MASRI

MASRI Penjual kereta Perodua Baru

⚠️ ATTENTION  ⚠️Bagi yang nak cari kereta bulan ni..!Ini bukan promo biasa.Ini LIMITED TIME OFFER!REBATE KAW-KAW kita na...
01/05/2026

⚠️ ATTENTION ⚠️
Bagi yang nak cari kereta bulan ni..!

Ini bukan promo biasa.
Ini LIMITED TIME OFFER!
REBATE KAW-KAW kita nak bagi.

✔ Aruz – sehingga RM3,000
✔ Ativa – sehingga RM2,000
✔ Myvi & Axia – sehingga RM1,000

Ramai dah booking awal bulan.

Kalau serius nak kereta bulan ni:
👉 BOOK HARI INI
👉 LOCK PRICE & REBATE SEKARANG

Kita nak bagi jadi jaa ni! ❤️

📲 Roger cepat!📲 012 568 8660📲

.

Perodua Traz... Ini bukan pengganti Ativa dan bukan juga SUV segmen C... Traz lebih kepada SUV keluarga kompak, sasaran ...
17/12/2025

Perodua Traz... Ini bukan pengganti Ativa dan bukan juga SUV segmen C... Traz lebih kepada SUV keluarga kompak, sasaran utamanya pengguna kereta kecil yang mahu naik taraf dari segi ruang dan praktikaliti, bukan semata-mata gaya atau prestasi...

Traz dibina atas platform DNGA dan berkongsi dengan Toyota Yaris Cross versi ASEAN... Enjin 1.5L 2NR-VE NA dengan 106 PS dan 138 Nm dengan transmisi D-CVT.. Tiada turbo, tiada sistem hibrid, dan tiada auto start-stop... Angka penggunaan minyak yang diiklankan sekitar 21.3 km/L (MDC) dengan tangki 42 liter... Pendekatan ini kiranya nampak konsisten iaitu fokus kepada ketahanan dan kos jaga, walaupun ada yang mungkin harap sesuatu yang lebih “berani” untuk model serba baharu...

Dari segi saiz, inilah bahagian yang paling mudah difahami.. Panjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, wheelbase 2,620 mm dan ground clearance 210 mm... Ruang but sekitar 471 liter, lengkap dengan tayar simpanan.. Atas kertas, ini memang angka yang masuk akal untuk kegunaan keluarga kecil yang bawa barang, balik kampung, atau kegunaan harian tanpa rasa sempit.. Ini juga menjelaskan kenapa Traz diposisikan lebih tinggi daripada Ativa, walaupun masih kekal dalam lingkungan harga mampu milik...

Pilihan varian tidak banyak iaitu X dan H sahaja tidak termasuk yg variant H two tone... Harga rasmi OTR tanpa insurans bermula sekitar RM76k untuk X dan sekitar RM81k hingga RM82k untuk H, bergantung pada konfigurasi seperti bumbung dua ton... Varian X sudah lengkap untuk asas harian dengan skrin 9 inci, Android Auto dan Apple CarPlay (wired), EPB dengan auto hold, kamera undur dan sensor parkir... Varian H p**a tambah ciri yang biasanya buat pembeli mula rasa “sayang kalau tak ambil” seperti power tailgate dengan kick sensor, kamera 360, smart entry, auto air-cond, sistem audio lebih lengkap dan dashcam terbina...

Dari segi keselamatan, spesifikasi boleh la dikatakan nampak kemas.. 6 beg udara, ASA dengan AEB, amaran keluar lorong, blind spot monitoring dan rear cross traffic alert, serta penarafan lima bintang ASEAN NCAP.. Dalam masa yang sama, ketiadaan cruise control termasuk adaptive cruise mmg akan cepat jadi perkara yang orang perasan, terutama bila harga sudah capai RM80k... Untuk pemilikan jangka panjang, pendekatan Perodua masih kekal sama, dengan cadangan servis CVT pada jarak tinggi sekitar 100,000 km dan sokongan aksesori GearUp terus sejak hari pelancaran...

𝗨𝗡𝗩𝗘𝗜𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗪𝗜𝗗𝗘.
Be among the first to experience the ALL-NEW B-SEGMENT SUV.

Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasab.my/60125688660/NakTraz





Cc joel

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Pindaan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Amendment Bill) 2025, dan bagi saya, ini adala...
09/10/2025

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Pindaan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Amendment Bill) 2025, dan bagi saya, ini adalah langkah bersejarah dalam memperbetulkan sistem pinjaman yang selama ini berat sebelah terhadap pengguna.

Ramai tak sedar bahawa sistem inilah yang menyebabkan ramai peminjam “tersepit” bila nak buat penyelesaian awal. Hari ini, sistem tu akhirnya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih adil, jujur dan telus.



Apa Masalah Dengan Sistem Lama

Bayangkan korang buat pinjaman kereta RM55,600 selama 9 tahun dengan kadar faedah 2.8%. Nampak rendah dan menarik. Tapi di sebalik angka tu, bank dah siap-siap kira jumlah faedah untuk keseluruhan tempoh pinjaman, bukan berdasarkan baki semasa. Inilah maksud flat rate, di mana korang bayar faedah seolah-olah hutang tak pernah berkurang.

Selain tu, ada p**a Rule 78, yang menyusun bayaran faedah supaya sebahagian besar dibayar pada awal tempoh pinjaman. Jadi bila korang nak selesaikan hutang lebih awal, korang akan terkejut tengok baki pinjaman masih tinggi walaupun dah bayar bertahun-tahun.



Apa Yang Akan Berubah

Mulai tahun 2027, kedua-dua sistem lama ni, iaitu flat rate dan Rule 78, akan dimansuhkan sepenuhnya.

Sebagai ganti, semua pinjaman sewa beli akan guna kaedah Baki Berkurangan (Reducing Balance Method). Dalam kaedah ni, faedah dikira berdasarkan baki hutang semasa dan bukannya jumlah asal pinjaman.

Dengan kaedah baru ni, setiap bayaran tambahan akan terus mengurangkan baki pokok pinjaman. Faedah dikira secara lebih adil ikut baki sebenar, dan korang akan jimat lebih banyak kalau bayar awal.



Contoh Mudah

Katakan korang beli sebuah kereta Myvi 1.5 AV dengan jumlah pinjaman RM55,600, tempoh 9 tahun, dan kadar faedah tetap 2.8% setahun. Ramai tak tahu bahawa kadar 2.8% tu hanyalah kadar rata.

Bila dikira semula menggunakan kadar faedah sebenar (Effective Rate), kadar sebenarnya ialah 5.31% setahun. Inilah kadar sebenar yang menggambarkan kos pinjaman korang.

Sekarang bayangkan korang buat penyelesaian awal pada akhir tahun ketiga. Dalam sistem lama (Rule 78), baki hutang ialah RM40,251. Dalam sistem baru (Baki Berkurangan), baki hutang ialah RM39,923. Korang jimat RM328.

Kalau korang selesaikan pinjaman pada akhir tahun kelima, baki hutang dalam sistem lama ialah RM28,249, manakala dalam sistem baru hanya RM27,998. Korang jimat RM251.

Semakin awal korang selesaikan pinjaman, semakin besar penjimatan yang korang akan dapat di bawah sistem baru ni.



Apa Maknanya Untuk Kita

Pertama, sistem ni lebih telus, sebab korang boleh tahu dengan jelas berapa banyak bayaran yang pergi untuk faedah dan berapa banyak yang kurangkan baki pokok.

Kedua, sistem ni lebih adil, sebab faedah dikira atas baki semasa dan bukannya baki asal.

Ketiga, korang akan lebih jimat bila bayar awal, sebab setiap ringgit tambahan yang korang bayar terus mengurangkan jumlah faedah keseluruhan.

Pihak industri kewangan diberi masa 18 bulan untuk sesuaikan sistem mereka dengan perubahan ni. Walaupun ada cadangan supaya tempoh ni dipendekkan, langkah ni tetap satu kemajuan besar untuk masa depan yang lebih adil kepada pengguna.



Soalan yang orang selalu tanya bila, sharing bab ni:

1. Apa sebenarnya Rule 78?
Ia cara lama pengagihan faedah di mana bayaran awal korang lebih banyak digunakan untuk bayar faedah. Nombor 78 datang daripada jumlah 1+2+3+…+12 = 78 (untuk 12 bulan). Semakin awal tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang korang dah bayar.

2. Adakah perubahan ni hanya melibatkan sewa beli kereta?
Ya, pada awalnya fokus kepada pembiayaan kenderaan. Tapi berita baiknya, Bank Negara Malaysia juga dah umumkan bahawa penggunaan flat rate dan Rule 78 untuk pinjaman peribadi pun akan dimansuhkan. Ini perkembangan yang sangat positif untuk pengguna.

3. Macam mana dengan pinjaman rumah dan LPPSA?
Pinjaman perumahan kat Malaysia tak guna kaedah flat rate. Ia dah lama guna sistem Baki Berkurangan, jadi perubahan ni tak jejaskan pinjaman rumah.

4. Bukankah bank tetap akan untung juga?
Ya, bank tetap entiti perniagaan yang cari keuntungan. Tapi fokus utama pindaan ni ialah ketelusan. Sekurang-kurangnya sekarang, korang tahu kadar sebenar yang korang bayar. Dulu kadar 2.8% nampak rendah, tapi kadar efektif sebenar boleh mencecah 5.31%.

5. Bila perubahan ni akan berkuat kuasa?
Perubahan ni dijangka bermula sekitar tahun 2027. Ia tak berlaku serta-merta sebab pihak industri perlukan masa untuk ubah sistem dan proses dalaman mereka.

6. Macam mana dengan pinjaman lama yang tengah berjalan?
Pinjaman yang dah ditandatangani sebelum undang-undang baru berkuat kuasa tak akan terjejas. Perubahan ni hanya terpakai kepada pinjaman baru selepas akta baru dilaksanakan.



Kesimp**an

Sistem kewangan Malaysia akhirnya melangkah ke arah yang lebih adil, telus dan berpihak kepada pengguna.
Bagi saya, ini bukan sekadar pindaan undang-undang tapi satu perubahan besar dalam cara kita faham tentang pinjaman dan faedah.

Pernah tak korang rasa terperangkap bila nak buat penyelesaian awal sebab baki pinjaman masih tinggi walaupun dah bayar lama? Kongsikan pengalaman korang di ruang komen.

27/06/2025
20/10/2024
01/08/2024

𝙁𝘼𝙎𝙏 𝙎𝙏𝙊𝘾𝙆 ‼️
𝙁𝘼𝙎𝙏 𝙎𝙏𝙊𝘾𝙆 ‼️

PERODUA ARUZ 💯
PERODUA ATIVA 💯
PERODUA AXIA💯

SALES ADVISOR SAH DARI PERODUA, JANGAN RISAU AKAN MEMBANTU SEMUA URUSAN LOAN DAN KERETA ANDA MENJADI LEBIH CEPAT DAN MUDAH."
✓ Booking Online
✓ Cepat dan Mudah
✓ Tak perlu lagi ke showroom
✓ Trade-in kereta lama dengan
Harga yang tinggi
✓ Hubungan yang baik dgn bank lebih mudahkan loan anda LULUS

==========================

✅Full loan(t&c) Jika anda berkelayakan
✅Masalah ptptn
✅Trade in diterima
(SEMUA JENIS JENAMA)
[LEBIH MUDAH ]
Hanya wasap Dokumen
Klik link ni untuk whatsapp sy terus. .

👇🏼👇🏼👇🏼

✅ ARUZ rebate RM3000
✅ ATIVA rebate RM1500
✅ AXIA

=================================
Booking sekarang
------------------------------------------—-

Nak tau kelayakan? First time beli kereta? Perlukan advice?
Dont worry,

https://wasap.my/60125688660/NakAxia

https://wasap.my/60125688660/NakAruz

https://wasap.my/60125688660/NakAtiva

https://wasap.my/60125688660/NakPerodua

--------------------------------------------
Agen Sah Perodua Sejak 2016
--------------------------------------------


Jika nak detail lagi boleh klik links dibawah:

https://digital-id.tanyaje.com.my/sale-advisor/EVERTHREE-(M)-SDN.-BHD./masri-bin-mohamad-sharif

TIADA LAGI FULL LOANUntuk makluman. Bulan depan sudah tiada istilah full loan atau markup loan. Semua pembelian kereta m...
12/07/2024

TIADA LAGI FULL LOAN

Untuk makluman. Bulan depan sudah tiada istilah full loan atau markup loan. Semua pembelian kereta mestilah dengan 10% downpayment atau lebih.

Ini adalah kerana perlaksanaan e-Invoice oleh pihak Kerajaan kepada Bank & Kerajaan kepada Penjual Kereta. e-Invoice mestilah sama.

Dipendekkan, hanya yang betul - betul mampu sahaja boleh beli kereta dengan at least 10% downpayment. Tiada lagi istilah FULL LOAN.

Sebarang urusan loan boleh cuba selesaikan segera dalam bulan ini.

Untuk makluman. 🫰

Terima Kasih.

-Saya Penjual Kereta-

Follow rapat for info https://digital-id.tanyaje.com.my/sale-advisor/EVERTHREE-(M)-SDN.-BHD./masri-bin-mohamad-sharif 012-5688660

Address

NO 8&9 KOMPLEKS ALOR MALAI Jalan LANGGAR BATU 2
Alor Setar
05460

Telephone

0125688660

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MASRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share