Al Kauthar Wealth Advisory

Al Kauthar Wealth Advisory We are a Syariah compliant Product Specialist and a Leading Agency of CWA,a brand by CIMB-Principal Asset Management Berhad

We provide you with a variety of BEST-in-CLASS Financial Products and services that can be tailored to your needs. We help individual and corporation to Create, Protect and Preserve Wealth (CPP)

๐Ÿ“ธ Watch this video
27/12/2023

๐Ÿ“ธ Watch this video

31/12/2022
Dalam suatu program beberapa tahun dulu, dalam sesi soal jawab saya ditanya tentang contoh keajaiban Al-Quran dalam hal ...
16/11/2022

Dalam suatu program beberapa tahun dulu, dalam sesi soal jawab saya ditanya tentang contoh keajaiban Al-Quran dalam hal ekonomi. Lalu saya membacakan ayat ini sebagai perkongsian:-

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุชูŽุฒู’ุฑูŽุนููˆู†ูŽ ุณูŽุจู’ุนูŽ ุณูู†ููŠู†ูŽ ุฏูŽุฃูŽุจู‹ุง ููŽู…ูŽุง ุญูŽุตูŽุฏุชู‘ูู…ู’ ููŽุฐูŽุฑููˆู‡ู ูููŠ ุณูู†ุจูู„ูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู‚ูŽู„ููŠู„ุงู‹ ู…ู‘ูู…ู‘ูŽุง ุชูŽุฃู’ูƒูู„ููˆู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ู…ูู† ุจูŽุนู’ุฏู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุณูŽุจู’ุนูŒ ุดูุฏูŽุงุฏูŒ ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ู’ู†ูŽ ู…ูŽุง ู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ู’ุชูู…ู’ ู„ูŽู‡ูู†ู‘ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู‚ูŽู„ููŠู„ุงู‹ ู…ู‘ูู…ู‘ูŽุง ุชูุญู’ุตูู†ููˆู†ูŽ
Yusuf berkata: ""Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan ( Surah Yusuf: 47-48)

Secara ringkas ayat ini mengandungi panduan dalam memahami situasi ekonomi dan cara mengurus perbelanjaan berhemah dan langkah pengurusan dan penyerapan risiko.

1. Ayat ini memberi indikasi (tujuh tahun hasil tuaian hebat lagi untung akan didatangi tujuh tahun sulit) bahawa waktu hasil banyak akan didatangi selepasnya waktu hasil kurang. Dalam bahasa lainnya, terdapat waktu ekonomi berkembang pesat dan keuntungan meningkat, namun sampai suatu keadaan ia akan pecah seperti buih yang sudah terlalu besar lalu jatuh. Kegagalan dalam fahami tabiat alam ini akan jadikan kelam kabut, gawat dalam pengurusan dan mungkin jatuh muflis.

2. Ayat ini memberi panduan (kecuali sedikit untuk kamu makan), agar kita berdisplin dalam berbelanja pada waktu mewah, hasil banyak dan keuntungan tinggi. Displin ini bakal memudahkan kita menangani belanja pada waktu sukar kerana telah biasa berbelanja mengikut keperluan dan bukan berdasarkan keinginan nafsu. Kegagalan mematuhi displin ini bakal mengakibatkan kesusahan dan keperitan yang tidak mampu ditanggung apabila tiba waktu sukar.

3. Ayat ini memberi panduan, agar sentiasa sediakan reserve bukan sekadar cukup makan tetapi simpanan paling ideal adalah untuk โ€˜full cycleโ€™ iaitu jika 7 tahun makmur maka simpanan juga patut sama banyak sebagaimana lamanya tempoh ekonomi berada di puncak. Itulah keseimbangan yang diajar di dalam Al-Quran. Maka bukanlah simpanan sekadar untuk bertahan 10 bulan atau sepertinya semata-mata.

4. Ayat ini juga beri indikasi bahawa simpanan terpenting adalah bahan makanan yang tahan lama dan mampu bantu untuk terus hidup. Maka simpanan wang tunai perlu diseimbangkan dengan simpanan bentuk makanan asasi ini, kerana wang tunai mudah jatuh nilai kuasa belinya.

5. Ayat ini juga beri indikasi apa yang disimpan mestilah dalam keadaan TIDAK DIUSIK (dalam bulirnya). Ertinya, kesegarannya terpelihara dan tahan lama dan kurang risiko rosak. Dalam bahasa moden hari ini, jika simpan tunai, mesti mencari medium simpanan yang paling kurang berisiko dan bukannya dalam instrument pelaburan yang tinggi risiko.

6. Ayat ini juga mengajar agar perbelanjaan waktu gawat juga sentiasa diperhati dan dikurangkan agar tidak semua simpanan habis digunakan.

7. Pengajaran ayat ini juga sesuai untuk pengurusan ekonomi semua peringkat termasuk individu, keluarga, syarikat dan negara.

Ramai kelihatan sudah TERLAMBAT kerana di waktu sukar dan payah baru ingin SERIUS DALAM BERJIMAT, namun ia sangat sukar diamalkan jika telah boros sewaku mewah. Diulangi, sangat PERLU BELAJAR BERJIMAT sewaktu KITA MEWAH DAN BERHASIL BANYAK.

Penjimatan waktu sukar amat payah bagi mereka yang boros, menuntut pengorbanan luar biasa dan pasti ramai yang jatuh serta menjadi mangsa hutang.

Antara bukti pengurusan belanja secara berhemah waktu mewah adalah kita beraya mengurangkan hutang dan menambah simpanan. Namun jika hutang sentiasa bertambah hatta sewaktu mewah, itu bakal menjadi lebih perit dan bahaya sewaktu sukar nanti.

Langkah jimat itu juga meningkatkan jatidiri kita agar tidak terbuai dengan nafsu dan melayani keinginan yang tiada penghujung.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Affirmation Love your-self deeply First.โค๏ธ
15/11/2022

Affirmation
Love your-self deeply First.โค๏ธ

23/08/2022

Do not fear failure but rather fear not trying.

09/08/2022

We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit.

27/07/2022

Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.
-Albert Schweitzer

13/06/2022

Money talks but..
wealth whispers.

03/05/2021

Saya dah retired. Saya perlukan tempat simpanan yg boleh berikan saya monthly income. EPF saya ada rm1 mil tapi saya tak pandai meniaga n kalo saya gunakan duit epf saya lama2 habis. Saya tidak mahu melabur ke dlm unit trust atau stock market sb saya tak mahu ambil risiko dlm usia begini. Boleh bantu saya?
Boleh insha allah. Ada 'asset classes' yg bersesuaian utk post retirement seperti Encik yang inginkan fixed income setiap bulan.
Oh ada ye?
Ada
Kat mana tu.?

Jomm kita buat temujanji dan saya akan berikan keterangan lanjut.

www.wassap.my/0123201002/fixedincome
www.wassap.my/0123201002/fixedincome

Ps: by invitation only

'A nite to remember'8.4 2021Marriot hotelCaliph 2nd quarter Business Kick off and Annual Reward Dinner 2021.
09/04/2021

'A nite to remember'
8.4 2021
Marriot hotel
Caliph 2nd quarter Business Kick off and Annual Reward Dinner 2021.




Jika anda tidak merasakan diri anda berkembang dalam pekerjaan anda..Ini adalah masanya untuk berubah tempat. Jomm orang...
24/03/2021

Jika anda tidak merasakan diri anda berkembang dalam pekerjaan anda..
Ini adalah masanya untuk berubah tempat.

Jomm orang Ipoh !
Dalam keadaan pandemik ramai yg perlukan perlindungan. Mari kita bantu mereka dan pada waktu yang sama kita bantu ekonomi keluarga kita.

Di Caliph kejayaan anda adalah matlamat kami.

Tempat duduk terhad n mengikut SOP. Sila tempah tempat duduk hari ini juga.

www.wassap.my/0123201002/kerjaya
www.wassap.my/0123201002/kerjaya

Address

19C, 3rd Floor, Jalan Mamanda 7/1
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60342704002

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Kauthar Wealth Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al Kauthar Wealth Advisory:

Share