24/04/2025
HIBAH TAKAFUL PERMUDAHKAN URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Semakin ramai golongan muda zaman kini yang lebih bijak merancang kewangan dan sedar akan kepentingan takaful. Secara lazimnya, ramai yang memilih takaful perubatan sebagai pelan takaful yang pertama buat diri sendiri dan ahli keluarga. Namun, jika berkemampuan, kita digalakkan untuk mempertingkatkan perlindungan merangkumi perlindungan hayat yang menawarkan ciri hibah takaful sebagai kaedah pengurusan harta yang dapat menjamin masa depan orang tersayang.
Jenis-jenis takaful ini sama pentingnya, walaupun menawarkan faedah takaful yang berbeza. Takaful perubatan melindungi peserta takaful sekiranya jatuh sakit manakala perlindungan hayat dan hibah takaful p**a berperanan melindungi ahli keluarga selepas kematian peserta takaful.
Perancangan legasi yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.