2021

Biasalah tu... SL ready di atas...

17/06/2021

Apa itu Online-trading (berdagang alam maya)

Beberapa tahun kebelakangan, prosedure trading online menjadi semudah shipping online. Trader (kita) boleh melakukan aktiviti online trading di mana-mana sahaja, contohnya di kedai mamak atau starbuk dengan hanya menggunakan handphone. Apa yang perlu adalah rangkaian internet yang stabil, register kepada broker pilihan, banking apps dan modal yang cukup.

14/06/2021

Selamat datang

Great Movie that inspire to chase you dreams. what ever the difficulty, hurdle, obstacle, just run them through. cause n...
13/06/2021

Great Movie that inspire to chase you dreams. what ever the difficulty, hurdle, obstacle, just run them through. cause no one will ever understand your own dreams.

09/06/2021

Hi, kami amat berbesar hati anda semua telah menjejak ke PAGE kami!!

Di sini kami akan berkongsi sebarang aktiviti harian DagonTraders. Selain itu segala hal berkaitan dengan Online Trading US Crude OIL | WTI (West Texas Intermidiate. Jom trade & belajar trade bersama-sama.

Banyak lagi akan kami kongsikan bersama.

Stay tune semua!

Address

Bagan Lalang

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DagonTraders posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DagonTraders:

Share