Anak Kedah di Perantauan

Anak Kedah di Perantauan Laman Rasmi Anak Kedah Di Perantaun kelolaan PAS Kedah

Menghimpunkan semua anak-anak Kedah yang berada di luar negeri Kedah tanpa mengira batasan bangsa,agama dan pegangan politik

Perubahan tempat .Tempat baru Majlis Aidilfitri Anak Perantauan Kedah berpindah  ke IDCC Shah Alam.
24/04/2024

Perubahan tempat .
Tempat baru Majlis Aidilfitri Anak Perantauan Kedah berpindah ke IDCC Shah Alam.

Jom Anak Kedah di Perantauan Lembah Kelang dan sekitar ya pakat pi .
20/04/2024

Jom Anak Kedah di Perantauan Lembah Kelang dan sekitar ya pakat pi .

09/06/2021

Kedah mencatatkan pelaburan tertinggi bagi kelulusan pelaburan masuk dengan RM43 bilion, diikuti oleh Selangor (RM8.6 bilion), Sarawak (RM6.9 bilion), Sabah (RM5.0 bilion) dan W.P. Kuala Lumpur (RM4.9 bilion) untuk suku pertama pada tahun ini.

Pencapaian ini sangat memberangsangkan meskipun negara masih lagi dipalit cabaran ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya disebabkan oleh wabak COVID-19.

Sejarah dilakar, tahniah kepada semua agensi yang terlibat dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor.






Warta Kedah
Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

______________________________

Kedah registered the highest level of investments with RM43 billion, followed by Selangor (RM8.6 billion), Sarawak (RM6.9 billion), Sabah (RM5.0 billion) and W.P. Kuala Lumpur (RM4.9 billion) on the impressive investment approvals for the first quarter (Q1) of this year, despite the unprecedented economic challenges caused by the COVID-19 pandemic.

History is made, congratulations to all agencies involved with the leadership of the Chief Minister of Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor




KUTIPAN DERMA JIHAD PALESTIN FASA II DITERUSKANAssamualaikum Wmt Wbr.,Alhamdulillah,  dengan pertolongan Allah jua, PAS ...
20/05/2021

KUTIPAN DERMA JIHAD PALESTIN FASA II DITERUSKAN

Assamualaikum Wmt Wbr.,

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah jua, PAS Kedah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,571,367.10 melalui kutipan Derma Jihad Palestin PAS Kedah. Kutipan fasa pertama itu akan diserahkan sepenuhnya kepada Aid4Palestine yang menguruskan sumbangan untuk rakyat Palestin.

Sementara fasa pertama diserahkan, saya ingin mengumumkan bahawa fasa kedua kutipan diteruskan mulai 11 Shawal 1442 sehingga kesuatu tarikh yang akan diberitahu. Sumbangan boleh dibuat melalui:

1) Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
2) Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah
3) Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
4) Pejabat PAS Kawasan-kawasan
5) Pejabat Badan Perhubungan PAS Kedah

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penderma dan bakal penderma yang prihatin akan penderitaan rakyat Palestin.

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:
“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan orang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Qiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Selamat berinfaq.

Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah

7 Syawal 1442/20 Mei 2021

"Sentuhan YAB Menteri Besar untuk kesejahteraan Rakyat Negeri Kedah".1. Agihan 570 projek kecil bernilai RM35.9 Juta kep...
18/06/2020

"Sentuhan YAB Menteri Besar untuk kesejahteraan Rakyat Negeri Kedah".

1. Agihan 570 projek kecil bernilai RM35.9 Juta kepada kontraktor G1 melalui kaedah undian secara Online.

2. Bantuan tunai One-off RM300 kepada 4,480 Guru & Kakitangan SAR yang terkesan akibat Covid19.

3. Bantuan tunai One-off RM300 kepada 5,100 orang senarai tambahan yang terkesan akibat Covid19.

4. Bantuan tunai khariat kematian ditetapkan RM300 bagi setiap kematian.

5. Bantuan pembaikan 28 buah rumah mangsa ribut di S*K.

6. Pemberian RM10,000 kepada setiap YB ADUN untuk sumbangan khairat kematian.

Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah menyedia dan menyalurkan peruntukan dan bantuan ini kepada pihak yang berkenaan.

18/06/2020
Kunjungan hormat Ketua Pemuda PAS Malaysia bertemu YAB Menteri Besar Kedah.
18/06/2020

Kunjungan hormat Ketua Pemuda PAS Malaysia bertemu YAB Menteri Besar Kedah.

Address

KM13, Jalan Alor Setar-Sg Petani, Simpang Empat
Alor Setar

Telephone

04 7481122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Kedah di Perantauan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anak Kedah di Perantauan:

Share