26/03/2025
Ini hasilnya apabila kita semua bekerjasama membanteras pembinaan rumah ibadat haram dari awal. Syabas kepada semua rakyat Malaysia yang peka isu kedaulatan undang-undang.
Surau & masjid juga pernah dirobohkan kerana dibina di atas tanah kerajaan & majoriti Muslim akur. Tiada peguam loyar buruk meniup sentimen emosi, perkauman & agama.
Ikut undang-undang. Jangan ambil tindakan sendiri. Orang lain tidak mahu hormat & ikut undang-undang, kita jangan ikut perangai mereka.
Sejak kes JAKEL, saya menerima puluhan jikalau tidak ratusan info dari orang ramai tentang rumah ibadat haram. Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat membalas & menguar-uarkan kepada umum.
Saya usaha sebaik mungkin membantu tetapi saya juga berharap sahabat faham saya juga perlu menguruskan NGO dakwah, 2 syarikat saya selain komitmen dakwah serta latihan korporat saya di bawah SHIFT Academy.
Saya berharap sahabat semua boleh bersama-sama memainkan peranan.
1. Ambil gambar & video rumah ibadat yang disyaki dibina secara haram.
2. Lakukan semakan di pejabat tanah
3. Buat aduan rasmi kepada PBT.
4. Boleh juga hubungi The Merdeka Times di wasap.my/01113359295 untuk menyalurkan maklumat agar tindakan proaktif diambil oleh PBT.
Banyak juga aduan rumah ibadat haram dibina di tepi jalan, di pembahagi jalan, di hospital-hospital kerajaan & tanah rizab.
Ayuh kita sama-sama mendaulatkan undang-undang negara.. Banteras sebelum parah..