28/01/2026
KENAPA LAND SEARCH (CARIAN TANAH) PENTING?
Sebelum peguam boleh proceed untuk menyiapkan draft Perjanjian Jual-Beli atau SPA, peguam perlu melakukan Land Search (Carian Tanah).
Melalui Carian tersebut, Peguam perlu memastikan beberapa maklumat seperti berikut:
Siapa Pemilik berdaftar hartanah tersebut;
Kategori kegunaan hartanah tersebut;
Sama ada hartanah tersebut tertakluk kepada sebarang sekatan kepentingan (Consent dll);
Sama ada harta tersebut mempunyai sebarang bebanan/halangan (gadaian, kaveat, dll)
Setelah peguam mendapat keputusan carian dan mengenalpasti status hartanah tersebut, barulah peguam akan memulakan kerja menyiapkan S&P dan dokumen-dokumen lain berkenaan urusan jual-beli hartanah tersebut. Biasanya, tempoh untuk menyiapkan dokumen yang berkenaan akan mengambil masa 2 ke 3 hari.
Setelah dokumen yang berkenaan selesai disiapkan, peguam akan menghubungi pihak Penjual dan Pembeli untuk membuat temujanji bagi pihak-pihak menandatangani Perjanjian Jual-Beli tersebut dan dokumen-dokumen yang berkenaan.
SHARE KAN maklumat ini kepada orang lain supaya mereka juga mendapat manfaat daripadanya 😉