Hadhari Roadtax

Hadhari Roadtax Menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans/takaful komprehensif , 3rd party dan cukai jalan

🔍 *Penjelasan NCD (Info Penting)*🚗 *Perkara asas tentang cara NCD berfungsi dalam perlindungan kereta:*🔑 *Apa itu NCD?*D...
13/10/2025

🔍 *Penjelasan NCD (Info Penting)*

🚗 *Perkara asas tentang cara NCD berfungsi dalam perlindungan kereta:*
🔑 *Apa itu NCD?*
Diskaun tahunan sebagai ganjaran bila anda tidak membuat sebarang tuntutan. Diskaun sehingga 55% untuk kereta persendirian.

📈 *Bagaimana NCD Bertambah:*
Setiap tahun tanpa tuntutan menaikkan kadar diskaun:
25% → 30% → 38.33% → 45% → 55%

⚠️ *Faktor Kehilangan NCD:*
Jika anda membuat tuntutan akibat kemalangan yang berpunca daripada kesalahan sendiri, NCD anda akan kembali ke 0% pada pembaharuan seterusnya.

✅ *Apa Yang Tidak Menjejaskan NCD:*
- Tuntutan bukan salah anda (disokong laporan polis)
- Tuntutan cermin hadapan (jika ada perlindungan tambahan)

🔄 *NCD Boleh Dipindahkan:*
Tukar kereta baharu? Jangan risau, NCD anda boleh dipindahkan!
- Pastikan nama pemilik kenderaan sama seperti dalam polisi asal
- Jenis kenderaan juga mestilah kategori yang sama (kereta persendirian ke kereta persendirian)

🚗💨 Jangan tunggu hingga tarikh pembaharuan. Pastikan anda menikmati penjimatan NCD!

📲 Hubungi saya hari ini untuk ketahui lebih lanjut.

HADHARI ROADTAX

Business Account

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang  . 'bole simpan untuk manfaat' 1. Jika ada orang langgar kere...
12/06/2025

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang . 'bole simpan untuk manfaat'

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.

Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!

23/10/2024

"Kamu s**akan dunia, atau syurga?"
Buat apa yang Allah dan Rasul s**a, Allah bagi apa yang kamu s**a...

29/05/2024

Suami sebgai amir keluarga, isteri sebagai madrasah keluarga

Untuk makluman.. Kami cuti selama 3 hari.. Pejabat kami akan operasi semula pada hari Isnin.. Sebarang urusan renewe INS...
09/05/2024

Untuk makluman.. Kami cuti selama 3 hari.. Pejabat kami akan operasi semula pada hari Isnin.. Sebarang urusan renewe INSURANS,ROADTAX, LESEN melalui dalam talian.. www.wasap.my/601111915147.. Segala kesulitan amat dikesali 🙏

No wasap baru kami 01111915147 Hadhari Roadtax  ... Untuk sebarang urusan renewe Insurans dan roadtax, Renewe lesen bole...
06/05/2024

No wasap baru kami 01111915147 Hadhari Roadtax ... Untuk sebarang urusan renewe Insurans dan roadtax, Renewe lesen boleh hubungi no baru kami... No lama dah kena banned.. Atau boleh terus walk in di pejabat kami di Taman gemilang fasa 4, Sebelah Hub Flash express

Link wasap

Business Account

No wasap baru kami 01111915147 Hadhari Roadtax  ... Untuk sebarang urusan renewe Insurans dan roadtax boleh hubungi no b...
06/05/2024

No wasap baru kami 01111915147 Hadhari Roadtax ... Untuk sebarang urusan renewe Insurans dan roadtax boleh hubungi no baru kami... No lama dah kena banned.. Atau boleh terus walk in di pejabat kami di Taman gemilang fasa 4, Sebelah Hub Flash express

Link wasap

Business Account

06/05/2024

Tok guru ckp : nak bersihkan hati, mula2 kena buang dulu rasa hebat diri. Rasa diri baik, rasa bagus. Kena masukkan rasa hina diri, fakir & lemah di hadapan Allah. Kena suburkan jiwa hamba & kikis jiwa 'tuan' bila berhadapan dgn Tuhan

06/05/2024

Time tak ada duit, korang berjimat dgn makanan apa?

www.wasap.my/601111915147 Hadhari Roadtax No lama 0174416651 Dalam proses utk aktifkan blik selepas kena banned... Semog...
29/04/2024

www.wasap.my/601111915147
Hadhari Roadtax

No lama 0174416651 Dalam proses utk aktifkan blik selepas kena banned... Semoga Allah permudahkan urusan..

Business Account

Address

NO A/2 Jalan GEMILANG 8, TAMAN GEMILANG
Alor Setar
06800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601111915147

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadhari Roadtax posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hadhari Roadtax:

Share