Bahan Masakan Kelantan Thai

Bahan Masakan Kelantan Thai Peruncit bahan bahan masakan kelantan thai. Ready stock dan Pre-order

Jangan dihina makanan negeri org...Kalau tak s**a tengok je jgn komen...ptg ni sy masak bihun goreng pink kelate permint...
13/08/2019

Jangan dihina makanan negeri org...Kalau tak s**a tengok je jgn komen...ptg ni sy masak bihun goreng pink kelate permintaan anak2..sorg anak belajar kat tahfiz dah biasa makan bihun ni sebab ustaz dia org thai selalu masak gini..lagipun bagi kami bihun pink ni tak pelik pun sebab membesar dgn bihun pink ni..gu pulak dgn sambal air lada😋😋😋

Resepi cara mak sy⤵️...kami adik beradik membesar dgn bihun pink ni...

Bihun 1 peket
- rendam dgn air sejuk biasa..masukkan pewarna pink..kalau ada sos labu tak payah pakai pewarna dah ok...just masukkan je sos labu dalam rencah menumis terus...
- apabila bihun dah lembut...boleh bilas dan toskan air
- masukkan sos labu jika ada tapi hari ni sy tak jumpa sos labu jadi sy rendam je bihun dgn pewarna pink 🙆

So ni resepi rencah tanpa sos labu okay ⤵️⤵️

Bahan rencah ⤵️
1 labu bwg putih ( wajib banyak bawang putih ok )
Cili kering kisar 1 senduk
Bawang merah siam 5 biji

Fish kek ( optional )
Ayam + keropeh @ daging pun sedap
Kangkung atau kobis ( kalau bihun goreng pink ni letak dua sayur ni lebih sedap drpd sawi )

Tumbuk bawang putih & bawang merah ..panaskan minyak masak..tumis bawang putih bawang merah sehingga wangi..kemudian masukkan cili kering kisar...tumis sampai pecah minyak..masukkan sos cili dalam 1 senduk..kacau rata..masukkan garam, Aji dan gula secukup rasa...masukkan lauk dan fish kek...tumis sampai lauk masak.. kemudian masukkan sayur...biar sayur layu kejap..then masukkan bihun...perlahan kan api...kacau rata..godek godek sehingga air kering dan bihun jadi lembut.. bermakna bihun dah readyyyyy to eat🤗

RESEPI SAMBAL AIR LADA SIMPLE MAK SAYA JUGA⤵️🙆

Tumbuk lada api hijau merah segenggam..masukkan garam,gula & cuka secukupnya...siappp simple je tapi sedap !



Kredit Resepi : مريم عباس

Siap wt laksam,ada peminat laksam x??hehe💞Bahan untuk laksam💞💞👉3 cawan tepung beras👉1/2 cawan tepung gandum👉 6cawan air ...
01/08/2019

Siap wt laksam,ada peminat laksam x??hehe

💞Bahan untuk laksam💞💞
👉3 cawan tepung beras
👉1/2 cawan tepung gandum
👉 6cawan air suam
👉1 sudu teh garam

💞💞Kuah💞💞
👉1/2 kg ikan kembung/sardin
👉5-6 ulas bawang merah
👉3 ulas bawang putih
👉Sedikit halia
👉Lada hitam
👉Santan dari sebiji kelapa xpn santan kotak.
👉Garam dan gula secukup rasa
👉Asam keping
👉Halia

credit : Ana Zana Anazana‎

NASI AYAM THAI SEDAP GILER 😋😋😋Hari nie balik keje awal.. masak awal sikit la kan...hehee... resepi simple je...*ayam bah...
31/07/2019

NASI AYAM THAI SEDAP GILER 😋😋😋

Hari nie balik keje awal.. masak awal sikit la kan...hehee... resepi simple je...

*ayam bahagian peha 3 ketul(ikut bnyak mana yg kita nak masak bole tmbh)
*halia besar ibu jari di hiris sahaja
*daun ketumbar dlm 5tangkai(basuh bersih dulu dgn air garam buang pasir yg melekat.. kerat atas bahagian akar.. Bole refer dekat gambar yg dlm rice cooker)
Didih kan air masuk kan bahan yg bertanda*kemudian masuk kan ayam hingga tengelam ayam tadi.. Masuk kan perasa sedikit.. Didih kan ayam dlm 10 minit ..lepas 10 minit bole keluar kan ayam.. Air rebusan jgn di buang utk masak nasi..
Next utk masak nasi 👉basuh bersih beras (beras ikut bnyak mana nak masak.. Lagi sedap beras basmathi 👍..dah basuh bersih beras masuk dlm rice cooker.. Tambah air rebusan tadi.. Kemudian susun ayam atas nasi tadi.. Biar hingga masak ..noted >masak nasi pakai rice cooker lagi elok nasi dgn ayam nye )

Utk sambal

*bwg putih 5ulas (cincang halus )
*cili padi merah thai 10biji (cincang halus)
*gula melaka yg ketul (sagat dulu dlm 2 sudu besar)
*sos ikan thai (2sudu besar)
*taucu(1 sudu besar)
*kicap pekat 1sudu besar
*daun ketumbar (potong2 ikut bnyak mana nak utk bagi wangi
*1 sudu besar perahan lemon (kalau xde cuke makan pun bole)
Campur kesemua bahan bertanda*bagi sebati..rasa bagi cukup balance.. Ikut selera masing2 agak kurang bole ejas tambah mana yg patut..😊

Kredit Resepi : are peace via mahn

Share dan tag kwn2

Ayam 🐔 masak Thai 🇹🇭.Sumpah senang dan sedap! 💯 Aroy na khap.Nak try masak lagi. Next time nak guna seafood 🦐🦑🦀🦞 pulak. ...
30/07/2019

Ayam 🐔 masak Thai 🇹🇭.

Sumpah senang dan sedap! 💯 Aroy na khap.

Nak try masak lagi. Next time nak guna seafood 🦐🦑🦀🦞 pulak. Aum!

Bahan wajib:

Bawang putih
Cili padi
Serai
Daun limau purut

Madu
Sos tiram
Kicap
Limau nipis

Cili kering tu tak ada pun tak apa. Saja gedik nak bagi cantik 🤣. Ayam tu nak goreng kosong pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing. Aku gaulkan dulu dengan madu sebelum goreng.

Follow jer step tu. Senang. Bagi laki/bini makan, confirm happy. Muka ada senyum...!

Inspired by Raffie Yusof

IG:

"IKAN MASIN TALANG MASAK LEMAK NENAS'Bahan Utama- nenas - ikan talang masin- cili api merah dan hijau- kunyit hidup- baw...
29/07/2019

"IKAN MASIN TALANG MASAK LEMAK NENAS'

Bahan Utama

- nenas
- ikan talang masin
- cili api merah dan hijau
- kunyit hidup
- bawang merah
- serai titik
- santan kotak ayam brand(kaler biru)

Bahan Blend
- cili api merah dan hijau
- kunyit hidup
- bawang merah

*Utk nenas sy rebus dlu.. letak gula sikit..kalau nenas tu masam la.. buang air slps rebus..

*utk ikan masin plk..rendam 15minit sblm masak...

Cara masak
1- masukkan bahan blend, ikan masin, nenas dan serai yg dititik.. biarkan seketika sehingga mendidih..
2- masukkan santan
3-masukkan garam dan gula

Siap!

Kredit : anyss mohd auranyss😊

Sotong Bakar Ala Thai..rasa pedas,masam,manis..saya share kan resepi nya yer..mudah je..Resepi :Sotong besar 10-13 ekorb...
26/07/2019

Sotong Bakar Ala Thai..rasa pedas,masam,manis..saya share kan resepi nya yer..mudah je..

Resepi :
Sotong besar 10-13 ekor
basuh bersih2,toskan

Bahan Perap :
air perahan lemon 2 sudu
madu 3 sudu
secubit garam
lumurkan semua bahan2 pd sotong dan biarkan selama 15minit,kemudian bakar hingga masak.(sblm bakar lap2 sotong dgn tisu utk keringkan sotong)

Bahan Sos :
8 biji cili api merah*
8 biji cili api hijau*
7 ulas bwg putih dibakar sekejap*
3 sudu sos nampla(sos ikan)
2 sudu sos tiram
3 sudu gula
1 sudu madu
5 sudu air perahan lemon
Tumbuk bahan2 bertanda *,bila dh lumat masukkn bahan2 lain..siram @ cicah atas sotong yg telah dibakar tadi.

Kredit: syiera shahar

Nak lagi resepi? meh follow Sotong masak ala thai sedapppppp !!!❤BAHAN-BAHAN:1/2 kg sotong1 biji bwng besar4 ulas bawang...
23/07/2019

Nak lagi resepi? meh follow

Sotong masak ala thai sedapppppp !!!

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan

2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.

5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba♥️
Resepi : Khaidijah Mamat . .

Jangan lupa follow

KEK BUTTER DURIANA250 butter (ikut s**a nak pakai cap apa..saya guna Anchor Salted)140 gm gula castor (gula pasir halus ...
22/07/2019

KEK BUTTER DURIAN

A
250 butter (ikut s**a nak pakai cap apa..saya guna Anchor Salted)
140 gm gula castor (gula pasir halus pun boleh jer)

B
6 kuning telur gred A

C
170 gm isi durian (ikut s**a durian apa. Saya guna ioi. Jangan tanya berapa ulas..kena timbang dik)

D
250 gm tepung naik sendiri (tak achi tukar tepung lain)

E :meringue
6 biji putih telur
50 gm gula castor

Cara:
1. Pukul butter and gula sampai kembang dan gebu
2. Masukkan KUNING TELUR satu persatu
3. Masukkan isi durian. Dah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan.
4. Kaup balikkan meringue ke dalam adunan berat. JANGAN satukan adunan berat ke dalam meringue. Nanti kek jatuh..tak naik.

Cara buat meringue:
Pukul PUTIH TELUR SAHAJA sampai buih yang kasar jadi halus. Baru masukkan gula. Terus pukul sampai soft peak (bertanduk manja).

5. Masukkan ke dalam loyang saiz 9 X 9 inchi yang disapu margerin Dan dilapik parchment paper/kertas minyak. Bakar suhu 170 api atas bawah. 40 minit. Kalau oven anda Ada fan...off kan. Nanti kek kering.
Kalau oven memang tak leh off fan, redho jer lah dik😅😅.

Kalau nak kek tebal boleh juga guna kek 8 inchi tapi lebihkan masa bakar..try dulu 50 minit. Tak masak, tambah laa.

Nota Penting: jangan derhaka resipi dan teknik kalau nak dapat kek yang teksturnya moist Dan gebu.

Selamat Mencuba

kredit: zalina yahaya

21/07/2019
Sotong cili padi petai sedap! nasi bertambah 3pinggan tak sedar!Resepi..Bawang merahBawang putihCili api cmpur skit yg m...
21/07/2019

Sotong cili padi petai sedap! nasi bertambah 3pinggan tak sedar!

Resepi..

Bawang merah
Bawang putih
Cili api cmpur skit yg merah
Serai
Petai
Sotong

Blend semua kecuali serai..petai dan sotong..serai titikkn je..tumis semua yg di blend td..masukkn la serai..petai..sotong dan perasa2 sewaktu dgnnye..tq

kredit : ‎Zairah Nazri‎

Address

Bachok
16300

Telephone

+60179400636

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahan Masakan Kelantan Thai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share