Menteri Besar Kedah Incorporated

Call Directions Website Contact the business

Menteri Besar Kedah Incorporated Official page of Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)

Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (β€œPMBKed”) atau Menteri Besar Incorporated telah diasaskan melalui Enakmen Perbadanan Menteri Besar, Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 22 Ogos 1988.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dengan penuh rasa dukacita, Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja...
28/09/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa dukacita, Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali atas pemergian beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Ketua Pegawai Eksekutif dan Seluruh Warga Kerja
Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)

KEDAH MAHU BERALIH DARIPADA β€˜MADE IN KEDAH’ KEPADA β€˜CREATED IN KEDAH’Roslinda Hashim ALOR SETAR - Kedah mahu melahirkan ...
16/09/2026

KEDAH MAHU BERALIH DARIPADA β€˜MADE IN KEDAH’ KEPADA β€˜CREATED IN KEDAH’

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Kedah mahu melahirkan lebih banyak idea, syarikat teknologi dan inovasi bertaraf dunia yang dicetuskan anak negeri, selaras dengan hasrat mengubah kedudukan daripada sekadar menghasilkan produk kepada negeri yang mencipta penyelesaian untuk dunia.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, anak Kedah tidak seharusnya sekadar menjadi penonton apabila syarikat-syarikat terbaik dunia datang melabur di negeri ini, sebaliknya perlu berada di makmal, pusat reka bentuk, bilik keputusan, syarikat pemula, pasaran modal dan meja rundingan antarabangsa.

β€œCita-cita saya, suatu hari nanti lebih banyak idea dunia lahir di Kedah. Lebih banyak syarikat teknologi diasaskan oleh anak Kedah. Lebih banyak penyelesaian dalam bidang pertanian, kesihatan dan tenaga dicetuskan oleh anak negeri ini.

β€œKita mahu bergerak daripada β€˜Made in Kedah’ kepada β€˜Created in Kedah’,” katanya ketika berucap pada Program Kedah Young Leadership Development Programme 2026, hari ini yang dihadiri lebih 1,000 peserta.

Menurut beliau, pembangunan modal insan menjadi syarat utama pelaburan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang menjadi teras visi The Greater Kedah.

Katanya, Kerajaan Negeri telah memulakan inisiatif seperti program β€˜Kedah Young Professionals’ selain memperkukuh hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan bakat tempatan lebih sepadan dengan keperluan industri.

β€œJika syarikat terbaik dunia datang ke Kedah tetapi anak Kedah hanya menjadi penonton, itu bukan kejayaan yang kita mahukan.

β€œJika pelaburan meningkat tetapi bakat kita tidak meningkat, kita hanya membina bangunan tanpa membina masa depan,” katanya.

Sanusi berkata, Kedah juga tidak perlu memilih antara kekal sebagai Jelapang Padi atau menjadi negeri berteknologi tinggi kerana kedua-duanya boleh bergerak seiring dalam membangunkan β€˜The Greater Kedah’.

β€œUntuk berubah menjadi negeri berteknologi tinggi, Kedah tidak perlu berhenti menjadi Jelapang Padi. Kita tidak perlu memilih antara warisan dengan inovasi.

β€œKedah perlu terus memberi makanan kepada negara dan pada masa sama membantu membina teknologi yang menggerakkan dunia. Itulah Kedah yang saya mahukan,” katanya.

Sanusi berkata, Kedah sebagai negeri pertanian mempunyai tanggungjawab besar dalam menjamin sekuriti makanan negara, khususnya berdepan cabaran perubahan iklim yang boleh menjejaskan pendapatan petani dan bekalan makanan.

Justeru, katanya, sektor pertanian perlu menjadi lebih canggih dan pintar dengan menggabungkan pengalaman petani bersama sains, data, mekanisasi, automasi, pengurusan air, benih lebih baik serta model perniagaan yang memberi pulangan lebih adil kepada pengeluar.

β€œPetani kita harus berubah dan bersedia menerima perubahan. Kita mesti mengubah kedudukan kita dalam rantaian nilai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, anak muda Kedah juga perlu bersedia menghadapi perubahan teknologi termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI) yang bakal mempengaruhi hampir setiap aspek kehidupan.

Katanya, aspirasi Malaysia untuk menjadi negara AI menjelang 2030 bukan lagi sekadar berkaitan komputer, sebaliknya menuntut masyarakat memanfaatkan teknologi itu untuk meningkatkan produktiviti.

β€œSaya menyeru anak-anak muda Kedah supaya bersiap sedia ke arah itu. Jangan hanya fikir bagaimana AI akan mengambil alih pekerjaan atau sumber pendapatan kita, tetapi berusahalah untuk menjadi lebih produktif dengan menggunakan AI.

β€œKita tidak mempunyai banyak pilihan selain belajar untuk hidup dalam zaman AI,” katanya.

Sanusi berkata, Kedah pada 2046 yang diimpikan ialah negeri yang mampu melahirkan jurutera cip, pakar AI, doktor, pakar agronomi, saintis, pentadbir, guru dan usahawan bertaraf antarabangsa, tanpa memaksa rakyat memilih antara kerjaya berkualiti dengan kehidupan bersama keluarga.

Beliau berkata, Kedah juga perlu muncul sebagai negeri dengan sektor pertanian lebih produktif dan berteknologi, sektor kesihatan yang mampu menarik kepakaran serta penyelidikan, khususnya pelancongan perubatan selain pintu sempadannya menjadi pintu perdagangan utama ASEAN.

β€œPelabur datang kerana ekosistem, bukan kerana insentif semata-mata. Kerajaan digital memudahkan rakyat, data membantu membuat keputusan dan ketelusan mengurangkan ruang salah guna kuasa.

β€œAnak-anak Kedah tidak perlu menunggu Kedah menjadi hebat untuk menyumbang. Sumbanglah untuk menjadikan Kedah negeri yang terhebat,” katanya.




SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026 | 4 Rabiulakhir 1448HHari Malaysia menjadi lambang perpaduan dan semangat...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026 | 4 Rabiulakhir 1448H

Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia 2026!

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua
Ikhlas daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh kakitangan
Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKAMenteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara demi Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„πŒππ„π‘πˆππ†π€π“πˆ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟐 π‘π€ππˆβ€™π”π‹ 𝐀𝐖𝐖𝐀𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–/πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam kehidupan....
24/08/2026

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„πŒππ„π‘πˆππ†π€π“πˆ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟐 π‘π€ππˆβ€™π”π‹ 𝐀𝐖𝐖𝐀𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–/πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨

Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam kehidupan. Marilah kita memperingati kelahiran Baginda dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada:
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh kakitangan Menteri Besar Kedah Incorporated

Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh kakit...
04/08/2026

Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh kakitangan Menteri Besar Kedah Incorporated.



DAULAT TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sulta...
04/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-84.

5 Julai 2026 | 19 Muharam 1448H

Salam Maal Hijrah 1448HSempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati semangat ...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah sebagai pemangkin perubahan ke arah kecemerlangan, integriti dan keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kejayaan, kemajuan serta rahmat yang berpanjangan kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas Daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan Seluruh Kakitangan Menteri Besar Kedah Incorporated.

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
31/05/2026

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh warga Menteri Besar Kedah Incorporated.

Daulat Tuanku.

Salam Aidiladha 1447H.Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan membawa keberkatan, keikhlasan serta m...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H.

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan membawa keberkatan, keikhlasan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Perbadanan Menteri Besar Kedah.

Address

Wisma Darulaman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047302137

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menteri Besar Kedah Incorporated posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Menteri Besar Kedah Incorporated:

Shortcuts

Share