24/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!@๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐
24 September 2026
AMAN CENTRAL, ALOR SETAR, KEDAH
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) turut menyertai Program Terengganu Showcase 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 27 September 2026 bertempat di Aman Central, Alor Setar, Kedah.
Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dengan kerjasama UPUK Kedah menganjurkan program ini yang menghimpunkan hampir 40 usahawan Terengganu bagi mempromosikan keunikan produk tempatan kepada pengunjung di Negeri Kedah Darul Aman.
Penyertaan ini turut melibatkan syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Negeri Kedah yang mengambil peluang memperkenalkan serta memasarkan produk masing-masing. Program ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh jaringan perniagaan antara usahawan kedua-dua negeri, di samping membuka peluang pasaran baharu dan meningkatkan potensi jualan produk tempatan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tok Puan Hajjah Jusmalailani binti Jusoh, isteri kepada YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, sempena Program Walkabout Terengganu Showcase 2026 di Aman Central, Alor Setar.
Kehadiran beliau mencerminkan sokongan terhadap usaha pembangunan keusahawanan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara Negeri Kedah dan Negeri Terengganu dalam memperkasakan usahawan tempatan.
USAHAWAN DIPERKASA, EKONOMI NEGERI DIPERKUKUH! ๐ฒ๐พ