FD Solution

FD Solution Fikrah Dimensi Enterprise menyediakan pelbagai perkhidmatan & jualan perniagaan; like page ini untuk ikuti setiap post-post kami yang menarik!

*Kelas Mengaji Al-Quran Online*{KELAS JOM MENGAJI}✓ Yuran yang murah✓ Yang penting minat belajar✓ Belajar secara online ...
27/10/2021

*Kelas Mengaji Al-Quran Online*

{KELAS JOM MENGAJI}

✓ Yuran yang murah
✓ Yang penting minat belajar
✓ Belajar secara online

📎📝Sebarang Pertanyaan :

Sila Hubungi ☎️ 0134642787 (Ustaz Mu'az)

ATAU

klik LINK WhatsApp di bawah :

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

buff.ly/3vODtKW

buff.ly/3vODtKW

buff.ly/3vODtKW

Kemaskini 22 September 2021(Rabu) / 15 Safar 1443HIMAM SEORANG PEROKOKSOALANImam kampung saya perokok. Bolehkah saya sol...
22/09/2021

Kemaskini 22 September 2021(Rabu) / 15 Safar 1443H

IMAM SEORANG PEROKOK

SOALAN

Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri?

JAWAPAN

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Abu Mas’ud al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا

Maksudnya: Yang menjadi imam kepada sesebuah kaum itu adalah mereka yang paling mahir terhadap Kitab Allah [al-Quran]. Sekiranya mereka setanding dalam bacaan maka [dahulukan]) yang paling berilmu tentang al-Sunnah [untuk menjadi imam]. Sekiranya pengetahuan mereka terhadap Sunnah itu sama maka yang menjadi imam adalah mereka yang paling awal berhijrah. Sekiranya mereka sama dalam berhijrah p**a dahulukanlah mereka yang paling awal memeluk agama Islam.[1]
Manakala dalam hadis riwayat Imam al-Tirmizi, Nabi S.A.W menyebut:

فَأَكْبَرُهُمْ سِنًّا

Maksudnya: Yang paling tua umurnya.[2]
Individu yang paling mahir terhadap al-Qur’an juga bermaksud paling banyak menghafal al-Qur’an atau paling baik bacaan al-Qur’an. Dalil paling mahir itu bermaksud paling banyak menghafal adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar beliau berkata:

لَمَّا قَدِمَ الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ الْعُصْبَةَ -مَوْضِعٌ بِقُبَاءٍ – قَبْلَ مَقْدَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، كَانَ يَؤُمُّهُمْ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ ، وَكَانَ أَكْثَرَهُمْ قُرْآنًا

Maksudnya: Ketika mana golongan Muhajirun yang terawal sampai di ‘Ushbah – iaitu sebuah kawasan di Quba’ – sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, yang menjadi Imam kepada mereka pada ketika itu adalah Salim yang merupakan maula kepada Abu Huzaifah, dan beliau merupakan individu yang paling banyak menghafal al-Quran dari kalangan mereka.[3]
Imam al-Nawawi dalam syarah beliau ke atas hadis Abu Mas’ud al-Ansari menambah satu lagi ciri yang menjadi keutamaan dalam menjadi imam solat iatu faktor kewarakan seseorang. Kata beliau:

ولنا وجه اختاره جماعة من أصحابنا : أن الأورع مقدم على الأفقه والأقرأ لأن مقصود الإمامة يحصل من الأورع أكثر من غيره

Maksudnya: Dan kami mempunyai suatu pendapat yang dipilih oleh sekump**an dari kalangan ashab kami (ulama al-Syafi’iyyah) yang menyebut bahawa individu yang paling warak diutamakan ke atas orang yang faqih dan lebih mahir tentang al-Quran. Ini kerana tujuan menjadi imam itu akan terhasil lebih banyak dari orang yang warak berbanding selainnya.[4]
Manakala antara imam yang dimakruhkan untuk diikuti ialah ahli bidaah dan orang yang fasiq (mereka yang dikenali kerap berbuat maksiat). Namun jika bertembung antara mana yang lebih afdhal; solat bersendirian atau berjemaah dengan ahli bidaah atau orang fasiq, maka di sini ada perbezaan pendapat. Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan lebih baik bersolat sendirian, manakala Imam al-Ramli p**a berkata bersolat jemaah bersama mereka adalah lebih afdhal.[5]
Kesimp**annya, tidak sepatutnya seorang imam solat berjemaah itu adalah seorang perokok sekalipun hukum solat mengikutnya adalah sah. Berdasarkan fatwa Imam al-Ramli dalam hal berimamkan ahli bidaah atau orang fasiq, saya cenderung lebih afdhal solat berjemaah dengan imam perokok daripada solat berseorangan. Cuba usahakan untuk menasihatinya supaya berubah ke arah yang lebih baik. Wallahu a’lam.

[1] Riwayat Muslim, no.673
[2] Riwayat al-Tirmizi, no. 235
[3] Riwayat al-Bukhari, no. 692
[4] Al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab, 5/300
[5] Al-Taqrīrāt al-Sadīdah, m. 308

Kredit Rujukan :
https://maktabahalbakri.com/imam-seorang-perokok/

POSTED ON SEPTEMBER 20, 2021 BY DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Semoga ia menjadi rujukan bersama dalam memastikan gejala merokok dapat dibanteras dari awal usia persekolahan. Ia kerana apabila bermula dari awal persekolahan akan menjadikan ketagihan dan kebiasaan yang sukar ditegah.

Selamat berusaha menjadi lebih baik dari perokok tegar kepada manusia luar biasa yang menjaga maslahah ummah.

SOALAN Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri? JAWAPAN Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah har...

Semoga negara kita terus dipimpin oleh pemimpin yang mendahulukan hablu minnallah wa hablu minannas
16/08/2021

Semoga negara kita terus dipimpin oleh pemimpin yang mendahulukan hablu minnallah wa hablu minannas

04/06/2021

4 Jun 2021 / 23 Syawal 1442H (Jumaat)

Hari ke-4 LockDown

MALAIKAT MENDOAKAN KEPADA PENDOA

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya p**a: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita. ( saudara seislam dan doakan juga kepada bukan Islam menerima taufik serta hidayah dari Allah s.w.t)

2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya), malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak.

Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

Saya juga mendoakan anda semua (rakan Facebook) sama ada dikenali atau tidak dikenali mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

kredit : Munib Aludin


🎶😊
19/10/2020

🎶😊

CAHAYA | LIGHT 🤔

Lagu ini berkisarkan coretan sekeping hati seorang hamba yang lalai pada kesibukan dunia, merasa jiwa kosong, seperti 'hilang'. Monolog hati inginkan perubahan, mencari identiti kembali padaNya. Bagaimana mungkin sebuah perjalanan menapaki kehidupan tanpa adanya suluhan 'Cahaya' Ilahi.

-----------

The song narrates when a piece of heart that begins to feel empty, then wants to find something to fill. A human faith is not always at the top, so it needs to be guided to always be in His pleasure. How is it possible for a journey to experience life without the 'light of the Allah'

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. Al-Hadiid[57]:28)

🎧'FEEL' our MUSIC VALUES 🤩

1. Search 'Usrati'
2. Search 'Cahaya'
3. Then feel it

Available: Spotify ✅ , JOOX ✅ , iTunes ✅
Youtube Music✅ etc

https://www.facebook.com/214969015311195/posts/1812607388880675/

Coming Soon
🔜 OFFICIAL LYRICS VIDEO
🔜 OFFICIAL MUSIC VIDEO

🎧Usrati - Cahaya (Official Audio Version)*NOW AVAILABLE :* Spotify 👉 https://open.spotify.com/track/0UetKpf29573smcHcFzw...
18/10/2020

🎧Usrati - Cahaya (Official Audio Version)

*NOW AVAILABLE :*
Spotify 👉 https://open.spotify.com/track/0UetKpf29573smcHcFzwKN?si=5dhCJWCQRsmN2WLBO0KIEA
iTunes 👉 https://music.apple.com/my/album/cahaya-single/1535195505
JOOX 👉 https://open.joox.com/s/rd?k=yUfK
Deezer 👉 https://deezer.page.link/jrwbtkokHvrstc9G9
KKBox 👉 https://www.kkbox.com/my/en/song/Pp500aG-aSMv45Twv45Tw0XL-index.html

*also may available in any other music podcasts, streams, and etc

*FOLLOW Usrati Official :*
Facebook 👉 https://www.facebook.com/usratiofficial/?view_public_for=214969015311195
Instagram 👉 https://www.instagram.com/official_usrati/
Youtube 👉 https://www.youtube.com/user/usratichannel

*SPECIAL THANKS TO :*
Bazli UNIC, UNIC Studio, Good Soul Music, Ruby Wahyu

📢STAY TUNED ‼️

COMING SOON bersempena RABIUL AWWAL INI
🔜 *OFFICIAL MUSIC VIDEO*

Usrati · Song · 2020

Clearance Stock !!Kain sari cantik dan selesa dari India👉Material: Indian Silk👉6.2meter🧼 stok diambil sebelum covid🧝‍♀️K...
04/10/2020

Clearance Stock !!

Kain sari cantik dan selesa dari India

👉Material: Indian Silk
👉6.2meter
🧼 stok diambil sebelum covid
🧝‍♀️Kualiti dijamin memuaskan 👍

Harga:
RM125 ✅

Berikut ialah contoh kain (seperti dibawah)

Berminat, atau nak tengok contoh yang lain lagi,
boleh PM ok ! 😊

https://wa.me/60194489350

Clearance Stock !!Kain sari cantik dan selesa dari India👉Material: Indian Silk👉6.2meter🧼 stok diambil sebelum covid🧝‍♀️K...
04/10/2020

Clearance Stock !!

Kain sari cantik dan selesa dari India

👉Material: Indian Silk
👉6.2meter
🧼 stok diambil sebelum covid
🧝‍♀️Kualiti dijamin memuaskan 👍

Harga:
RM90 ✅

Berikut ialah contoh kain (seperti dibawah)

Berminat, atau nak tengok contoh yang lain lagi,
boleh PM ok ! 😊

https://wa.me/60194489350

Clearance Stock !!Kain sari cantik dan selesa dari India👉Material: Indian Silk👉6.2meter🧼 stok diambil sebelum covid🧝‍♀️K...
04/10/2020

Clearance Stock !!

Kain sari cantik dan selesa dari India

👉Material: Indian Silk
👉6.2meter
🧼 stok diambil sebelum covid
🧝‍♀️Kualiti dijamin memuaskan 👍

Harga:
RM85 ✅

Berikut ialah contoh kain (seperti dibawah)

Berminat, atau nak tengok contoh yang lain lagi,
boleh PM ok ! 😊

https://wa.me/60194489350

Address

Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FD Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FD Solution:

Share