BIJAK WANG

BIJAK WANG Berkongsi mengenai pengurusan kewangan dan perlindungan kewangan

🔥 DIA SEPERTI BERLIAN MENTAH. Di sebuah sudut Brooklyn, seorang remaja bernama Mike Tyson tumbuh di lingkungan yang kasa...
20/11/2024

🔥 DIA SEPERTI BERLIAN MENTAH.

Di sebuah sudut Brooklyn, seorang remaja bernama Mike Tyson tumbuh di lingkungan yang kasar dan penuh kekerasan. Dia bukan siapa-siapa, hanya anak kecil dengan masa depan yang tampak suram. Di usia 12 tahun, Tyson sudah berulang kali keluar masuk pusat rehabilitasi remaja. Hidupnya penuh dengan pencurian, perkelahian, dan rasa takut.

Namun, hidupnya berubah pada hari ketika ia bertemu dengan seorang pria tua bernama Cus D’Amato.

Pertemuan Awal

Mike Tyson pertama kali diperkenalkan kepada Cus oleh pelatihnya di pusat rehabilitasi, Bobby Stewart. Bobby melihat bakat luar biasa dalam Tyson—bakat mentah yang membutuhkan arahan. Ia membawa Tyson ke Catskill, New York, ke gym kecil milik Cus D’Amato, seorang pelatih legendaris yang telah melahirkan juara-juara tinju.

Ketika Cus pertama kali melihat Tyson, ia langsung tahu bahwa anak ini memiliki sesuatu yang spesial. “Dia seperti berlian mentah,” ujar Cus kemudian. Tapi Tyson saat itu hanyalah anak muda bermasalah dengan sedikit disiplin dan banyak kemarahan. Cus memandang lebih dalam. Dia tidak hanya melihat calon petinju; dia melihat anak yang membutuhkan figur ayah.

Cus menerima Tyson dengan tangan terbuka, mengajaknya tinggal di rumahnya di Catskill. Bersama dengan Camille Ewald, pasangan hidup Cus, mereka memperlakukan Tyson seperti keluarga sendiri. Di rumah itu, untuk pertama kalinya dalam hidupnya, Tyson merasakan stabilitas dan perhatian.

Pembentukan Seorang Juara

Di gym, Cus tidak hanya mengajarkan Tyson tentang teknik tinju; dia mengajarkan cara berpikir seorang juara. Cus percaya bahwa kekuatan mental adalah kunci keberhasilan di atas ring. “Tinju adalah 90% mental dan 10% fisik,” sering ia katakan kepada Tyson.

Cus juga memperkenalkan Tyson pada konsep peek-a-boo style, gaya bertarung dengan gerakan kepala yang cepat dan pertahanan rapat. Teknik ini, dikombinasikan dengan kekuatan alami Tyson, menciptakan gaya bertarung yang mematikan.

Tapi hubungan mereka lebih dari sekadar pelatih dan atlet. Cus adalah mentor, motivator, bahkan figur ayah bagi Tyson. Dia membangun kepercayaan diri Tyson yang hancur akibat masa kecilnya yang sulit. “Jika kamu percaya pada dirimu sendiri seperti aku percaya padamu, kamu akan menjadi juara dunia,” Cus pernah berkata kepada Tyson.

Tyson menyerap setiap kata dari Cus seperti spons. Ia belajar untuk memercayai dirinya sendiri, memfokuskan kemarahannya di ring, dan melihat tinju sebagai jalan keluar dari kemiskinan.

Cinta dan Ketegasan Cus

Meski mencintai Tyson seperti anak sendiri, Cus juga sangat keras. Dia menuntut disiplin yang ketat dan tidak mentoleransi kesalahan. Cus tahu bahwa untuk membuat Tyson menjadi juara, ia harus mempersiapkannya menghadapi tekanan yang akan datang.

Cus sering berkata kepada Tyson bahwa musuh terbesarnya bukanlah lawannya di ring, melainkan dirinya sendiri. “Ketakutan adalah teman sekaligus musuhmu,” Cus menjelaskan. “Gunakan ketakutanmu untuk mendorong dirimu, jangan biarkan dia melumpuhkanmu.”

Meninggalkan Warisan

Cus D’Amato meninggal pada tahun 1985, tepat ketika karier Tyson mulai meroket. Bagi Tyson, kehilangan Cus adalah pukulan besar. Dia kehilangan pelatih, mentor, sekaligus figur ayahnya. Namun, warisan Cus tetap hidup dalam dirinya. Semua pelajaran yang diajarkan Cus—tentang tinju, kehidupan, dan kepercayaan diri—menjadi fondasi bagi Tyson untuk menjadi juara dunia termuda dalam sejarah tinju pada usia 20 tahun.

“Saya tidak akan pernah menjadi siapa-siapa tanpa Cus,” ujar Tyson bertahun-tahun kemudian. "Dia membuat saya percaya bahwa saya bisa menjadi yang terbaik."

30/06/2021
Hampa dah lama tak semak CCRIS ?Kini semak secara atas talianSEMAK CCRIS ANDA TANPA PERLU WALK IN KE BNM👇
28/06/2020

Hampa dah lama tak semak CCRIS ?
Kini semak secara atas talian

SEMAK CCRIS ANDA TANPA PERLU WALK IN KE BNM

👇

15/05/2020
11/05/2020

POKOK ATAU AKAR LEBIH PENTING ?

11/05/2020

COVID19 MENGAJAR KITA MEMBAIKI KEBOCORAN KEWANGAN
******************************
Realiti atau fantasi, inilah hakikat semasa kita sedang tempuhi. Pandemik Covid19 seluruh dunia ❗️
Dalam kesulitan, ada kerahmatan, ada kenikmatan. Letak syukur didepan, barulah kau nampak hikmah

Bagaimana keadaan kewangan saudara/i kini ?
Arpiez doakan ianya baik dan bertambah baik.

***

1. Jika dulu setiap minggu keluar tengok wayang. Bocor 100 hengget sebulan, kini kau download/streaming saja movie. Jimatkan.
2. Kalau dulu tiap minggu keluar berjalan lepak pusat membeli belah, lepas tu lepak kedai hipster,minum kopi RM30 secawan kini anda boleh buat kopi sendiri dirumah berkali kali sambil update insta🤭. Jimatkan
3. Jika dulu selalu beli benda berjenama mahal tali daripada lembu, kini anda lebih berwaspada dan utamakan keperluan. Jimatkan.
4. Jika dulu selalu 3-6 bulan sekali kau asyik tukar hp/gajet konon nak up to date padahal guna untuk main candy crush ja pun, kini kau mula guna dulu la hp sekarang sampai jahanam. Jimatkan.
5. Jika dulu kau asyik makan luar sekali hadap restoran bangsawan padahal kewangan kau terlondeh, kini kau boleh belajar masak dari group suami masak apa hari ini. Jimatkan.
.
6. Jika dulu kau asyik tukar sport rim keta, tambah aksesori kereta macam hias rumah, kini kedai tutup. kau gilap rim sedia ada pun cantik lagi handsome. Jimatkan.

***😊

Ada lagi ke saudara/i nak tambah ? 😃

Syukur dalam ujian ini dalam tersirat mengajar kita berjimat cermat.

Membazir itu amalan yang tidak baik.

Kalau kau gaji besar, gaji macam menteri takpe la. Ini gaji ciput je tapi bajet belanja kluster kayangan.😃


SHARE l TAG jika manfaat 😊

[MABO]





COVID MELUMPUHKAN EKONOMI MALAYSIA DAN DUNIA..Moga negara 🇲🇾 dilindungi pencipta yang maha Kaya lagi maha mengetahui aka...
08/05/2020

COVID MELUMPUHKAN EKONOMI MALAYSIA DAN DUNIA..

Moga negara 🇲🇾 dilindungi pencipta yang maha Kaya lagi maha mengetahui akan segala sesuatu.

PKP, COVID DAN EKONOMI NEGARA SEOLAH BERUNDUR KE BELAKANG 5 TAHUN? ( 5 MAY 2020)

Keseluruhan ekonomi Malaysia dijangka berundur seolah empat atau lima tahun ke belakang. Pendapatan negara dijangka mencatatkan hasil yang lebih kecil seolah berada pada tahun 2016 yang lalu iaitu sekitar 212 billion berbanding hasil negara yang dianggar pada RM 290 billion bagi tahun 2020 ini. Ini bermakna negara kekurangan hasil sekitar RM 70-90 billion disebabkan kesan langsung dan tidak langsung yang dibawa COVID-19. Kerajaan menyebut kita kerugian RM 2.4 billion sehari sepanjang tempoh PKP. Itulah kesan dari PKP yang menghentikan majority aktiviti ekonmi negara yang pastinya memberi kesan kepada keseluruhan sektor ekonomi termasuklah pekerjaan, pendapatan syarikat dan isi rumah, institusi kewangan, aktiviti import dan eskport, pendapatan cukai kerajaan dan lain-lain. Ditambah lagi dengan kejatuhan harga minyak Brent ke paras bawah USD 30 se tong yang memburukan lagi keadaan.

Malah dijangka Pendapatan per kapita Malaysia turut jatuh ke tahap USD 9000 berbanding USD 12,000. Demikian juga kejatuhan pasaran saham memberi kesan buruk kepada pelabur besar seperti tabung-tabung pelaburan KWSP, Tabung Haji, KWAP, Khazanah dan lain-lain pelabur dalam dan luar negara.

Sektor perbankan turut bakal terjejas, bagi menyeimbangkan kesan buruk terhadap rakyat, bank perlu memberikan moratorium 6 bulan kepada pelanggan mereka, bukan hanya produk Hire Purchase sahaja tetapi untuk semua jenis pinjaman. Namun, menurut kiraan kasar, bagi sebuah bank yang mempunyai portfolio pelanggan layak (eligible) sebesar RM 500 juta, bank perlu menanggung kos sebanyak RM 20-25 juta bagi menyerap faedah terakru dan kesan ‘compounding’. Saiz portfolio produk Hire Purchase Public Bank sahaja berjumlah RM 51 billion, berapa jumlah modification loss yang bakal ditanggung? Mungkin sekitar RM 2-4 billion?.

Ada bank yang mempunyai portfolio berbillion ringgit hanya bagi produk pinjaman dan pembiayaan perumahan sahaja, belum dikira produk pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman korporat dan lain-lain. Tentunya bank akan terpaksa menanggung kerugian berbanding sebelum ini, namun dijangka mereka masih ada keuntungan, cuma keuntungan bersih bakal mengecut dengan nyata. Itu semua turut memberi kesan kepada dividen pemegang saham yang antara lain adalah tabung rakyat sendiri seperti KWSP. Justeru, kesannya akan ada yang kembali kepada rakyat juga, kerana dividen akan bakal mengecil. Sudah tentunya, perlu bank bersifat lebih membantu rakyat dengan menyerap semua kos itu setelah berpuluh tahun mereka dihujani keuntungan lumayan, cuma saya sekadar ingin menjelaskan keadaan dan kesannya akan ada yang kembali kepada rakyat juga sebenarnya.

Semua ini tidak berhenti sejurus PKPB atau PKP ditamatkan kerana kebergantungan kita kepada pasaran luar adalah tinggi khususnya negara seperti China iaitu 14.2 % dari keseluruhan eksport negara, nilai dagangan kita Singapura p**a sebesar USD 33 billion, Amerika pada USD 23.1 bilion, Korea, Indonesia serta lain-lain negera Eropah dan Asia yang majoritinya masih lagi bergelut dengan COVID 19. Selagi mereka masih belum reda dari jangkitan dan kawalan pergerakan, selagi itu juga ekonomi kita akan terus terkesan.

Justeru itu, kerajaan tiada banyak pilihan kecuali perlu berbuat sesuatu pada skala setempat (domestic) dengan mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan PKP sehingga benar-benar selesai atau terpaksa melonggarkan kawalan bagi mengelak kesan lebih besar terhadap ekonomi serta kehilangan kerja dan menambah parah kepada ekonomi. Ia tentunya adalah pilihan yang sukar dan bergantung juga kepada sikap dan keprihatinan rakyat dalam menjaga diri kita sendiri, kerana jika peluang pelonggaran PKP ini tersalah pandu dan guna oleh rakyat sehingga berlaku jangkitan dan kluster baru, ekonomi negara bakal menjadi lebih teruk kerana PKP mungkin terpaksa dikuatkuasakan semula. Jika itu berlaku, penjawat awam mungkin bakal terasa impaknya juga dan bukan hanya sektor swasta.

Tempoh masa untuk kita kembali selesa adalah sukar diduga selagi Vaksin yang berkesan masih belum ditemui. Masalahnya tidak terhenti di situ, iaitu bukan hanya pada kejayaan menciptanya sahaja tetapi juga masalah sekitarnya seperti bagaimana memastikan agihan kepada negara memerlukan secara saksama dan efisyen?. Negara kaya seperti Amerika mungkin akan mendominasi permintaan dan pembekalan. Selain itu, adakah harga vaksin tersebut nanti akan dari jenis mampu milik atau berharga premium ? Bayangkan topeng muka dan cecair pembersih tangan pun boleh melonjak naik harganya kerana permintaan sangat tinggi, bagaimanakah p**a nanti jika vaksin COVID-19? Itu belum lagi, vaksin tiruan yang turut bakal berleluasa sebagaimana topeng muka palsu juga.

Justeru itu, untuk menggambarkan ekonomi kita kembali pulih dalam tempoh singkat adalah amat sukar. Kini, tidak dapat dielakkan lagi pengoperasian digital, robotik dan automasi mesti diterokai segera dalam tempoh pemulihan ini bagi memperceptkan pemulihan ekonomi dan pengeluaran hasil. Pengeluaran secara manual seperti dahulu akan menjadikan kita kekal perlahan ke hadapan semula.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Prof Adjung UniSza dan UNISEL
5 Mei 2020

Dijemput untuk mengikuti pelbagai info bermanfaat bersama saya di pelbagai platfrom berikut:

1] MyClaaz (Untuk sesi Private Consultation on Shariah & Bisnes) : https://myclaaz.com/app/ #/tutor/8
2] Instagram : https://www.instagram.com/drzaharuddinrahman/
3] Telegram Group : https://t.me/DrZaharuddinGroup
4] Facebook :
a] https://www.facebook.com/DrZaharuddin/
b] https://www.facebook.com/DrZaharuddinAR/
5] Linkedin : https://www.twitter.com/DrZaharuddinAR
6] Website : www.zaharuddin.net
7] Youtube Channel : http://www.youtube.com/c/DrZaharuddinOfficialChannel

Al fatihah..
08/05/2020

Al fatihah..

Address

Ampang

Telephone

+60193353455

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BIJAK WANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BIJAK WANG:

Share