09/10/2020
Antara pengalaman dan kehidupan.
Tahun 2020.
2 orang klien meninggal dunia. Sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai ejen takaful, ini merupakan "death claim" yang pertama, dan ianya berlaku 2 kali dalam tahun yang sama, dan kedua-duanya merupakan adik beradik.
Si adik meninggal dunia pada bulan Mac akibat pneumonia yang menyerang secara tiba-tiba.
Si abang meninggal dunia pada bulan Julai setelah sekitar 7,8 tahun berjuang dengan penyakit "brain tumor".
Moga Allah memberi keampunan, kerahmatan, kesejahteraan dan kemaafan buat mereka. Kita juga akan menyusul, InsyaAllah.
Si Abang, antara klien saya yang awal. Diketika itu, saya kurang menekankan manfaat "critical illness & death", hanya penekanan kepada "medical card". Pada tahun 2013, klien saya ini pertama kali jatuh diserang penyakit "brain tumor" dan saya menguruskan claim "critical illness" dengan pampasan RM20,000. Suatu jumlah yang saya kira agak sedikit.
Bermula dengan kes ini, saya mula giat mempromosikan manfaat "critical illness & death". Saya mula memberi penerangan akan kepentingan untuk menambah manfaat penyakit kritikal dan kematian.
Selang beberapa tahun, si adik p**a mula mencarum takaful dan seperti biasa, saya menyarankan untuk menambah kedua-dua manfaat ini. Si adik bersetuju dan sejumlah RM80,000 ditetapkan sebagai manfaat sakit kritikal dan kematian.
Allah telah menetapkan.
Si adik pergi dahulu dalam keadaan yang agak mengejutkan. Seorang yang sangat sihat, tidak pernah ada sejarah penyakit, bermula dengan hanya demam dan dalam masa 3 atau 4 hari terus dimasukkan ke ICU dan kemudiannya terus meninggal dunia. Punca kematian "acute pneumonia", begitulah yang disahkan doktor. Manakala si abang masih lagi bergelut dengan komplikasi "brain tumor".
Ini "death claim" pertama saya.
Sejumlah RM80,000 pampasan diuruskan dan diserahkan kepada waris. Saya sebagai ejen, pemudahcara, membantu dalam menguruskan tuntutan. Sedikit kelewatan akibat PKP yang dijalankan untuk mengekang penularan covid19.
Julai 2020. Si Abang p**a meninggalkan dunia ini. Suatu panggilan yang tidak boleh dicepat atau dilewat walau sesaat. Kita semua yang masih hidup ini juga pasti akan mati, apabila sampai detiknya.
9 Oktober, segala hal berkaitan "death claim" selesai. Tiada manfaat kematian, kerana segala claim telah dibayar semasa mula-mula mendapat penyakit kritikal dahulu. Hanya sekadar "cash value" dari tabungan "investment-linked" dan manfaat "compassionate". Moga dapat memberi sedikit kelegaan kewangan buat waris, InsyaAllah.
Sebagai tambahan, sejak mula mengidap "brain tumor", polisi client ini dan juga anak sulungnya menjadi "percuma" disebabkan manfaat "contributor" yang diambil. Dan polisi anak sulung ini akan kekal percuma hingga umurnya 25 tahun.
Tujuan saya menulis pengalaman ini, sekadar untuk mengingatkan bahawa kematian itu pasti. Hanya detik masa yang ditunggu.
Manakala dalam pengurusan risiko kewangan dan takaful, manfaat "kematian" dan "sakit kritikal" dikira penting untuk difikirkan. Kematian kita mungkin meninggalkan hutang dan perbelanjaan yang perlu diuruskan, maka pampasan dari manfaat takaful ini, dikira dapat memberi sedikit kelegaan buat waris. InsyaAllah.
Akhir kata, kita sebagai manusia, pasti akan mati. Maka berdoalah kita agar mati dalam keadaan yang baik dan diredhai Allah. InsyaAllah.
Jika kisah ini anda rasakan bermanfaat, sila share.
Terima kasih.
Ahmad Fakhruddeen Hashim
9 Oktober 2020
013.981.1732
Klang . Kuala Lumpur . Ampang